Bab 6-masih ada rasa sayang

5.8K 389 104
                                    

MASIH ADA RASA SAYANG

*******

Sementara menunggu Helena membersihkan diri,boys dan girls menjaga Harriz.Mereka sedang berbual tentang kata-kata doktor sebentar takdi.

Semua mengelilingi katil Harriz.

"Pertama kali terjadi dalam hidup aku bila dapat tahu Harriz bertindak balas dengan raungan Helena.Sebelum ni tengok dalam movie tak pun drama aje.Rupanya betul"ujar Ariana.

"Doktor tak cakap apa-apa ke tentang Helena?Apa yang jadi malam semalam"soal Nisa.

Mereka menggeleng.Mahu bertanya pada Helana tapi Helena kelihatan tidak bermaya sahaja.Mukanya pucat.Mungkin kerana menanggung sakit semalam.Pelik juga mereka dibuatnya,Helena dua kali ganda dari Ariana.

Hakikatnya,boys masih tidak tahu tentang kandungan Helena.

"Aku tengok kaki Helena pun bengkak"ujar Raf.

"Kaki dia memang dah bengkak lama.Nak urut tapi tak pandai takut pula nanti tambah sakit lagi.Dia pun mengadu jugalah sakit pinggang.Masa mengandungkan Firash dulu kan Harriz yang selalu urut Helena"jelas Ariana.

"Pelik,kenapa kau tak sama macam Helena.Kau pun mengandung dan kandungan korang berdua kan sama usia"luah Daus.

Girls memandang antara satu sama lain.Mereka seperti bergaduh melalui isyarat riak muka untuk beritahu.Takut juga jika Helena marah.

"El mengandung anak kembar"suara Helena yang baru masuk bilik menarik perhatian mereka semua.Boys terlopong dan terkaku.

Helena berjalan selamba sahaja dia menghampiri Harriz.Mangkuk yang diisi air dan juga tuala kecil di letakkan di atas meja sebelah katil.Kemudian,kembali memandang boys and girl.

"Suka berahsia!"marah Raf.

Helena tersengih.

"Doktor cakap Harriz bertindak balas dengan El.El kenapa semalam?Jangan nak berahsia!"tegas Daus bertanya.

Helena memandang Harriz sekilas.Terasa bahagia apabila Harriz bertindak balas dengan dirinya.Tahulah yang Harriz mendengar kata-katanya.

"Semalam El sakit pinggang sangat dengan kaki bengkak lagi.Setiap malam El rasa cumanya semalam terlalu sakit.Lepastu,tiba-tiba perut pula sakit.El tak tahu macam mana nak gambarkan sakit.Kemudian,mesin berbunyi.El gagahkan diri untuk bangun,nak tekan butang panggilan kecemasan"cerita Helena.

"Doktor yang rawat you tu,dia cakap apa?"soal Alana.

"Rehat secukupnya aje.Sakit ni biasa untuk ibu mengandung"jawab Helena.

"Haih risaulah abang dengan El ni.Nanti abang carikan orang yang boleh mengurut untuk ibu mengandung"ujar Faris.

Mereka semua bersetuju namun Helena pula menggeleng.Tidak terasa mahu mengurut dengan orang luar.Biarlah dirinya menanggung kesakitan ini.Kesakitan ni tidak akan sama dengan apa yang Harriz tanggung.

"Tak apalah.Sikit aje.Esok lusa sembuhlah"tolak Helena.

"Jangan degil boleh tak?Tak risau dengan twins ke?Kau ni Helena,selalu pendam seorang diri aje"marah Ariana.Geram dengan sikap Helena yang berahsia.

Helena hanya tersenyum hambar.

"Sakit yang aku tanggung sekarang ni takkan sama dengan apa yang Harriz tanggung dan lalui selama ini.Biarlah,kalau tak larat sangat baru pergi mengurut"balas Helena.

KCADD 2Where stories live. Discover now