CINTA DAN BENCI.
**********
Masih ada cintakah buat Helena Sofia?
Sedar tak sedar,sudah dua bulan mereka di Italy.
Petang yang mendung oleh kerana hujan menyebabkan semua penghuni di rumah agam itu tidur lena.
Kecuali Alana.
Sudah dua minggu kejadian sama berlaku.Nak beritahu pada semua orang tapi tak mahu bangkitkan isu ini besar-besaran walaupun Harriz sudah pulih sedikit.
Bukan sepenuhnya.
Helena?Mak boyot tu kelihatan bersahaja seperti tiada apa yang berlaku.Tetapi hal ini berkenaan Helena.
Lelaki misteri itu sudah mula munculkan diri.Biarpun tidak menunjukkan wajah dan kelibatnya tetapi lelaki itu tidak putus asa berbuat sesuatu untuk menarik perhatian Helena.
Malangnya,setiap kali itu Alana yang jumpa dan beritahu pada Helena.
Setiap kali itu jugalah,tindakan Helena sama.
Menyuruhnya buang sahaja dan merahsiakan dari semua orang.
Kenapa Helena suka berahsia sekarang ni?
Apa yang Helena sedang fikir kan?
Tak takut kah kalau lelaki misteri itu mengambil tindakan di luar jangkaan?
Apa yang lelaki misteri itu mahu lakukan?
Setiap pagi meletakkan sejambak bunga mawar atau ros di hadapan pintu utama.Kemudian,memberikan kata-kata cinta yang menggunakan tulisan tangan pada kad.
Dan semua warna dan saiz kad itu sama.Tiga warna.Setiap hari tiga warna itu berselang-seli.
Merah.Putih.Biru.
Tidak cukup dengan kad,lelaki misteri itu akan mesej Helena.Block?
Banyak kali sudah dilakukan oleh Helena tapi ada sahaja nombor baru.Penat sudah mahu block jadi hanya biarkan.
Balas mesej lelaki misteri itu sudah dilakukan tapi tidak dibalas.Call?
Lagilah tidak pernah dijawab.
Kadang kala bukan bunga yang diberikan tapi 'teddy bear'
Lebih mengerikan.Kalau Helena ada keluar rumah atau berada di mana-mana tempat.
Keesokkannya,Helena akan menerima gambar-gambar.Di mana dia berada,apa yang dilakukan.Seperti lelaki misteri ini selalu memerhati Helena.
Tapi apa motif lelaki misteri ini memberi semua gambar ini?
Mahu mengatakan dirinya wujud?
Pada pagi ini,Alana melihat sejambak bunga ros berada di hadapan pintu.Bersama satu sampul surat hitam.
Bau bunga ros itu memukau Alana.
Lama itu,Alana tersentak apabila namanya dipanggil.
Suara lunak Helena memanggil.Kemudian,Helena menghampiri Alana yang sudah memegang sejambak bunga ros dan sampul surat hitam.
Again!
"Again? Urghhhh!!!"luah Helena.
Geram tak terkata.Apa yang lelaki misteri ini mahukan darinya?
Mahu sahaja Helena berhadapan dengan lelaki misteri ini tapi tidak tahu bagaimana mahu berjumpa ataupun berhubung.
Terlalu misteri.

ANDA SEDANG MEMBACA
KCADD 2
RomancePilihan yang dibuat oleh Helena mengubah segala-galanya. Lama Harriz menghilangkan diri,boys dapat menjejaki Harriz apabila mendapat berita tentang pertarungan antara Harriz dan Adam.Kemalangan membawa pertemuan pertama Harriz dan Helena setelah seb...