"Aku tolak," kata Win.
"And why is that?" soal Ten pelik.
"Sebab aku dah tak percayakan dia lagi lah,"balas Win sambil berbisik.
"Kau masih sayangkan dia?" soalku.
Win diam seketika. Soalanku di biar tergantung tanpa jawapan. Aku hanya mengeluh sambil menggelengkan kepala. Aku mengalehkan pandanganku ke hadapan. Malas nak soal banyak kali, takut Win rimas dan tertekan pula.
Ten dan Ren pula aku halang untuk meneruskan niat mereka untuk mengulang soalan yang sama. Mereka hanya mengangguk mengerti.
ZTTTT ZTTTT
Telefon ku bergetar menandakan ada mesej baru masuk. Din?
Din Anak Orang Kaya - kau masih kelas ke?
Aku - Yes, why?
Din Anak Orang Kaya - pukul berapa habis?
Aku - less than 15 mins. Why?
Din Anak Orang Kaya - Win ada dengan kau sekarang?
Aku - Yes, why?
Dari tadi aku duk tanya 'Why', tak kena layan. Sabar Sean Sabar.
Din Anak Orang Kaya - Tolong aku. I really need to convince Win that I really love him.
Aku - and give me a reason, why I should help you?
Din Anak Orang Kaya - Kau kawan aku a.k.a roommate aku yang paling baik dekat dunia ni.
TIBERRRRRRRRRRR
Aku - Ok
Din Anak Orang Kaya - Ok?
Aku - Ya, ok. Aku cuba. Tapi no promise, sebab kau pun tahu yang hati Win betul2 dah merajuk dengan kau.
Din Anak Orang Kaya - Yes.... I know... haaa... anyway just do your thing, ok. Thanks in advanced
Aku - hmmmm.....
Balas ku mahu tak mahu.
Aku menoleh semula memandang Win yang tekun dengan kuliah yang di sampaikan oleh Prof Bad di hadapan selepas di tegur sebentar tadi. Macam mana nak cakap ni?
Ren di sebelahku menyiku tangan ku perlahan sambil memberi isyarat kenapa dengan kepalanya. Aku terus menunjukkan perbualan aku dengan Din di aplikasi WhatsApp ke arahnya. Senyuman sinis di berikan lalu dada di tepuk berulang kali.
"Serahkan kepada pakar," balasnya ringkas.
Ten yang tidak tahu menahu apa kisah yang aku dengan Ren bincangkan, turut menepuk dadanya dan mengatakan ayat yang sama. Mungkin dia tahu kut, kan diaorang kembar. Aku percaya kembar ni ada sesuatu yang orang katakan magis. Bukan najis tapi magis. Magis yang mana bila salah seorang dari mereka memikirkan sesuatu, seorang lagi akan tahu apa yang si kembarnya fikirkan tanpa mengeluarkan atau mengungkap sepatah perkataan pun. Kan?
"Kau cakap macam ni dekat dia...." kata Ren dengan nada berbisik. Aku hanya mengangguk mengerti dengan kata - kata si pakar ni.
"Apa kata kau je yang cakap. Kau kata kau pakar kan. Aku part nak jaga hal tepi kain orang ni, memang bukan bidang aku lah. Memandangkan dah banyak tepi kain orang yang korang dah jaga, kerja ni memang sesuai untuk kau," balasku sambil tersenyum jahat. Ren memberikan wajah bengang kepadaku. "What?"

YOU ARE READING
Aku Tak... (COMPLETE)
RomanceSean, seorang yang straight (suka akan wanita), suka menonton cerita-cerita bergenre kan percintaan di antara lelaki dan lelaki, mula terbabit dalam satu situasi dimana dirinya disukai dan digoda oleh seorang warden diasramanya. Keliru di hati mula...