RAYA EDITION
Selamat hari raya aidiladha everyone!!! Ini kali chapter for hari raya aidilfitri hehe! So this time, Carl dan Cyra as husband and wife! Also Isaac dan Dian! Special for my lovely readers!!!
*********
Carl dan Isaac berhadapan antara satu sama lain. Sedang rungsing.
"Kau pandai pakai?" soal Isaac.
"Memang tak lah! Dulu mana ada pakai sampin, sekarang tiba-tiba kena pakai sampin pula!" rungut Carl.
Harriz berhenti melangkah apabila melihat twins yang sedang cuba memakai sampin.
"Daddy, macam mana daddy pakai?" soal Isaac.
Harriz mengangkat bahu.
"Minta lah bini kau berdua. Dah ada bini kan? Ingat daddy pandai ke pakai sampin kemas macam ni. Mestilah tak, ni pun mummy pakai kan" ujar Harriz selamba dan melangkah pergi. Mahu tergelak sahaja melihat muka geram twins memakai sampin.
Carl dan Isaac mengeluh serentak.
"Aku kira sampai tiga, kita panggil. Okay?"
Isaac mengangguk.
1
2
3
"Sayang!!!!" serentak Carl dan Isaac.
Cyra dan Dian yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan sarapan raya itu, sudah memandang antara satu sama lain.
"I know they will call us" ujar Cyra. Sudah agak Carl akan memanggilnya walau apa jua keadaan.
Dian hanya senyum senget lalu melangkah bersama Cyra menaiki tangga ke tingkat dua. Mereka menuju ke bilik persalinan.
"Yes, husband?" serentak Cyra dan Dian.
"Hek heleh, buat-buat tak tahu pula! Tak nampak ke orang tengah bengang dengan sampin ni?" ujar Carl.
"Cepatlah pakaikan! Nanti semua bising, Isaac dengan Carl lambat siap!" ujar Isaac pula.
"Baiklah, cik abang! Mari sini" mengalah Cyra dan menghampiri suaminya, Carl.
Begitu juga Dian, menghampiri suaminya. Isaac.
Tidak lama, siap sampin terletak kemas. Dian mencapai songkok dan menghulurkan kepada Isaac. Carl pula membetulkan songkok di hadapan cermin.
"Handsome boy!" puji Dian kepada Isaac.
"Thank you, pretty wife!" balas Isaac sambil mencuit hidung Dian.
"Mummy!!!!!" rengek seorang budak kecil berusia 5 tahun.
"Mama!!!!" seorang lagi budak kecil berusia 3 tahun.
"Dah saya nak settle kan anak manja awak, pula! Jangan turun lambat" ujar Cyra lalu pergi bersama Dian.
Carl dan Cyra dikurniakan kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Perwatakan kembar sama sahaja. Dua-dua lasak.

ANDA SEDANG MEMBACA
KCADD 2
RomancePilihan yang dibuat oleh Helena mengubah segala-galanya. Lama Harriz menghilangkan diri,boys dapat menjejaki Harriz apabila mendapat berita tentang pertarungan antara Harriz dan Adam.Kemalangan membawa pertemuan pertama Harriz dan Helena setelah seb...