AQIEM POV
Aku hanya menggelengkan kepala ku sebaik saja selesai ber mesej dengan Sean sebentar tadi. Bakul yang pada awalnya tergantung pada celah lengan ku, aku genggam semula pemegangnya.
Mata ku mula meliar semula mencari makanan ringan yang ku inginkan. Stok makanan dah nak habis, mesti beli banyak ni. Nanti, kalau minta Sean je, mahu mengamuk budak seorang tu.
Ha, dah jumpa!
Dengan wajah gembira, tanganku terus mencapai keropok Corntoz Chilli Cheese, kegemaranku. "Hehehehe..." tawaku gembira. "He..." tawaku terhenti bila tetiba ada tangan lain cuba memegang bungkusan keropok yang sama, tapi terpegang tangan ku.
"Eh, sorry," lelaki itu terkejut. "Silakan," katanya menyuruh ku untuk mengambil bungkusan keropok tersebut.
Aku hanya menganggukkan kepala ku sekali sebagai tanda 'berterima kasih'. Beberapa bungkus keropok tersebut ku masukkan kedalam bakul yang ku bawa tadi.
"Umm... tinggalkan saya satu," katanya. Aku hanya tertawa perlahan. "Saya cari dekat tempat lain keropok ni dah habis.... so tinggalkan saya satu je," sambungnya lagi dengan wajah risau.
Aku tertawa lagi. "Don't worry, saya ambik tiga je. Ada lagi tu."
"Thank you."
Senyuman manis diberikannya kepadaku. Not bad. Hensem juga mamat ni.
Aku terus melangkah pergi ke seksyen lain untuk mencari barang lain. Selepas hampir sejam, meneroka satu 7/11, aku pun pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar segala barang yang aku ambik sebentar tadi.
"$77.30," kata pekerja cashier itu. Aku terus memberinya mastercard ku, lupa bawa cash daaa.
"Thank you," kataku.
Aku memeriksa jam pada telefonku, masih awal. Makan ah dulu. Terus sahaja aku mengeluarkan satu mee mangkuk Samnyang Carbonara yang ku beli tadi, dan berjalan ke belakang menuju ke tempat air panas yang tersedia di situ.
Selepas itu aku terus pergi ke tempat duduk berhampiran dengan dinding cermin di 7/11 tersebut. Eh, lelaki tadi.
"Eh, Hi," sapaku. Dia yang sedang menonggakkan bungkusan keropok Corntoz itu pada mulutnya, mula tersedak dek sapaan ku itu. "sorry, sorry," kataku lalu menghulurkan sehelai tisu dan menepuk belakangnya perlahan.
"Tak apa, tak apa," balasnya mengangguk sekali dan menerima huluran tisu daripada ku.
"Pikir dah balik," sambungku ramah selepas melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
"Haha belum... Nak lepak buang masa jap."
Aku mengangguk setuju. Aku lihat mee di dalam mangkukku dah mula mengembang, terus saja aku berdiri semula untuk membuang air tersebut.
Dah selesai, aku kembali ke tempat dudukku. "Makan tu je ke?" soalku dalam sibuk memberi rencah perasa kepada mee di depan ku.
"Ha ah." Senyuman di beri.
Dengan selamba beruk, aku bertanya, "Nama apa?" saja nak tahu. Mana tau boleh aku jadikan boyfriend. Hehe, kau memang gatal, Qiem.
"Nama?"
"Ya, nama."
"Oh, nama. Kris. Awak?"
"Qiem."
"Nice to meet you."
"Haha, me too," balasku tanpa memandang wajahnya. Hanya ekor mataku melirik melihat senyuman yang terukir di bibirnya sekarang. Manis. Nasib baru kenal, kalau tak, dah lama aku rasa.
YOU ARE READING
Aku Tak... (COMPLETE)
RomanceSean, seorang yang straight (suka akan wanita), suka menonton cerita-cerita bergenre kan percintaan di antara lelaki dan lelaki, mula terbabit dalam satu situasi dimana dirinya disukai dan digoda oleh seorang warden diasramanya. Keliru di hati mula...