KEMBALI SEWEL
********
Setelah tiga hari Harriz ditahan atas tujuan memantau kesihatan,akhirnya dibenarkan pulang.Helena mengemas barang dan pakaiannya di dalam satu beg besar.
Phone milik Helena berbunyi.Tidak lama dalam talian,Helena menamatkan panggilan.
"Pemandu dah sampai"ujar Helena.
Helena yang baru sahaja mahu membawa beg besar itu,Harriz sudah terlebih dahulu mengambilnya.Kemudian,Harriz terus sahaja melangkah pergi meninggalkan Helena.Tidak mahu bertengkar.Helena mengikut langkah Harriz dari belakang.
Seorang jururawat menahan mereka sebaik sahaja Helena dan Harriz muncul di hadapan kaunter.
"Mrs.Helena!!"panggil jururawat itu.
Helena terus berpaling.Langkah mereka terberhenti,Helena menghampiri kaunter.
"Doctor want to meet you"ujar jururawat.
Helena hanya senyum lalu mengangguk.Harriz yang sedang bersandar pada dinding,dihampiri.Gelisah juga untuk beritahu sebenarnya,takut jika tentang twins terbongkar.Harriz menjongketkan kening,apabila Helena berada di hadapannya.
"Doktor nak jumpa El,check baby.Abang,masuklah kereta dahulu"ujar Helena.
"Apahal aku kena masuk kereta pula?Dah jom pergi jumpa doktor,aku nak tahu juga perkembangan anak aku"ujar Harriz sambil menarik lengan Helena berjalan bersamanya.
Pasrah sahajalah.Lagipun Harriz layak tahu.
Pintu bilik doktor ditolak.Doktor menyambut dengan senyuman.Teragak-agak Helena baring di atas katil.Dalam hatinya sudah pasrah,mungkin ini masa yang sesuai untuk Harriz tahu.Harriz melihat melalui komputer yang memancarkan keadaan bayi di dalam perut.
"How many months?"soal Harriz.
"Five months!"jawab doktor itu dengan teruja.
"The twins are very active. They are in good condition. Still can't identify the gender of the twins, but it's okay maybe the next meeting we can confirm it"ujar doktor perempuan itu.
Harriz terkaku.Helena pula sedaya upaya tidak melihat Harriz.Riak wajah Harriz menjadi terkejut.Twins?Kenapa Helena tidak beritahu pun pada dirinya?
Berahsia lagi?
"Twins?"soal Harriz semula mahukan kepastian.
"Yeah,twins!"jawab doktor itu.
Dalam perjalanan Harriz dan Helena langsung tidak berbual.Suara juga tidak didengari.Maing-masing hanya mendiamkan diri.Helena pula sudah mula gusar apabila Harriz tidak lekang dari muka tegang.Marah?
Kalau pujuk dan menjelaskan segalanya,adakah lelaki itu akan memaafkan kesilapannya berahsia tentang kembar?
Sudah pasti tidak.Iyalah,jika Harriz memaafkan dirinya sudah pasti tidak akan berubah.Keadaan mereka tetap sama,keruh juga.Dimaafkan ataupun tidak akan sama sahaja.Jadi,seperti tiada nilai pun.
Bagi Harriz pula terasa semakin kecewa.Tidak layak kah untuk dia tahu tentang anaknya sendiri?Kenapa perlu berahsia?Sebab hubungan keruh ini?
Hatinya bertambah sakit apabila Helena memilih untuk berahsia.Entah-entah ada lagi yang dirahsiakan oleh Helena.Cuma belum terbongkar sahaja.Kenapalah memilih untuk merahsikan kesemuanya.
Walau bagaimana pun semua ini tidak patut dirahsiakan.Anak itu bukannya anak angkat tapi anak kandung.
Fikiran Harriz tidak lari dari memikirkan apa lagi yang Helena sedang berahsia dengannya.Bukan Helena sahaja mungkin semua girls dan boys juga turut merahsiakan sesuatu darinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
KCADD 2
RomancePilihan yang dibuat oleh Helena mengubah segala-galanya. Lama Harriz menghilangkan diri,boys dapat menjejaki Harriz apabila mendapat berita tentang pertarungan antara Harriz dan Adam.Kemalangan membawa pertemuan pertama Harriz dan Helena setelah seb...