eight

166 11 1
                                    

aku merasa seperti sedang berlaku gempa bumi, dengan segera aku membuka mata tapi yg aku lihat hanya Joohyun yg menggoncangkan tubuhku mencuba untuk membangunkan aku.

"saat untuk pembedahanmu." aku mengangguk lalu mengusap kedua mataku yg masih lagi belum terbuka sepenuhnya. aku tidak faham mengapa pembedahanku berlaku di waktu sebegini, 3 pagi. ughh aku masih mau tidur.

aku bangun dari katil dan menuju ketandas, Joohyun memberi aku baju yg perlu aku pakai sewaktu pembedahan berjalan. dengan segera aku menukar dan kemudian aku dibawa oleh beberapa lagi nurse ke bilik bedah.

"kau sudah memberitahu appaku bukan?" tanyaku kepada Joohyun, risau jika appa tidak datang untuk menjengukku disini. Joohyun lalu memegang tanganku

"jangan risau aku sudah memberitahunya banyak kali. fokus saja sama pembedahanmu." ujarnya memberi keyakinan pada diriku. aku menghembus nafas lega, aku mohon, jangan terlalu lama bedahnya doktor, nanti Chaeyoung-ku rindu.

---

sudah 2 hari Jisoo tidak datang ke wadku. selepas sahaja selesai pembedahannya dia tidak sedarkan diri sehingga sekarang. doktor kata itu hanya perkara biasa tapi bagiku tidak. selalunya org lain akan sedar selepas 24 jam tapi ini sudah lebih.

"kau rindu dia?" tanya nurse yg sedang berdiri disebelahku, membuat check-up yg ringkas di pagi hari.

"siapa?" tanyaku bodoh

"gadis di wad depan." ya, tentu saja aku rindukan dia. bukan rindu tapi lebih kepada risau. risau jika dia tidak akan sedarkan diri.

aku diam.

"jgn risau sangat, nanti dia sedar la tu." ujarnya lalu keluar dari wad. dia sempat menepuk lembut bahuku sebelum keluar.

aish apa kelakuanku terlalu jelas sampaikan dia perasan?

setiap malam aku akan bertanya padanya tentang Jisoo, aku asyik lupa tentang Jisoo dan aku asyik bertanya. sampaikan dia sudah terbiasa memberitahuku tanpa aku menanyakan soalan terlebih dahulu.

memang terlalu jelas.....

aku keluar dari wad ingin mengambil angin pagi. sudah lama aku tidak keluar waktu pagi. selalunya aku akan berada di wad kerana Jisoo datang setiap pagi. walaupun aku tidak bercakap dengannya tapi aku senang dapat melihat wajahnya.

ahh aku merindukan senyumannya. suaranya dan juga tingkah lakunya yg berusaha untuk menawan hatiku.

"A for her efforts."

"her? siapa?" aku menoleh kearah suara itu datang. haihh gadis ini lagi. aku kan mau sendirian sekarang.

"laa macam tak suka je aku datang." ujarnya setelah perasan dengan perubahan wajahku

"hahaha, taklah meh sini duduk." tanpa buang masa dia segera melabuhkan punggungnya disebelah ku. dia membawa makanan yg dimasak khas oleh nya.

"aku dari wad kau tapi nurse cakap kau kat luar."

"kalau nak datang call la dulu."

"aku nak buat surprise gituw."

aku tertawa kecil. mengapa gadis ini sangat lucu walaupun hanya bercakap? apa saja yg dia katakan terdengar lucu ditelingaku.

"aku masak spesial untuk kau. japchae masakan omma aku."

"eh? cakap kau yg masak."

"aku cakap macam tu ek?"

aku tertawa lagi. ada2 saja gadis thai ini.

"keluargaku bagaimana?" tanyaku sembari menyuap japchae masuk kedalam mulut.

"aku ada call your mom and dia cakap dia akan jaga kau lepas je keluar dari Hospital." gadis disebelahku juga turut memakan japchae yg dibawanya.

"appa?"

"dia mengalah, biasalah lelaki kenala mengalah dengan perempuan. hahah."

aku memandangnya tidak percaya. appa mahu lepaskan omma? sejak bila dia mahu mengalah? padahal aku mahu ikut appa jika mereka setuju bercerai.

"ah, pastu appa kau cakap, dia nak kahwin dengan perempuan tuh, sebab perempuan tuh mengandung anak dia."

mataku membulat besar. jika benar apa yg Lisa katakan, appa memang seorang lelaki yg jijik. mengapa dia berbuat begitu jika sudah tau yg dia sudah ada isteri dan seorang anak perempuan?

"seriously?" tanyaku tidak percaya lalu meletakkan sudu yg ku pegang. selera makanku hilang begitu saja..

"omma kau pun dah nak kahwin."

satu lagi kejutan, memang mereka berdua dah rancang plan b ke? lagi satu, aku ni kat Hospital bukan kat penjara kenapa aku taktau apa yg terjadi dengan parents sendiri? nasib ada Lisa yg selalu memberitahuku keadaan semasa org tuaku.

lalu? aku bagaimana? aku tidak mahu tinggal bersama bapa baruku. itu pasti sangat awkward.

"kau tinggal jelah dengan aku kat Thailand. lepas kau sihat, kemas barang then fly." ujar Lisa yg baru saja habis makan japchae yg dia bawa untuk aku.

"di thai panas." jawabku lalu mengipas diri menggunakan tangan.

"ah bodo." ucapnya dan langsung saja aku ketawa besar. setiap kali dia memaki ianya kedengaran lucu. jadi dia tidak pernah memaki kerana tau aku akan mentertawakan dia.

"jika kau tinggal bersamaku, kita dapat berkahwin dan hidup bahagia bersama."

Hospital [chaesoo]Where stories live. Discover now