ACCIDENT
*****
Pendrive yang dipegang itu diteliti sebelum memasukkan pada akses pendrive di komputer.File yang diterima melalui data pendrive yang diterima oleh orang upahannya.
Sepatutnya kerja-kerja ini dilakukan oleh Raf tapi Harriz tidak mahu melibatkan sesiapa.Ini antara dia dan Adam.Kehadirannya di Italy semula,tidak diktetahui sesiapa kecuali Adam.Kerana mereka sudah berhubung untuk menyelesaikan semuanya malam ini.
Pendrive yang Harriz pegang adalah maklumat mengenai Adam.Setiap sudut tempat itu.Memudahkan dia membuat stratergi.
Harriz menggerakkan tetikus umtuk melihat sudut tempat itu.Berkerut dahinya melihat dan memikirkan strategi.Tanpa Daus dan Faris memang sukar mahu mengatur strategi.Mereka berdua lah yang banyak membantu
Faris membantu mengumpul maklumat dan Daus akan mengatur strategi.
Puas hati dengan plan yang sudah di lakukan,Harriz klik 'print'.
Meja besar dan panjang itu dituju.Meja yang berselerak dengan alatan tajam dan kertas.Harriz melemparkan kertas di atas meja kemudian phone dalam poket seluarnya diambil.
"10 minit semua dah ada dalam bilik aku"ujar Harriz dengan tiada nada.
Phone diletakkan di atas meja.Kertas plan strategi dilihat semula.Tangan dan pemikirannya cuba membayangkan situasi yang bakal berlaku.
Kawasan yang gelap,dilindungi dengan pokok dan paling penting sempit dan padat.Sekali silap langkah semua mati.
Semua sudah berdiri di tempat mereka.Harriz menghempaskan plan kertasnya.
"Aku nak korang semua hafal dan ambil serius bahagian masing-masing.Tengok baik-baik apa yang aku dah aturkan.Aku tak nak ada silap langkah!Sorang silap semua mati"ujar Harriz.
Semua mengangguk tanpa membantah.Mata Harriz tajam menikam setiap seorang budak-budaknya.
Harriz keluar dari bilik itu.Semua mengambil peluang melihat dengan lebih dekat plan kertas itu.Perbicangan dimulakan antara satu sama lain.
*********
Bunyi tapak kasut saat kaki melangkah ke hadapan membuatkan seseorang tersenyum sinis.
Kaki mengetuk lantai,tangan disilang memeluk tubuh.Senyuman sinis terukir menunggu kemunculan susuk tubuh seseorang dengan lebih jelas.
Adam Mikhail.
Hari yang dinantikan telah tiba.Dia dan Harriz akan bertumpah darah.
Muka bengis,anak mata mencerlung menikam anak mata Adam.Jarak mereka tidak jauh tidak dekat.Masing-masing tidak memegang senjata tapi tidak bermakna tiada senjata pada mereka.Tepukan bergema di kawasan itu.
Anggota lain sedang bertumpah darah.
Mereka berdua tenggelam di dunia sendir.Di mana hanya Adam dan Harriz.
Ketawa jahat tidak langsung membuatkan Harriz tergugat dan tercabar.
"Akhirnya,hari yang dinanti-nantikan!Sudah lama aku menantikan hari ni.Hari untuk aku bunuh kau dan ambil semula hak milik aku"ujar Adam.
Harriz senyum sinis.Hak milik?
Helena?Itu yang dimaksudkan?
"Hak milik?Helena maksud kau?Helena milik aku yang kau maksudkan?"soal sinis Harriz semula.Rasa mahu membunuh Adam lebih membara apabila Adam mengemukakan tentang Helena.

ANDA SEDANG MEMBACA
KCADD 2
RomancePilihan yang dibuat oleh Helena mengubah segala-galanya. Lama Harriz menghilangkan diri,boys dapat menjejaki Harriz apabila mendapat berita tentang pertarungan antara Harriz dan Adam.Kemalangan membawa pertemuan pertama Harriz dan Helena setelah seb...