nine

168 8 1
                                    

aku semakin merindui dia. dia sudah sedar tapi dia tidak datang ke wad ku. nurse kata dia perlu rehat yg cukup. tapi aku sudah tidak tahan. aku keluar dari wad dan berdiri tepat di depan wad Jisoo.

aku mengeluh perlahan, ini salah. aku sudah rancang untuk mengabaikan dia selama yg boleh, ini masih terlalu awal. tapi aku sudah tidak tahannn aku terlalu merindui diaaa.

"Chaengi is that you?" aishh sshibal ketahuan.

aku melangkah masuk ke dalam wad Jisoo, itu dia gadis yg aku rindui walaupun baru 3 hari aku tidak bertemu dengannya. dia tersenyum kearahku, aku dapat melihat riak wajahnya yg begitu gembira melihat aku datang ke sini.

aku mendekatinya yg sedang duduk di katil.

"kau rindu aku? mesti wad kau sunyi sangat masa aku takde."

aku diam. semua yg dia katanya benar. aku rindu dia dan keadaan wad ku sunyi sewaktu dia tiada.

"sepanjang aku tidak sedarkan diri, aku bermimpi tentangmu."

aku kemudian duduk di sebelah katilnya tanpa berkata apa2. aku berancang hanya untuk mendengar kisahnya tanpa bersuara. aku tau, dia suka aku berada disisinya, mendengarkan kisah tentang dirinya.

"kau tau, aku sangat gementar saat masuk ke dalam bilik bedah. aku sudah sering masuk ke sana tapi tetap saja aku gementar, aku takut kalau aku tidak dapat sedarkan diri lagi setelah itu."

"disaat aku bangun aku sejujurnya mahu melihat wajahmu berbanding wajah appaku disisi. aku mau kau ialah org pertama yg aku lihat setelah bangun."

dia menatapku tepat dimataku. tatapannya sangat dipenuhi rasa cinta. dia benar2 jatuh cinta padaku dan aku mula rasa takut.

aku takut kalau dia akan kecewa hanya kerana diriku yg selalu saja mengabaikan dia. aku takut dia akan terluka disebabkan aku dan aku takut dia akan membazirkan air matanya hanya kerana aku.

ku mohon Jisoo, jangan jatuh cinta padaku sehingga ia menyakiti dirimu.

"sampai bila kau akan menungguku?" tanyaku dan mulut Jisoo berhenti bicara. dia menarik nafas panjang sebelum menjawab soalanku.

"kau tau, aku mahir dalam menunggu walaupun aku tau ia sangat menyakitkan. aku tidak akan berhenti sampai kau sendiri memaksaku untuk berhenti."

---

Jisoo membuka matanya, matahari menyinari wadnya. perkara pertama yg dia lihat adalah wajah Chaeyoung yg masih tidur disebelahnya. dia mengelus lembut wajah gadis itu. tidak lama kemudian matanya terbuka.

"kenapa aku-" dengan segera Chaeyoung melompat turun dari katil milik Jisoo. dia tidak percaya apa yg berlaku semalam. mengapa dia tidur dikatil Jisoo dan bukan katilnya?

"kau sendiri yg malas kembali ke wadmu dan memutuskan untuk tidur bersamaku."

"bohong."

Jisoo lalu turun dari katil dan mendekati Chaeyoung. saat itu jantung Chaeyoung sudah berdetak tak keruan kerana kelakuan Jisoo yg tidak berhenti mendekatinya.

Chaeyoung menyentuh dadanya, degupan ini bukan kerana Jisoo tapi kerana sakitnya. Jisoo mula risau dan menekan butang yg berada disebelah katil untuk memanggil nurse.

"Chaengi, atur nafasmu." ujar Jisoo seraya memegang bahu Chaeyoung untuk terus berdiri.

tidak lama kemudian Joohyun datang bersama nurse yg lain, mereka berfikir bahawa Jisoo yg dalam kecemasan namun mereka salah. dengan segera mereka membawa Chaeyoung kembali ke wadnya dan memberi rawatan kepadanya.

"jangan risau kekasihmu akan baik2 saja." ujar Joohyun lalu keluar dari wad Jisoo.

Jisoo mengeluh, sekarang baru dia sedar yg Chaeyoung juga menghidap penyakit yg sama dengannya.

"mengapa kita berdua perlu sakit, kan lebih bagus jika aku saja yg sakit."

"ku mohon Chaengi, jgn pergi saat aku sudah benar2 mencintaimu."

Hospital [chaesoo]Where stories live. Discover now