AT 15

1.5K 51 3
                                    

DIN POV

Setibanya aku di asrama, aku mengambil keputusan untuk berdepan dengan Win. Aku mesti minta maaf dengan dia selepas apa yang aku cakap dekat belakang dia tadi. Bercakap tak pernah nak fikir dulu.

Tapi apa - apa pun, aku rasa bersyukur bila Qiem bagi tahu hal sebenar padaku. Itu dah cukup membuatkan aku kembali yakin untuk bersamanya semula.

Ya...

Ya...

Aku yakin.

Berdirinya aku dihadapan pintu Win, membuatkan aku rasa gementar yang sukar untuk aku tafsirkan apa maksudnya. Kenapa aku perlu rasa macam ni? Aku buat perkara yang betul sekarang kan?

TTOK! TTOK! Pintu bilik Win ku ketuk perlahan. Tiada tindak balas diterima. Aku mengetuk pintunya lagi. Selang berapa saat, daun pintu di kuak dari dalam.

Wajah Win berubah serius bila melihat wajah ku. Rasa bersalah mula hadir. "Apa mau mu?" soalnya kasar. Dadaku mula rasa senak bila mendengar suaranya. You can do it, Din.

"I'm sorry," kataku ringkas sambil menatap matanya lama. "I'm sorry for not telling you the truth. The truth yang sebenarnya aku tak cintakan kau. Aku bercinta dengan kau pun sebab nak lupakan Qiem, tapi aku tak dapat lupakan dia sebab aku masih sayang kan dia," sambung ku lagi.

Win mengangguk perlahan. Sebaris senyuman diberi kepadaku. "That's all? Ok," katanya lalu menarik daun pintu tersebut untuk menutupnya.

BAMM! Tidak sempat ku halang, pintu kayu tersebut terus berlaga dengan bingkainya lalu mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.

Tubuhku tersentak sedikit dek bunyi yang amat nyaring itu. Keluhan berat keluar dari mulutku. Kenapa aku rasa tak best bila Win layan aku macam ni?

"Apa masalah kau?" soal Qiem yang sudah berada di belakang ku. Dia ni kenapa? Sejak bila pula dia ada dekat sini? "Kenapa kau cakap macam tu dekat dia?"

"Apa kau ni? Aku cakap benda yang betul," balasku.

Aqiem mengeluh mendengar jawapan ku. "Din, aku bagitau kau hal sebenar bukan bermakna aku nak kau go back dengan aku, tapi aku nak selamatkan hubungan kau dengan Win dari masalah yang pernah menimpa aku sebelum ni. Aku tak nak Win lalui semua tu, itu je. Din, antara aku dengan kau, semua tu dah berakhir. We are not meant to be," marah Qiem padaku.

Aku membisu bila di ceramah begitu oleh orang yang aku sayang. "But i love you, i still love you," tangan Qiem ku pegang.

"Yes, i know that. But are you sure, cinta yang kau maksudkan tu masih sama dengan cinta yang kau pernah berikan untuk aku sebelum ni? Aku rasa tak, Din, sebab aku kenal kau. Aku kenal kau sangat - sangat. Din yang aku kenal tak pandai menipu. Muka kau tertulis segalanya. Walaupun kau rasa, kau masih sayangkan aku tapi hati kau ada dekat tempat lain." Pintu bilik Win dipandang Qiem lama. "Din yang aku kenal, hanya akan memberikan senyuman manis penuh makna kepada orang yang dia cinta seperti senyuman yang kau beri kepada Win masa nak keluar dari McD tadi. Masa Win tahu hal sebenar tadi dan dia lari, kau duk diam dekat tempat parkir tu, kau ingat aku tak nampak air muka yang rasa bersalah nak mampus tu? Gerak geri tangan kau juga dah cukup menunjukkan yang kau memang rasa bersalah dekat dia."

"Mungkin kau rasa, kau bercinta dengan dia sebab nak menutup perasaan kau terhadap aku dan salah satu cara kau dapat melupakan kisah silam kita. Tapi kau tak rasa yang kau dah tersasar dari matlamat kau yang sebenar? Kau tak rasa yang kau dah betul - betul sayang kan dia? Kau tak rasa gementar atau teruja bila nak jumpa dia? Atau sedih dan rindu bila tak nampak muka Win?" soal Qiem bertubi - tubi yang mana membuatkan aku menyoal hatiku semula. "Din, jawab!" jerit Qiem pada ku.

Aku Tak... (COMPLETE)Where stories live. Discover now