Bab 1

14.4K 431 34
                                    

Sudah sebulan Helena menghilangkan diri.Begitu juga Harriz.Langsung tak dapat dijejaki oleh Raf.Bukan tidak cuba untuk membuat panggilan melalui phone tetapi nombor yang Harriz dan Helena gunakan tidak dapat.Tukar nombor.

Sebulan yang lalu....

Ariana menghampiri Helena yang sedang mengambil semua baju dalam almari dan diletakkan dalam bagasi.

"Helena kau nak pergi mana?"soal Ariana dengan cemas.

Helena menghiraukan persoalan Ariana.Ariana terus memegang kedua tangan Helena.Memberhentikan pergerakan Helena.

Helena merentap kembali tangannya.Air mata yang mengalir diseka.

"Jangan halang aku!Bagi aku ruang,Ariana.Semua ni berlaku sekelip mata,aku...aku...buntu.Kau jangan risau,aku cuma mahu menyendiri"ujar Helena.

Ariana hanya diam.Tidak terkata-kata.Apa lagi yang mahu dikatakan kalau Helena sudah membuat keputusan.Kalau dirinya tidak terima semua ini apatah lagi Helena.Harriz?Langsung tidak berfikir panjang.Lelaki itu sudah pergi meneruskan kehidupannya.

Pilihan yang baru sahaja Helena buat membuatkan semua ini terjadi.Semuanya berubah sekelip mata.

********

Helena menolak pintu bilik yang sudah ditempahnya.Bagasi ditarik membawa masuk ke dalam dan diletakkan di tepi katil.Pintu ditutup kembal.Kad untuk hidupkan lampu diletak dalam satu bekas.Terus lampu terbuka.

Helena melihat setiap ruang bilik yang besar.Handbag dicampak ke atas katil.Langsir yang menutup pintu balkoni itu diselak.Tombol kunci dipulas kemudian menolak pintu gelangsar itu.Angin yang bertiup kencang itu mengibas-ngibas tudung Helena.

Kedua tangannya disilang di atas penghadang balkoni.

END FLASHBACK

Bunyi pemanas air menandakan air panas sudah sedia,Helena mengisi air panas di dalam cawan.Selesai,Helena mengacau air sehingga larut.

Cawan dibawa ke balkoni.Novel yang berada di atas meja dicapai lalu membuka halaman yang sudah ditanda menggunakan penanda.Air kopi dihirup perlahan.Mata tertumpu pada halaman novel.

Semenjak menetap di sini,Helena lebih meluangkan masa dengan membaca novel.Keluar dari bilik hotel bila perlu sahaja.Kalau mahu keluar,Helena akan memastikan setipa pergerakannya tidak diperhatikan sesiapa.Untuk apa dia buat semua itu hanya satu.Tidak bersedia untuk berjumpa dengan mereka semua.

Boys and girls.

Helena terhenti pada satu ayat.

"Perjuangkan cinta demi kebahagian"

Terasa sesuatu mula terbenih dalam hati Helena.Kenapa dirinya harus bersembunyi?Ayat ini membuatkan Helena berfikiran jauh.

Matanya memandang perut.Kandungannya sudah masuk 4 bulan.Perut sudah mula membulat.Setiap hari Helena akan mengusap perutnya.Setiap malam ayat suci Al-Quran dibacakan untuk kandungannya.

Jujur,sebulan ini sungguh tenang.

Tergerak hati untuk bertemu dengan Ariana.Phone yang diletakkan di sebelahnya itu diambil lalu butang untuk membuat panggilan ditekan.Nombor Ariana yang tercatat pada note dalam phone ditekan satu per satu.

Sudah menekan nombor Ariana,telefon diletakkan di telinganya.Menunggu Ariana menjawab panggila.Hujung jarinya mengetuk kulit buku.

Raf mencapai phone Ariana yang berbunyi.Nombor tidak dikenali itu membuatkan dahi Raf berkerut.Langkahnya mencari Ariana di tingkat bawah.Ariana yang sedang menyapu halaman rumah itu dihampiri.Phone dihulurkan pada Ariana.

KCADD 2Where stories live. Discover now