one

538 20 0
                                    

"aku mencintaimu Kim Jennie dan aku tidak akan sesekali melepaskanmu." ujarku dengan penuh tulus. gadis yg berada dihadapanku ini sedang menahan air matanya dari gugur, aku menggenggam erat tangannya, melihat tepat kearah matanya. gadis yg sudah lama aku cintai dalam diam dan baru sekarang aku berani untuk mengatakan hal itu

"alahkah bagusnya jika aku terlahir sebagai lelaki, aku akan memilih untuk membalas cintamu. tapi aku dilahirkan sebagai seorang wanita. itu adalah perkara terlarang untuk mencintaimu lebih dari sekadar kawan."

"maafkan aku Jis, aku tidak dapat mencintaimu seperti kau mencintaiku." dia melepaskan genggaman tanganku lalu memelukku. mengusap lembut belakang badanku. aku menutup mataku, cuba untuk mengatur nafasku yg tidak teratur kebelakangan ini. ia kerana penyakitku. aku menghidap lemah jantung diusia yg muda.

aku sering kali ulang alik dari hospital dan rumah sehinggakan aku tiada masa untuk pergi ketempat yang aku ingin pergi.

"kita melihat sunset bersama mau?" ajak Jennie setelah meleraikan pelukkan. dengan segera aku mengangguk. dia kemudian menarik tanganku untuk jalan bersamanya, dia membukakan pintu kereta dan menyuruh aku masuk. bagaimana aku tidak jatuh cinta padamu Jen? sikapmu seperti malaikat membuat aku semakin cinta padamu.

---

Appa memberitahuku yg aku akan menerima rawatan diluar negara, aku tidak percaya dengan kata2nya, sudah lama mereka mencuba untuk merawatku tapi semuanya hanya sia2. namun kali ini, aku akan cuba untuk mempercayai appa. aku akan ikut apa yg dia katakan walaupun aku terpaksa untuk berpisah dengan Jennie.

tiada siapa yg mengetahui hal ini selain aku dan keluargaku. jika ada org lain mengetahui hal ini, mereka pasti akan mengasihani aku, aku tidak menyukai hal itu. aku lagi suka jika mereka cuma menganggap aku sebagai org biasa dan bukannya org sakit. lagi2 Jennie, sikapnya yg baik hati itu pasti akan melayanku lebih spesial berbanding yg lain.

sekarang aku sedang mengemas barangku, aku akan berada di Amerika buat waktu yg agak lama dan itu akan membuat aku terpisah dari Jennie. aku sudah menerima banyak panggilan darinya dan juga mesej, tapi aku memutuskan untuk tidak membalas. aku tidak akan memberithunya kemana aku akan pergi, itu akan membuat aku lebih sakit melihat dia menangis saat aku pergi. tapi aku tidak sanggup, aku menyambungkan panggilan

"Jis kau kemana? kenapa tak balas mesej aku?"

"jawab Jis."

"maaf kerana membuatmu risau. aku cuma sedikit penat, aku tidur sepanjang hari." bohong, aku bukan tidur tapi menangis sepanjang hari.

"aku akan datang ke rumahmu, sebentar."

"tak perlu, kau tak perlu datang ke sini, lagi pula kita hanya sekadar kawan dan tidak lebih dari itu, jika saja kau menerima cintaku mungkin aku akan menyuruhmu kesini. hahaha."

"Jen? kau masih disitu?" tanyaku setelah tidak mendengar balasan darinya

"ha, maaf. aku tidak tahu jika itu mengganggumu."

"hm, it's okay, aku rasa aku perlu sambung rehat. nanti kita jumpa lagi." tanpa menunggu balasan, aku terus memutuskan panggilan. aku kemudian mematikan telefonku agar tiada satu panggilan pun masuk. aku mahu bersendirian buat masa sekarang.

aku tidak tahu sama ada aku akan kembali semula dengan sihat atau lebih parah, tidak balik. Jen, aku harap kau baik2 saja disaat aku pergi. aku pergi untuk menyembuhkan penyakitku kerana aku ingin bersamamu buat masa yg lama. tetaplah tunggu aku Jen, aku akan cuba untuk balik dengan segera.

Hospital [chaesoo]Where stories live. Discover now