Bab 13-Believe

4.5K 351 174
                                    

BELIEVE

*****

Link group whatsapp ada di message board!Ada lagi 20 tempat kosong🌚

Suasana sunyi sepi di ruang tamu.Selepas makan tengah hari,mereka semua berkumpul di ruang tamu.

Tiada suara hanya memandang antara satu sama lain.Entah kenapa rasa janggal.

"Apa yang jadi pada Sara?"

Akhirnya,Helena bersuara.Mewujudkan isu untuk berbual.Teringat akan kata-kata Laura malam semalam.

Persoalan yang ditujukan oleh Helena membuatkan semua memandang antara satu sama lain.Seperti tidak mahu menjawab.

Helena pula setia menanti.

Alana berdehem.Mata Helena tumpu pada Alana.

"Selamat masuk hospital gila"jawab Alana dengan nada selamba.

Helena terlopong kemudian mengawal riak wajahnya.Seakan tidak percaya.Sara dah gila?

"Macam mana Sara boleh jadi gila?"soal Helena lagi.

"Well,kitaorang kurung dia.Seksa dia.Mental dan fizikal"mudah Alana menjawab.

Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan yang dikatakan oleh Alana.

Kali ini,Faris pula berdehem.

"Apa yang terjadi antara El dengan Harriz sebenarnya?Cuba cerita.Kitaorang tanya Harriz tapi tahulah Harriz tu buat bodoh je.Pekak dah agaknya"tutur Faris.

Geram,setiap kali bangkitkan isu tentang Helena pasti Harriz mengelak.Ada sahaja alasan yang diberikan.Kalau bukan alasan,pasti Harriz akan mendiamkan diri.

Semua memandang Helena,menunggu jawapan.Helena memandang semua di situ.

Keluhan dilepaskan.Sukar untuk menceritakan semuanya.

"Hari terakhir sebelum El ke sini.Kitaorang bergaduh.Masa tu juga Harriz dapat tahu tentang lelaki misteri bagi bunga.El tak tahu dia cemburu atau tak tapi.."

"Dia cemburu.Sangat cemburu"celah Daus.

Helena terdiam seketika.

"Harriz cakap,El tak patut muncul depan dia.Jaga dia.El kena teruskan pilihan yang El dah buat.Lepas itu,Harriz cakap yang dia dah...."

Helena terdiam lagi.Dapat dirasakan air matanya sudah mulai bertakung.

Nisa mengusap belakang Helena.Memberi semangat.

"Dia dah tak cinta El.Harriz buat semua ni,dia bertahan untuk kekalkan hubungan kitaorang hanya sebab twins.Bukan El.Depan mata El,dia luahkan tiada lagi cinta untuk El"

Semua di situ sudah terkedu dan tergamam.Sukar untuk percaya tapi itulah hakikatnya.Jadi sebab ini mereka berpisah?

"El sendiri tak faham dengan Harriz.Kata tiada cinta tapi malam terkahir tu,dia luahkan ungkapan cinta.Itupun masa El tidur.Pura-pura tidur.Lagi menyakitkan,Harriz tiba-tiba panggil El dengan panggilan sayang"

Pantas Helena menyeka air mata yang menitis.

"Malam tu,abang dengar El dengan Harriz bertengkar.Betul ke?"soal Raf.

Helena mengangguk perlahan dan tersenyum hambar.

"El keluar rumah tanpa izin dia.Lewat malam baru balik.Malam tu lah El jumpa Zafran untuk kali kedua.Jujur,Zafran nak tenangkan El.Bukannya buat perkara tak elok.Tapi sanggup Harriz tuduh El sampai El rasa terhina"luah Helena.

KCADD 2Where stories live. Discover now