eleven

167 7 1
                                    

aku memandang wajah Chaeyoung, buat apa aku hapuskan air mataku jika dia tidak akan melihat aku sekarang? aku mengalirkan air mata dengan sederas desarnya. Chaeyoung-ah hiks..

aku mendengar pintu wad terbuka tapi aku tidak berminat untuk mengetahui siapa yg masuk. mungkin nurse yg menjaga Chaengi-ku atau mungkin Joohyun bersama Seulgi.

"Jisoo." ah suara yg kukenal

"appa?" aku mengangkat pandangan dengan automatik badanku berdiri dan melihat kearah appa. tanganku masih lagi memegang erat tangan Chaeyoung

"bagaimana kau ada disini?" tanya appa lalu mendekat.

"appa, dia ialah wanita yg aku cintai." ujarku lalu memandang kearah Chaeyoung yg terbaring. appa juga melihat kearahnya.

"dia sakit."

"tapi aku tetap ingin mencintainya."

appa memandang ku sayu. dari wajahnya aku sudah dapat agak yg dia tidak suka dengan pilihanku. maaf appa, aku tidak mampu lagi jatuh cinta jika Chaeyoung pergi.

"dia juga mencintaimu?" tanya appa

"aku tidak yakin tapi kami sudah menghabiskan masa bahagia bersama disini."

"jika kau sembuh dan dia juga sembuh, maka appa akan restui."

---

aku menguap, aku melihat jam sudah jam 1 pagi. aku masih berada disini dari tadi dan Chaengi-ku masih tidak sedarkan diri. tangannya juga masihku genggam tidak ingin aku lepaskan.

aku meletakkan kepalaku di hujung katil, berniat untuk tidur disebelahnya.

"Ji-Jisoo?" aku mengangkat kepalaku, dia sudah sedar. dengan segera aku keluar dari wad dan memanggil Joohyun yg berada di wadku.

erm, dia sedang bemesraan bersama kekasihnya

"Chaengi-ku sudah bangun." Joohyun dan kekasihnya terkejut melihat kedatangan ku secara tiba2.

setelah itu aku keluar dari wad dan diikuti dengan Joohyun dan Seulgi dibelakangku. kami masuk kedalam wad dan melihat Chaeyoung sedang duduk dikatil.

Joohyun pun melakukan pemeriksaan ringkas kepada Chaeyoung dan aku hanya melihat dari jauh apa yg dia lakukan. aku tidak mahu mendekat. aku tidak sedia untuk menghadap dia setelah apa yg appa katakan kepadaku tadi.

appa sudah jumpa lelaki yg sesuai untukku dan dia menyuruhku untuk menjauhi Chaengi-ku. tanpa fikir panjang, aku terus setuju tanpa sedikit niat untuk membantah. mungkin apa yg appa lakukan sebenarnya baik untukku.

appa juga mengatakan yg dia akan mengeluarkan aku dari sini. dia berkata yg aku tidak perlu lagi tinggal di Hospital buat masa yg lama.

jika aku lupakan dia sekarang, mungkin tidak akan terlalu sakit bila aku keluar dari sini.

"Jisoo." panggil Joohyun. aku menjawab tapi dari jauh.

"mari sini."

"tak, aku kat sini je."

"taknak jumpa Chaengi kau ke?"

aku diam. aku berfikir dengan keras sebelum mendekat kearah mereka. mungkin, ini kali terakhir.

aku tiada pilihan selain setuju. aku mahu jumpa dia, mau menyatakan cintaku padanya. walaupun dia sudah tau aku menyukainya. mungkin dia akan membalas cintaku?

"aku dan Seulgi keluar dulu." setelah itu mereka keluar.

Chaeyoung mengubah posisinya ke duduk dan memandangku. dia menyuruh aku mendekat. aku pun mendekat. dia memegang tanganku.

"aku sudah bangun. maaf sudah membuatmu risau."

"Joohyun unnie bagitau yg kau menjagaku sepanjang aku tidak sedar diri."

"Jisoo?"

aku diam, air mataku mengalir lagi buat kesekian kalinya. cuma kali ini, didepan Chaengi-ku. ini pertama kali dia melihat aku menangis. sebelum ini aku hanya menunjukkan sisiku yg ceria.

dia mengesat air mataku yg gugur membasahi pipiku.

"kenapa Jis? jangan menangis, kau terlihat buruk." aku tertawa kecil, ada2 saja gadis ini.

"kenapa kau menangis? aku cuma pengsan bukan mati."

"appa datang melawat tadi."

"terus?"

"aku akan bernikah bulan depan."

Hospital [chaesoo]Where stories live. Discover now