AT 12

1.6K 49 7
                                    

Disaat nyawaku masih seronok di hibur mimpi, tiba - tiba hidungku terasa gatal, seperti ada orang bermain dengannya dengan menggunakan jari mereka. Lekas - lekas nyawaku masuk kembali ke dalam tubuh untuk mengetahui siapa orang tersebut.

Perlahan - lahan mata ku buka. Satu susuk tubuh yang sedang bersila di sebelahku sambil tersenyum, ku pandang lama. Dari pandangan yang agak kabur, kini kembali jelas. Alex. Senyuman ku ukir.

"Warden buat apa ni?" soalku lalu memegang jarinya yang bermain dengan hidungku tadi.

"Morning," katanya sepatah dengan nada perlahan. Tangannya sebelah mula mengusap rambutku.

"Morning," balasku pula. "Pukul berapa ni?" soalku dengan suara agak serak.

"Tujuh," jawabnya ringkas. Ha?! Tujuh!? Aku terus terduduk bila mendengar jawapan Alex. "Hehe.... Tak lah, saya main - main je. Baru pukul 5.30."

Aku mengeluh lalu memberinya satu jelingan tajam. "Bang mana?" soalku bila sedar Bang sudah tiada dalam khemah tersebut.

"Dah keluar berkumpul dengan yang lain," kata Alex. "Jom... Nanti Tony cari," ajaknya.

Aku mengeluh. Rasa penat lepas berjalan malam tadi, masih terasa. Tak kurang pula rasa mengantuk yang belum hilang. "Bagi aku lima minit, boleh?" soalku sambil melentokkan kepalaku ke kiri.

Alex memuncungkan mulutnya berfikir buat seketika. Kepala di geleng sebagai tanda 'tak boleh'.

"Please..." pinta ku manja. This is not normal. Tak sangka aku akan buat benda cringe macam ni dekat Alex. Mata ku kelipkan berulang kali. Masih juga terima jawapan yang sama dari Alex. Hmmm..... Mungkin cara yang last ni akan berjaya. Tarik nafas dalam - dalam..... Huuuuuuu... Aku mula menghampirkan wajahku kepadanya lalu bibirnya ku kucup sekali. Alex mengeluh perlahan bila ciuman ku berpisah dari bibirnya. "Please?"

"Maybe next time. Jom," tarik Alex terus. Ceh, tak berjaya. Wajah murung ku berikan kepadanya. Sebaliknya, Alex masih tersenyum melihatku.

Berapa minit kemudian...

Usai membersihkan mulutku, aku terus sertai yang lain yang sedang berkumpul di tepi pantai. Tepat pukul enam pagi, semua dah sedia bersila di tepi pantai menunggu Abang Tony untuk berkata - kata. Korang rasa, kenapa dia ber ia sangat suruh kita orang bangun awal hari ni? Jawapannya ialah....

"guten Morgen semua," sapa Abang Tony dengan penuh mesra dan ceria. Tak padan dengan sifat garangnya bila berada di asrama. Jauh berbeza.

"Selamat Morning!" balas yang lain serentak.

"Nampaknya semua dah berada di tepi pantai yang indah sambil menikmati angin pantai yang sejuk ini. Tujuan saya menyuruh kamu semua untuk bangkit awal pada hari ini ialah...." Semua senyap menunggu perkataan seterusnya. Aku pula masih melayan ngantuk yang tak sudah. Alex di sebelahku hanya menggelengkan kepalanya. ".... untuk menikmati terbitan matahari ini!" katanya dengan riang lalu menunjuk ke arah matahari yang baru saja nak terbit.

Kalau tau ni sebab dia suruh bangun awal... lebih baik aku sambung tidur jek.

"CEHHHH!" yang lain bersuara.

"Wait... wait..." celah Abang Tony. "Pada masa yang sama, kamu semua di kehendaki untuk cari kad berwarna oren ni sebanyak lima keping untuk tidak di kenakan denda. Denda apa? Lima pelajar terakhir yang tidak berjaya menemui lima kad bewarna oren dalam masa yang di berikan, akan menyediakan sarapan pagi untuk hari ini dan menyuci segala pinggan mangkuk selepas pelajar lain selesai menjamu sarapan pagi mereka. Masa yang diberikan adalah... sampai matahari tu berdiri tegak di atas kepala korang! Masa korang bermula dari sekarang!" arah Abang Tony dengan senyuman sinisnya.

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now