twelve

202 8 2
                                    

sebulan sudah berlalu, apa yg aku katakan sebulan yg lalu untuk menjauhi Chaengi-ku adalah hanya satu kata2. bahkan aku dan dia sudah semakin rapat. dia mula menunjukkan sifatnya yg selama ini aku inginkan.

dia selalu saja manja kepadaku dan ingin bersamaku sepanjang masa. tiap malam aku tidur bersamanya di wad miliknya. tidur bersebelahan dengannya di katil yg hanya muat untuk satu orang. bayangkan betapa dekatnya aku dengannya.

sekarang aku berada di wadku bersama appa yg sedang mengemas barangku. aku hampir tidak percaya yg aku akan keluar dari sini. selama 6 bulan aku disini, hanya 1 bulan yg memberi kesan kepadaku saat berada disini.

aku suka disini.

pertama kali dalam sejarah, aku suka berada disini. aku suka suasana disini.

tidak

aku suka disini kerana adanya Chaeyoung.

sebelum aku pergi, aku ingin berjumpa Chaeyoung buat kali terakhir. ya, aku boleh saja melawat dia tapi aku akan ke Hospital lain untuk membuat rawatan. appa memindahkan tempat rawatanku. jadi aku mungkin tiada masa untuk kesini untuk melawat dia.

tambahan, aku juga akan segera bernikah dengan lelaki pilihan appa. pasti sibuk dengan persiapan pernikahan itu nanti.

"Chaeyoung-ah, aku sudah mau pergi." ujarku dan memandang kearahnya yg mendekatiku.

dia memegang tanganku dengan erat, memandang tepat di mataku. aku dapat lihat kesedihan dimatanya. dia cuba menahan diri daripada menangis.

"jawapan ku iya."

"ha?" aku menatapnya hairan. apa yg iya?

"kau menanyaku jika aku boleh menjadi kekasihmu. jawapanku iya, kau boleh menjadi kekasihku."

aku tersenyum. "tapi semuanya sudah berlalu Chaengi. aku akan bernikah 2 minggu lagi."

"aku tau. aku cuma, aku tidak boleh melepaskanmu."

"a-a-aku mencintaimu Kim Jisoo. maaf kerana lambat luahkan perasaanku terhadap mu."

"aku tau, aku tau kau mencintaiku. bak kata org right person wrong time. andai saja kau datang lebih awal. mungkin kita akan keluar dari sini bersama."

"Chaengi, andai kata pernikahan ku gagal, aku akan mencarimu. kau tidak perlu menunggu kerana aku yg akan mencarimu."

"mustahil pernikahan mu gagal Jis, tiada lelaki yg akan meninggalkan mu setelah bernikah denganmu. aku juga tidak mahu meninggalkan mu jika aku bernikah denganmu."

tiba2 pintu wad Chaeyoung terbuka, terlihat wajah appa sedang menungguku.

"mari Chu kita pulang." aku mengangguk setelah itu appa menutup pintu. aku kembali melihat Chaeyoung, dia menunduk. dia menangis.

"Chaengi, aku perlu pergi." ujarku lalu memegang dagunya untuk memandang wajahku.

"jangan menangis, fokus sama rawatanmu, setelah kau sembuh, telefon aku."

aku melepaskan pegangan, aku senyum buat kali terakhir kepadanya. belum sempat aku pergi, dia menarikku dan memelukku dengan erat.

"Chaengi, nanti aku terlambat~"

"Chaengi?" pelukannya semakin lemah.

"terima kasih Jisoo kerana hadir." ucap Chaeyoung perlahan. tidak Chae. tidak. tidak. tidak.

dia semakin lemah, aku memegang bahunya membantunya untuk terus berdiri tapi kakinya sudah sangat lemah, dia tidak mampu berdiri.

"Chaengi, ku mohon."

tiba2 nurse yg menjaga Chaeyoung datang dan terkejut melihat kami berdua. dia dengan segera membantuku untuk mengangkat Chaeyoung dan meletaknya di sofa. dia kemudian keluar untuk memanggil nurse yg lain.

aku duduk disebelahnya, air mata sudah lama mengalir. Chaeyoung-ah, jangan pergi dulu.

"Jisoo-sshi, awak kena keluar dari sini." ujar nurse itu, tanpa membuang masa, aku keluar dari wad 541 itu.

aku melangkah pergi dari situ, memasuki lif dan menekan butang yg bertanda L menuju ke lobby. langkahku sangat berat untuk pergi dari sini. aku tidak mau pergi tanpa Chaeyoung.

aku keluar dari Hospital dan melihat appa sudah menunggu ku dikereta. aku lalu masuk kedalam perut kereta, tanpa buang masa kereta milik appa memecut pergi dari kawasan ini. .

aku menoleh melihat Hospital yg pernah aku tinggal selama 6 bulan. banyak sangat kenangan saat aku disni. walaupun apa yg aku lakukan hanya perkara yg sama setiap hari.

ah, aku lupa mengucapkan selamat tinggal kepada Joohyun. aku terlalu terburu-buru untuk pergi tadi.

"appa, boleh Chu bertanya?" tanyaku dan mendapat anggukan dari appa

"siapa bakal suami Chu?"

"dia anak lelaki kawan appa, orgnya baik, sopan dan sangat pintar."

"nama?"

"kau tanya sendiri kepadanya."

"ha?"

"dia sudah ada dirumah menunggu kedatangan mu." aku mengangguk faham.

sepanjang perjalanan, aku dan appa diam, hanya radio yg mengisi kesunyian didalam kereta.

"lagu ini khas untuk mereka yg masih menunggu cinta datang kepada mereka."

"dengarkan lagu dari Joji yg berjudul Sanctuary."

(senanye lagu ni aku tambah je. takde kaitan dengan jalan cerita)

"Not anyone, you're the one
More than fun, you're the sanctuary"

"'Cause what you want is what I want
Sincerity"

"Souls that dream alone lie awake
I'll give you something so real"

"If you've been waiting for fallin' in love
Babe, you don't have to wait on me"

"'Cause I've been aiming for Heaven above
But an angel ain't what I need"

---

setelah sampai dirumah, aku melihat sosok lelaki sedang berdiri di depan pagar dengan motosikalnya yg setia berada disebelahnya. senyuman muncul diwajahku. benar, dia ialah lelaki yg Chaengi pernah kenalkan kepadaku.

dia mengangkat tangan melambai kearahku, berkelakuan seperti sudah lama mengenal diriku. padahal baru hari ini aku berjumpa dengannya.

aku turun dari perut kereta dan mendekatinya. dia turut tersenyum melihatku.

"hi isteriku."

"pembetulan, bakal isteri." ujarku

"hahaha, iya. bakal isteri. namaku Kim Taehyung. kau boleh panggil aku sesuka hatimu, lebih baik jika kau memanggilku sayang."

aku tertawa kecil. dia sama seperti apa yg dikatakan Chaeyoung.

"aku Kim Jisoo."

"aku tau, Chaeyoung cerita banyak pasalmu kepadaku. dia suruh aku berjanji dengannya untuk menjagamu dan mencintaimu seperti mana dia lakukan."

"Chaengi cerita tentangku padamu?"

"iya, dia bilang, dia senang aku yg bakal menjadi suamimu, kerana dia tau, aku pandai dalam menjaga seorang wanita."

"aku yakin kau pandai, sebab Chaengi-ku juga pandai dalam bab itu."

"aku tidak menghalang kau untuk terus mencintai dia, itu pilihanmu aku tidak boleh paksa. tapi kau tetap perlu beri rasa cintamu kepadaku walaupun sedikit."

"terima kasih."

TAMAT





























dah habis, terima kasih kerana sudi baca walaupun jalan ceritanya tidak jelas. bahasa pun campur hahahahah sekian dari saya.

Hospital [chaesoo]Where stories live. Discover now