"Miss, tahan nafas dulu, sikit lagi dapat zip." Si Kim berusaha tahan nafas dia supaya dapat muat gown yang dia idam dari dulu.
"Sikit lagi.." Muka Ms Jessy merah udang sebab kasih keluar tenaga yang banyak semata-mata mau zip belakang gown si Kim saja.
"Dapatkah?" Tanya Kim sama Ms Jessy, tapi nampaknya bikin hampa saja biarpun bermatian menahan nafas. Tambah berpeluh adalah.
"Sorry miss, kalau gown lain kamu tidak berminat?" Tercungap-cungap si Ms Jessy.
"Ala, saya mau yang ini juga. Tidak boleh alter sudahkah?" Muncung betul mulut si Kim, mengharapkan ada sinar harapan dari Ms Jessy.
"Tidak dapat miss. Ini yang paling besar sudah kita dapat alter. Kita cari gown lain ya?" Terpaksa juga si Kim akur dengan pendapat Bridal Consultant dia.
Tinggal lima hari lagi majlis perkahwinan si Kim dan Davy, tetapi gown baju pengantin yang sudah lama si Kim booked tidak muat pula.
"Ah, kenapa juga tiba-tiba jadi kecil tu baju, padahal dulu muat saja." Kim mencebik bibir, sangat hampa bila tidak dapat memakai gown idaman dia yang ala-ala mermaid itu. Dia terus mengambil lima biji Nips dari dalam plastik lalu masukkan ke dalam mulutnya dan menguyah dengan rakus.
"Macamana size baju boleh kecil? Baju makin kecil atau ko makin besar? Hm, kan sudah saya cakap, control sikit makan, tengok tidak muat?" Sindir si Kath, BFF si Kim.
"Eh, kecewa betul. Terpaksa pilih baju yang just so-so."
"Amboi, just so-so gitu. Baru kau tau, siapa suruh makan macam gajah! Idam baju ala-ala mermaid, tapi tidak pula struggle mau kurus." Si Kath jeling tajam sama si Kim.
"Mulut kau ni memang mau rasa cili bah kan? Indak ku tahan bah tidak termakan coklat. Haish! Mau kahwin pun susah."
Si Kath cuma ketawa kecil tengok gelagat si Kim. Mau kurus, tapi tidak control diet. Mulut si Kath ni memang bisa sikit, tapi dia ni merupakan kawan yang sangat baik dan rapat sama si Kim. Maklumlah teman sekampung dari kecil. Masuk U pun sama-sama. Kalau di sekolah dulu berjanji lagi buat gaya rambut sama-sama. Kau gunting rambut, saya pun gunting. Kau pakai botol air pink, saya pun pink! Gitu..
"Oya, nanti kau tolong atur door gift nanti k? Gula-gula dua biji dalam sekotak okkah?"
"Eh, kedekut lah bah juga kau ni. Tidak pa, nanti tu saya tolong atur. Saya sponsor."
"Eh, thank you thank you thank you! You're the best!" Save sikit belanja bila ada kawan tolong, fikir Kim.
"Gemuk tapi comel bah kau ni kan." Gurau si Kath.
"Jaga sikit mulut kau bah. Gemuk-gemuk begini mau juga si Davy sama saya. Kau ada?" Tanya si Kim sambil angkat satu kening dia.
"Haha, yalah tu. Gemuk, comel, cantik, sexy.. semualah kau! Saya ni single-bingle sebab jual mahal. Haha!" Balas si Kath. Malaslah dia mau lawan cakap si Kim, selalu mahu betul, jarang-jarang mahu kalah. Betullah kata orang, orang-orang gemuk selalu egonya tinggi?
"Eh memang. Cuba kalau kurus, kalah terus miss Unduk Ngadau." Kan, tidak mau kalah si Kim ni.
"Uwekkkkk!!!!!" Si Kim tunjuk muka mau termuntah.
"Kenyataan.." Mata tengok atas.
"Saya lagi lawa." Lima biji Nips masuk lagi dalam mulut si Kim.
"Oh, please.." mau muntah hijau si Kath dengar cakap si Kim.
........
"Darling, tidak sabar saya mau jadi bini kau!" Si Kim peluk tangan si Davy yang tegap sambil membayangkan dia berjalan ke arah alta gereja diiringi oleh kedua-dua ibu bapa dia, Mr George dan Mrs. Emily. Sambil melihat si Davy di hadapan gereja dengan tangisan bertuah sebab dapat mengahwini cinta hati dia. Ala, biasalah kalau sudah terlalu cinta mestilah akan nangis sebab rasa bertuah. 'Eee, tidak sabar betul!' Kata si Kim dalam hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
OBSES
RomansaKim sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula cinta hati dia si Davy biarpun sudah ditinggalkan oleh si Davy. Dia percaya bahawa si Davy cuma terpedaya dengan godaan perempuan lain dan percaya bahawa si Davy masih menyayanginya. Bagaima...