Eeeee cliché nya hidup aku! Ada orang minat dekat aku dah setahun lebih, lelaki pula tu. Tua dari aku lagi. Tapi aku tak gay. Hmmm... Ini dah sama sangat macam mana - mana cerita yang aku pernah tengok atau baca sebelum ni. Selalunya dalam cerita, watak macam aku ni, akan jatuh cinta dekat orang yang suka dia tu. Pastu, kau akan jadi 'the wife' kepada lelaki yang sukakan kau tu. Dalam kes ni, si Alex. Wife maksudnya.... aku bottom?
HIKKKKKK...
Kau nak ke semua tu terjadi pada kau, Sean? Aku tak dapat bayangkan lubang bontot aku ini dinodai.
Ah, nak pindah keluar dari asrama ni lah supaya tak jumpa Alex. Eh, tapi tak boleh, nanti ma dan pho banyak tanya pula. Paling tak suka bila dengan pho membebel, boleh tebawa - bawa mimpi.
Hahhhh.... Kenapa tiba - tiba aku nak tahu sangat pasal si Alex tu selepas tengok IG nya semalaman?
"Kau fikirkan apa tu?" sapa Aqiem. Aku yang awalnya sedang menikmati angin ditepi tasik tengah kampus ni, terus menoleh.
"Tak ada," balas ku ringkas.
Aqiem terus tersenyum. "Ye ke? Ke kau tengah fikir pasal Alex?"
"Eh, manada."
"Dah lah, Sean. Dari muka kau tu, aku tau kau fikir pasal dia. Sean, kalau aku jadi kau, aku terima je dia." Aik, dia ni. Tiba - tiba... Si Alex minta aku jadi boyfriend dia pun tak ada, nak terima apa pula.
"Itu kau, bukan aku... Kau tau kan aku tak..."
"Ya ya aku tau, kau tak gay. Straight nak mampos. Bla bla bla bla. Penat aku dengar benda yang sama," ejek Aqiem lalu mengeluh sekali. Aku memandang ke arah tasik tu semula. "Tapi Sean, betul ke kau straight sepenuhnya? Atau kau keliru? Kalau betul kau straight, kenapa aku tak pernah nampak kau keluar dengan mana - mana perempuan? Date dan sebagainya... Tak pernah kan. Tengok kau ngorat anak dara orang pun aku tak pernah. Kau pasti kau straight?" soal Aqiem
Soalannya itu terus membuat otak ku bekerja. Betul juga kata Aqiem. "Aku belum jumpa orang yang tepat lah, Qiem," balasku mendatar.
"Wak lu belum jumpa, cliché betul. Kau ingat kau watak dalam cerita Thailand yang kita selalu tengok, Sean? Tak... Ok, senang macam ni, kalau betul kau straight, dalam masa seminggu ni, aku nak kau cari perempuan untuk di jadikan teman wanita. Kalau kau dah jumpa dan tunjukkan dekat aku, baru aku percaya kau tak gay. Tapi kalau kau tak jumpa dan tak berjaya untuk dapatkan teman wanita dalam masa terdekat ni, aku rasa apa yang kau cakap pasal diri kau, tak betul," cabar Aqiem padaku. Keningnya dijongket berulang kali.
Gila. Mana aku nak cari perempuan dalam masa terdekat ni?
Lebih kurang sejam kemudian...
"Ada apa kau cari kitaorang?" soal Ren sebaik saja tiba di perpustakaan. Ten pula menyoalku dengan bahasa tubuh.
Aku yang sedari tadi tunggu diaorang dengan hati penuh debaran, mula menjawab, "Aku nak minta tolong kat korang," kataku teragak - agak.
"Apa dia, Encik Sean? Sila kongsikan permohonan awda," balas Ten.
"Umm... Aku nak minta tolong korang carikan aku teman wanita dalam masa terdekat ni. Boleh?," mintaku.
Ren dan Ten terdiam buat seketika. Mereka memandangku pelik. "Kau ok ke, Sean?" soal Ren lalu meletakkan tangannya ke dahi ku. "Tak demam. Hmmm... Kau mimpi apa semalam, tiba - tiba nak ada girlfriend ni?"
Aku menggaru belakang leherku yang tidak gatal. "Boleh ke tak?" soalku lagi.
Si Kembar memandang di antara satu sama yang lain. Selang berapa minit, mereka memandangku semula. Aik, bercakap guna minda ke?
YOU ARE READING
Aku Tak... (COMPLETE)
RomanceSean, seorang yang straight (suka akan wanita), suka menonton cerita-cerita bergenre kan percintaan di antara lelaki dan lelaki, mula terbabit dalam satu situasi dimana dirinya disukai dan digoda oleh seorang warden diasramanya. Keliru di hati mula...