AQIEM POV
Aku memandang Uncle Fad yang sedang membawa first aid kit menuju ke arahku dengan sebaris senyuman. Bila mata bertentang mata, aku terus mengalihkan pandangan ku ke arah TV di hadapan ku.
Sebaik saja Uncle Fad melabuhkan punggungnya di sebelah ku, tanganku yang luka akibat menumbuk dinding tadi, di pegangnya dan mula membersihkan darah kering yang tersisa di jari jemari ku.
"Tak sakit ke?" soal nya.
"Tak," balasku mendatar. Sakit sebenarnya, tapi aku tahan. Tak nak tunjuk.
"Siapa diaorang tu?" soal Uncle Fad lagi.
"My ex's parents," jawabku.
"Yang suruh tandatangani perjanjian tu?" Aku menganggukkan kepalaku perlahan. "Kenapa tak bagi tau uncle?"
"Nothing to worry. I'm done with both of them. i'm sure, diaorang tak kan kacau lagi," balasku. Uncle Fad mengeluh ringan. "Thanks," kataku sepatah.
Uncle Fad hanya tersenyum macho sambil menatap mataku dengan karisma nya yang agak luar biasa tu. Heh, aku tak boleh lah. Aku terus tengok tempat lain. "Kenapa tak nak tengok uncle?" soalnya. Tangannya baru saja selesai menyapu ubat pada tangan ku dan hendak membalutnya.
"Mana ada. Orang tengah tengok TV ni."
"Tengok apa? Tak hidup pun." Krik krik krik krik.
Ya tak ya juga. Apa benda lah kau ni, Qiem. "Baru nak buka." Coverline. Tahan malu Qiem... Tahan...
Selesai saja Uncle Fad membalut tanganku, satu ciuman hinggap ke tanganku. "I'm sure, tak lama lagi tangan Qiem ni akan sembuh," bisiknya pada tanganku lalu perlahan - lahan tanganku di simpannya kembali ke atas pehaku. Uncle Fad terus bangkit dari duduk untuk meletak semula first aid kit yang di gunanya tadi, ke tempat asalnya semula.
"You want some drink?" soalnya dari dapur.
"No, thank you," balasku pula. Aku terus berdiri dan menyusun langkah untuk naik ke tingkat atas. Tapi langkahku, ku hentikan. "Uncle balik rumah mak ke malam ni?" soalku dengan melihatnya dari belakang.
"Yes, kenapa?" soalnya pula tanpa memandangku.
"Umm... Kalau malam ni, uncle teman kan Qiem, boleh?" pinta ku segan. Tiba - tiba segan. "Errr... It's ok if uncle busy, ada plan dengan mak malam ni," sambung ku sambil menggosok belakang kepala ku perlahan.
Uncle Fad hanya tersenyum dengan permintaan ku yang agak tiba - tiba. Memang sah - sah dia pikir aku dah maafkan dia selepas apa yang aku katakan tadi. "Ok, sure."
"Ha?"
"Uncle teman kan Qiem malam ni," katanya lalu menyambung membancuh air minumnya. Aku menghelakan nafas lega. Lega sebab malam ni ada teman. Korang jangan nak fikir bukan - bukan ek. Aku tak ada niat nak buat apa - apa pun dengan Uncle Fad malam ni.
.
.
.
"CAN I ASK YOU SOMETHING?" soal uncle Fad dengan mata khusyuk menonton TV di hadapannya.
Aku yang sedang terbaring di atas lantai sambil menongkat kepala menggunakan tanganku, menoleh memandangnya. "Tanya lah."
"Aqiem dengan Din tu dah berapa lama kenal?" soalnya ingin tahu.
"Dari sekolah menengah," jawabku ringkas.
"He's your first love?"
"Yup..."
![](https://img.wattpad.com/cover/215479313-288-k933727.jpg)
YOU ARE READING
Aku Tak... (COMPLETE)
RomanceSean, seorang yang straight (suka akan wanita), suka menonton cerita-cerita bergenre kan percintaan di antara lelaki dan lelaki, mula terbabit dalam satu situasi dimana dirinya disukai dan digoda oleh seorang warden diasramanya. Keliru di hati mula...