"Daddy!!!!"ujar Twins.
Twins mahu memeluk Harriz namun Helena terlebih dahulu menghalang.Twins memandang Helena.Melihat muka Helena,twins hanya akur.
Harriz memberi isyarat mata pada Aidan Zafran.Aidan Zafran hanya mengangguk.
"Honey,I nak beli barang kejap.You ada nak tumpang sekali?Mana tahu chocolate ke kan?"ujar Aidan Zafran.
"Papa Zaf,can we get Ice cream?"celah Carl.
Aidan Zafran senyum.Senyum penuk makna lagi-lagi melihat muka dingin Harriz.
Helena pula beriak selamba.Hanan memandang Helena.
Harriz terus meninggalkan Hanan tanpa kata-kata.
"Takkan nak berdiri di sini,jomlah kita pergi naik tingkat paling atas.Ada taman"ujar Helena.
Hanan hanya akur.
Twins bermain di taman permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak.Helena dan Hanan duduk di bangku sambil memerhatikan twins.
Janggal.
"Sorry,kalau soalan ni buat awak tak selesa.Tapi mana anak?"soal Helena.
Hanan terdiam.Tidak tahu mahu menjawab apa.Harriz pula tidak pula beritahuu apa-apa.
"Tiada rezeki"jawab Hanan.
Helena tidak beriak apa-apa.
"Helena,awak nak kahwin dengan Aidan ke?"
Helena memandang Hanan dengan pandangan pelik.
"Kalau ya,kenapa?"cabar Helena.
"Awak kenal siapa Zafran?Kenapa macam kenal aje"ujar Helena.
Hanan menggeleng.
"Saya rasa lebih baik tak perlu sibuk hal saya.Sebab saya ada kebahagiaan sendiri.Bersama twins.Awak buat lah apa awak nak buat,Hanan.Harriz suami awak bukan saya"ujar Helena.
Hanan terdiam.
"Lagipun,kami dah tiada apa-apa hubungan.Tak perlu risau,saya takkan rampas Harriz dari awak.He's yours.Ambillah.Jangan pula sia-siakan.Yelah,awak kan permata dia"sindir Helena.
Hanan mahu bercakap tapi Helena menahan dengan menaikkan tangannya. 'stop'
"Kalau awak masih fikir saya dan Harriz ada peluang untuk bersatu,awak silap.Sudah terlambat.Saya takkan kembali pada Harriz"
"Tapi bagaimana kalau Harriz mengambil hati awak semula.Bagaimana kalau Harriz mahu rujuk bersama awak?Bagaimana pula dengan jodoh?"balas Hanan.
Helena tersenyum sinis.
"Kalau ada,adalah.Jodoh,takdir semua itu ketentuan Allah.Mana lah tahu permata macam awak ni,jodoh bersama Nazhan kembali kan?"sinis Helena.
Hanan terkejut.Helena tahu?
"Macam mana awak tahu yang saya..."
"Nazhan cerita pada saya"potong Helena.
"Apa yang dia sudah cerita pada awak?"soal Hanan dengan nada risau.
Takut jika Nazhan cerita segalanya.Ataupun menipu Helena.
Helena menggeleng.
"Cukup saya dan dia sahaja"tegas Helena.
Hanan mula rungsing.Riak wajah dikawal.
Lama mereka berdiam.
"Helena,kalau Harriz nak rujuk.Awak akan terima?"soal Hanan.
YOU ARE READING
KCADD 2
RomancePilihan yang dibuat oleh Helena mengubah segala-galanya. Lama Harriz menghilangkan diri,boys dapat menjejaki Harriz apabila mendapat berita tentang pertarungan antara Harriz dan Adam.Kemalangan membawa pertemuan pertama Harriz dan Helena setelah seb...