AT 16

1.4K 47 5
                                        

Pagi tu, sebab kan pagar hostel masih tertutup, Alex ajak aku balik ke rumah dia yang tak jauh dari Studio BlueWing tu. Mula - mula tu, takut juga. Bukan apa, sebab tak biasa. Tambahan pula, buatnya dia bawa aku ah ah pagi - pagi buta ni, acana? Tak ke mati akal aku di buatnya. Dah lah Qiem belum ajar apa - apa dekat aku lagi. Haaaaa.... pasrah je lah. Yang penting, kalau betul Alex nak buat pagi ni, aku yang cucuk dia, bukan dia yang cucuk aku. Titik.

"Awak, termenungkan apa tu?" soal Alex disaat fokus memandu.

"Tak ada apa," balasku ringkas.

Tetiba, Alex menghulurkan phonenya ke arah aku. "Nah, tengok ni," berinya. Aku mengambil telefon yang di berinya lalu gambar - gambar yang di ambil di studio tadi, aku teliti sambil tersenyum. Malunya tengok diri sendiri dengan gaya - gaya macam ni. Pipi aku mula rasa panas dek melihat  gambar - gambar di antara aku dan Alex yang boleh dikatakan agak intim. hohohoho...

Beberapa jam yang lepas....

Aku berjalan menghampiri Alex sambil tersenyum malu. "You look good..." kata Alex tersenyum juga. Baju ku yang agak senget itu, di betulkan sedikit. 

"Dah sedia?" soal tukang gambar yang di tugaskan dengan ramah. "Sean kan?"

"Ya." Angguk ku sekali.

"Ok, awak relax je. Tak yah stress. Alex akan bantu awak sepanjang pengambaran berlangsung. Ok?" sambungnya lagi. Aku mengangguk perlahan. Wajah Alex ku pandang, senyuman gementar jelas terlukis di bibir ku sekarang.

"Don't worry. It's goin to be easy," katanya sambil mengusap lembut rambutku. Ish, dia ni. Suka sangat usap - usap kepala. Makin gementar aku dibuatnya.

Aku mengangguk lagi.

Berlangsung lah pengambaran yang di tunggu - tunggu. Dari satu gaya ke satu gaya, kami lakukan. Alex duduk di lantai sambil melunjurkan kakinya, dan aku pula bersandar  di belakangnya. Pada awalnya, memang rasa janggal yang teramat sangat tapi bila dah melakukan pelbagai jenis gaya dan mengenakan beberapa jenis busana bertemakan summer, aku mula rasa biasa dan selesa. Yeah... typical.

Pakaian terakhir untuk hari ini, hanya lah seluar pendek paras lutut, tanpa sebarang baju. Aku malu. Lagi - lagi bila tengok badan Alex yang sangat mantap itu, lepas tu di bandingkan dengan badan aku yang nak tak nak je ketulan - ketulan pack ni nak timbul.

"Yes.... betul! Macam tu!" jerit tukang gambar tersebut.

Nak tahu apa... semua gaya di bawah membuatkan jantungku tidak senang duduk.

Ok... first... Alex duduk di bangku bulat yang sedang tingginya, sambil memandang kamera dengan wajah yang sangat serius tapi agak menggoda. Aku pula duduk di lantai sambil melentokkan kepalaku di pahanya yang montok itu. UWU EMPOKNYER...  Begitu juga dengan tanganku. Mataku pula di arahkan untuk tutup. Ala ala tidur gituh. Ok itu belum boleh dikatakan intim.

Lepas gaya tersebut, Alex di arahkan untuk duduk di belakangku.

"May I?" soalnya padaku. Aku mengangguk perlahan. Tubuhku terus di peluk dengan perlahan dari belakang, yang mana tangan kirinya terletak cantik di dadaku, dan tangan kanannya pula terparkir di atas perutku. Segan pula rasa kena peluk macam ni.

Lepastu, dagunya di letakkan pada bahu kiriku. Manakala aku, di arahkan untuk memeluk tangannya sambil melentokkan kepalaku ke kepalanya. Reaksi wajah yang diarahkan untuk kami buat adalah seperti tadi iaitu serius, menggoda dan di tambah dengan reaksi ghairah sedikit, tapi kali ni Alex pula yang tutup mata.

Rapat sungguh wei, berdebar jantung aku. Dag dig dug gituh.

Dag dig dug

Dag dig dug

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now