SEAN POV
"Ala Qiem. Aku turun jap. Phone aku tinggal," kataku pada Qiem di saat kami hendak keluar dari elevator. "Sorry."
"Jangan lama," balasnya ringkas sambil menjelingku tajam.
"Promise." Butang 'G' untuk turun ke Ground Floor aku tekan dan pintu elevator turut tertutup. Tiba - tiba aku terlupa nak tanya condo mana satu. Nasib belum turun. Butang 'buka' ku tekan semula. "Oi, nombor berapa?"
"Oh, 639. Jangan risau, aku tunggu kau ."
"Ok" Pintu elevator tertutup semula dan terus bergerak turun ke bawah.
Langkah ku susun menuju ke kereta Qiem sebaik saja tiba di tempat perletakan kereta. Kunci ku buka lalu lampu kecil ku tekan untuk memberi sinar di dalam kereta yang agak gelap itu. Haha dah jumpa. Telefonku yang yang terletak berdekatan dengan 'handbreak' ku capai lalu keluar dan menutup pintu kereta tersebut semula.
"Hahaha..."
Di saat aku hendak berjalan menuju ke elevator , aku menoleh kearah bunyi tawa yang datang tidak jauh dari tempat ku berdiri. Bila aku terlihat wajah salah seorang dari dua orang lelaki itu, mataku cuba fokus seboleh yang mungkin. Macam aku kenal. Alex? Dia buat apa dekat sini?
Niat nak pergi tegur tapi tak jadi sebab terkejut bila dia mula mengucup dahi lelaki bersamanya itu.
Lelaki dengan dia tu... bukan ke lelaki yang peluk dia masa kita orang tengok wayang masa tu? Lelaki yang dia kata saudaranya. (refer to AT8)
Saudara? Kalau saudara memang tak kisah ke kalau cium dahi dan berpegangan tangan macam tu? Dan tak pelik ke kalau aku kata dia orang mesra macam lebih dari hubungan antara saudara? Betul ke lelaki tu saudara Alex?
Kenapa aku tak sedap rasa ni?
Aplikasi WhatsApp aku buka dan nama Alex ku tekan.
Aku - Awak dah habis shooting?
Soalku sebab dia cakap malam ni ada pengambaraan untuk aplikasi Zalo**.
Lama... tiada respon di berikan. Aku tunggu dia balas dan pada masa yang sama aku lihat ke arahnya dari jauh yang sedang bermesra - mesraan dengan si 'saudara' itu.
Mi amor - Belum lagi. Tengah tunggu turn untuk kena touch up.
Aku - Ohhhh
Tunggu turn kena touch up? Dekat luar ni macam ni tanpa ada krew pun? Dan hanya berduaan dengan si 'saudara'?
Mi amor - kenapa? Rindu ke?
Aku - Tak lah... tanya jer... ok take care... got to go
Mi amor - Ouch... huhuhu ok take care too..
Alex ku pandang tersenyum dan mula mengucup tangan si 'saudara' itu. Kenapa dia nak tipu aku macam ni? Apa sebenarnya hubungannya dengan lelaki tu? Apa aku dalam diri dia?
Aku terus melangkah pergi secara senyap selepas mengambil beberapa gambar kejadian itu.
...
Masa aku memasuki bangunan itu semula aku ternampak Mak Qiem sedang bercakap dengan seseorang sebelum melangkah masuk ke dalam elevator seorang diri. Mak Qiem nak pergi mana? Rasa cuak mula hadir bila melihat elevator tu naik ke tingkat enam, tingkat di mana condo Uncle Fad berada. Oh, shit! Oh shit oh shit oh shit oh shit.
Terus aku call Qiem tapi tidak di angkatnya. Mana Qiem ni? Mesej darinya yang bertanyakan aku kat mana, baru aku terbaca.
Aku terus berlari ke elevator tersebut dan menekan butang naik ke atas dengan pantas. Lambat pula benda alah ni nak turun semula. Aku terus mengambil keputusan untuk menggunakan tangga kecemasan untuk naik ke tingkat enam. (Bukan satu idea yang bijak)
YOU ARE READING
Aku Tak... (COMPLETE)
RomanceSean, seorang yang straight (suka akan wanita), suka menonton cerita-cerita bergenre kan percintaan di antara lelaki dan lelaki, mula terbabit dalam satu situasi dimana dirinya disukai dan digoda oleh seorang warden diasramanya. Keliru di hati mula...