Bab 11-just him

4.7K 346 258
                                    

JUST HIM

*****

Helena menghempaskan punggung di atas sofa ruang tamu.Perut yang semakin membulat diusap perlahan.

Phone sudah pun di off mengelak dari dijejaki.

"Mummy!"panggil Firash.

Helena tersenyum lalu menepuk ruang di sebelahnya.Firash duduk di sebelah Helena.

Kemudian,tapak tangan Firash menyentuh perut Helena.

"Baby lelaki ke baby perempuan?"soal Firash.

"Baby menyorok lah,tak dapat tahu lagi"jawab Helena.

"Ohhh!Mama cakap baby dalam perut mummy ada dua.Betul ke?"soal Firash lagi.

Helena mengangguk.Mengiyakan.Selepas itu,Helena memandang pelik apabila Firash seperti sedang berfikir.

"Jadi perut mummy ada dua?Mana lagi satu?"soal Firash dengan nada pelik.

Helena gelak dengan soalan Firash.Firash pula sudah kebingungan.

"Bukanlah.Twins ada dalam perut ni lah.Sebab tu perut mummy besar"jelas Helena sambil mengambil tangan Firash meletakkan di atas permukaan kulit perutnya.

"Ohhhhhh!"ujar Firash.

Seketika selepas itu,riak muka Firash bertukar mendung.Sedih.Helena memandang Firash.

"Hey, what's wrong?"soal Helena dengan nada lembut.

"Nanti mummy mesti sayang twins dari Firash lepastu mummy dah lupakan Firash"ujar Firash dengan nada sedih.

Helena tersenyum.Kepala Firash diusap.Tangannya didepakan.Firash menyambut dan memeluk Helena.

"Semua orang sayang Firash termasuklah mummy!Nanti bila twins dah keluar,twins boleh berkawan dengan Firash.Firash suka berkawan tak?"pujuk Helena.

"Mestilah!Boleh ajak main sama-sama"ujar Firash dengan ceria.

"Wah,ni drama apa pula?Semalam drama pintu hari ni drama menyakitkan kasih sayang?"celah Aidan Zafran.Mengusik.

Helena menjeling.Firash pula menghampiri Aidan Zafran.

"Uncle Aidan nak kahwin dengan mummy ke?"soal Firash.

Helena terkedu,lantas dia memandang Aidan Zafran.Kepalanya digelengkan.Aidan Zafran pula sudah tersenyum sinis.

"Mummy masih lagi isteri orang lah.Nanti kalau mummy bukan isteri orang lagi,uncle jadikan mummy sebagai isteri uncle!"jawab Aidan Zafran.

Helena menepuk dahi.Gila!

"Aip!Mana boleh!Daddy lagi handsome lah dari uncle.Daddy dengan mummy soooo sweet.Uncle apa tahu!"balas Firash.

"Auch!"ujar Aidan Zafran sambil menyentuh dada kirinya.

"Firash pergi dekat mama,uncle nak bercakap dengan mummy"ujar Aidan Zafran.

Firash mengangguk lalu berlari mencari Farhana.

"Eh,you ni dah gila ke cakap macam tu dekat Firash?Dia budak-budak lagi lah!And one more thing I tak nak kahwin dengan lelaki lain selain dari Harriz!"marah Helena.

"I gurau jelah,honey!Garang betullah mak boyot ni"balas Aidan Zafran.

Helena menjeling tajam ke arah Aidan Zafran.

KCADD 2Where stories live. Discover now