HE LOVE YOU
*******
Helena memandang Harriz yang masih terlena itu.Lama pandangannya,Helena mengambil nafas berat.Bagasi ditarik bersamanya keluar dari bilik.Perlahan-lahan Helena menutup pintu semula.Bernasib baik kerana lif tidak jauh dari biliknya.Kalau tidak terpaksalah mengangkat bagasi berat ini.
Tidak mahu menghasilkan bunyi.
Sampai di tingkat 1,Helena terus menuju ke pintu utama.Kereta Aidan Zafran yang sudah berada di hadapan pintu pagar dihampiri.Aidan Zafran membantu Helena mengangkat bagasi lalu dibawa masuk ke dalam bonet kereta.
Helena hanya tersenyum tipis apabila Aidan Zafran membuka pintu untuknya.Helena melihat rumah agam itu sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah agam.Pandangan Helena di luar tingkap.Kata-kata Harriz itu seperti mimpi sahaja.Tidak tahulah benar ataupun tidak.Kalau benar,kenapa Harriz mengungkapkan tiada lagi cinta untuknya?
Ditepis semua itu sejauh mungkin.
Memulakan kehidupan baru tanpa cinta Tengku Harriz Fareeq.
Bukanlah sesuatu yang mudah.
Sampai di pelabuhan udara,Helena dan Aidan Zafran menuju terus ke kaunter penerbangan.
********
Helena dan Aidan Zafran menjejakkan kakinya di bumi Sydney.Kadang kala Helena terasa kehidupannya penuh dengan pelayaran.
"Terima kasih,Zafran.I rasa sampai di sini aje lah kita berdua.You pergilah tempat tinggal you,I nak pergi tempat I"ujar Helena.
"Dah alang-alang tu satu taxi lah!You bukannya tahu pun kawasan sini.I dah selalu sangat ke sini sebab ni memang tempat kakak I tinggal"ujar Aidan Zafran.
Helena tersenyum kekok.Kisah kehidupannya masih belum rasa selesa untuk diceritakan pada Aidan Zafran.
Aidan Zafran terus melangkah ke arah taxi yang masih menunggu penumpang.Nak atau tidak Helena terpaksalah ikut.
Helena menutup pintu kereta sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut kereta.
Aidan Zafran memberitahu tempat yang dituju sekali gus membuatkan Helena terkejut.Memandang Aidan Zafran dengan pandangan tidak percaya.
Takkan sama?!
Pemandu taxi itu memandang Helena menantikan Helena memberitahu tempat yang dituju.
"Kenapa you pandang I macam tu,honey?"soal Aidan Zafran.
Helena terus menggeleng.
"Amm,apa kata hantar you dulu!I rasa tak selesa lah nak beritahu tempat I"ujar Helena.Cari jalan untuk mengetahui firasatnya adalah benar.
Tanpa bantahan, Aidan Zafran hanya mengangguk.Lalu pemandu itu memulakan perjalanannya.Pandangan Helena dituju ke luar tingkap seperti biasa.
Sekali sekala,Aidan Zafran curi-curi memandang Helena.Kadang itu juga senyuman terukir.Akhirnya,dia dapat mengenali Helena dan berbual dengan wanita ini.
Apatah lagi hubungan mereka seperti ada peluang untuk menjadi sebagai kenalan rapat.
Nak pula rumah tangga ya sedang keruh.Bukan lah sesuatu yang sukar untuk merapatkan diri.
Tidak lama,mereka sampai di hadapan suatu rumah tidak lah besar dan tidak juga kecil.
"Okay,honey!Jaga diri,dah sampai terus call tau"ujar Aidan Zafran.

ANDA SEDANG MEMBACA
KCADD 2
RomancePilihan yang dibuat oleh Helena mengubah segala-galanya. Lama Harriz menghilangkan diri,boys dapat menjejaki Harriz apabila mendapat berita tentang pertarungan antara Harriz dan Adam.Kemalangan membawa pertemuan pertama Harriz dan Helena setelah seb...