five

201 11 0
                                    

5 bulan sudah berlalu sejak aku dimasukkan di Hospital ini, ughh 5 bulan terasa seperti 5 tahun. aku sudah semakin penat. aku tidak larat untuk melakukan lagi rawatan, jika dulu, aku bertekad untuk sihat agar aku dapat bersama Jennie, tapi sekarang, semangatku untuk sembuh dari sakit sudah hilang. jika aku sihat pun, siapa yang akan menungguku?

aku mengambil keputusan untuk bersiar-siar di tingkat wad ku ini, mungkin ada seseorang yg aku kenal. baru saja aku keluar dari wad, aku melihat lif dihujung lorang terbuka. aku melihat seorang gadis yg berambut blonde dan sangat tinggi.

hanya dengan melihatnya dari jauh, jantungku sudah mulai berdebar dengan pantas, bukan kerana sakitku tapi kerana aku sudah jatuh cinta. dia sangat sempurna untuk menjadi milikku tapi apa salahnya aku cuba untuk mendekatinya. aku masuk semula kedalam wadku, ingin menenangkan jantungku yg sudah tidak keruan.

aku melihat diriku dicermin, aku perlu kelihatan cantik dimatanya. bagaimana aku boleh jatuh cinta sepantas ini? hah. Jisoo kau gila. setelah puas melihat diri dicermin, aku melihat gadis blonde itu masuk kedalam wadnya, 541. wad itu benar2 berada dihadapanku. jantungku mula berdegup dengan pantas lagi.

dia baru datang, mungkin terlalu awal untuk melawat dia. aku kemudian duduk di katilku tersenyum seperti org gila, org gila yg jatuh cinta.

"aku sudah lama menunggu saat ini, dimana aku kembali merasa cinta. aku baru melihat dia belum lagi bertegur dengannya tapi itu sudah membuat aku berdebar."

---

aku menyelinap keluar dari wadku, takut2 jika nurse yg bernama Joohyun itu akan melihatku keluar dari wad semasa waktu tidur. berada di sini sama saja seperti berada di Hospital sakit jiwa, dimana aku dikawal sepenuhnya oleh nurse yg menjagaku.

tapi dia lagi sedang berehat, ini adalah peluang terbaik untukku memikat eh, berkawan dengan gadis di wad 541. aku mengetuk pintu wadnya dan mengintai melalui cermin di pintu wad. aku tidak melihat dia, mungkin sudah tidur? aku mengeluh perlahan dan berniat untuk berjumpa dengannya esok pagi.

tidak lama kemudian pintu wad terbuka, aku memusingkan badanku.

"siapa?" tanya gadis yg membuka pintu itu,

aku terpaku, dia sangat cantik. apa dia baru jatuh dari langit? sebab itu dia kesini?

"Kim Jisoo, wad ku benar2 dihadapan wad mu." ujarku memperkenal diri tidak lupa juga senyumanku yg dari tadi tidak pudar. aku menghulurkan tangan ingin menyalam dia.

"aku melihat kau datang tadi pagi, tapi baru sekarang aku ada masa untuk berkenal denganmu."

"hah, aku tidak berminat." pintu ditutup begitu saja. apa? tidak berminat? aku baru kena reject? tidak, masih terlalu awal.. aku kembali ke wadku dengan segera setelah mendengar bunyi pintu lif terbuka, aku yakin itu Joohyun.

kejadian tadi bermain difikiranku, aku mengeluh buat kesekian kalinya. mungkin dia malu? tiada siapa yg pernah me'reject' aku sepantas itu. tapi tidak mengapa, aku akan cuba bicara dengannya esok pagi.

"Jisoo? belum tidur?" astaga ketahuan. aku segera menyelimuti seluruh tubuhku dengan selimut.

"apa ada sesuatu mengganggu fikiranmu?" dia lalu menarik selimut yg menutup badanku. dengan automatik mataku membulat besar, terkejut dengan kelakuannya.

"boleh aku tau tentang pesakit wad 541?" tanyaku terus ke point utama, jujur dia sedikit mengganggu fikiranku. .

"aku akan memberitahumu tapi kau perlu janji yg kau akan tidur selepas ini."

"iya2 janji." ujarku dengan semangat lalu menukar posisi ke duduk. aku sudah tidak sabar ingin mendengar tentang dia, maklumlah dah jatuh cinta.

"namanya Park Chaeyoung."

























































"itu je?" Joohyun mengangguk. aku melihat dia tidak percaya, padahal aku sudah semangat ingin mendengar tapi itu je? sia2 aku mengharap.

"aku tidak mahu melanggar peraturan dengan memberitahumu latar belakang pesakit lain. cukup namanya. esok pagi kau tiada rawatan sampai jam 2 petang, pergilah berkenal dengannya." dia kemudian memberi aku sebiji pil yg perlu aku ambil sebelum tidur lalu menghulurkan aku segelas air suam. tanpa buang masa aku segera memakan pil itu dan bersiap untuk tidur.

"goodnight sweetie." ujar Joohyun lalu menutup lampu dan segera keluar dari wadku. sepanjang 5 bulan aku dan dia menjadi sedikit rapat. dia selalu saja memanggil aku dengan nama yg manis, seperti tadi. dia juga pernah memperkenalkan kekasihnya kepadaku. aku tidak tahu harus memberi reaksi apa tapi setelah melihat kekasihnya yg cantik, mode buayaku keluar..

hahaha, hari itu, Joohyun melayanku dengan kasar. aku yakin dia cemburu melihat aku bermesraan bersama kekasihnya. jujur, ia sedikit susah untuk memujuk dia. aku tidak faham bagaimana kekasihnya masih bertahan dengan sikap Joohyun. tapi dia kelihatan comel saat merajuk.

ahh sudah, aku harus tidur. esok aku mahu berkenal dengan gadis wad 541.

Hospital [chaesoo]Where stories live. Discover now