ten

170 8 3
                                    

"Chaengi, bangun please. aku merindukanmu." ujar Jisoo seraya memegang tangan Chaeyoung yg terbaring di katilnya.

sejak semalam Chaeyoung mula rasa tidak sihat, sakitnya semakin parah. dia tidak berhenti batuk dan sering sesak nafas. denyutan jantungnya juga diluar dari kebiasaan.

"Jisoo, kau juga perlu rawatan. mari kita ke wadmu." ujar Joohyun lalu menarik Jisoo untuk keluar dari wad Chaeyoung.

kondisi Jisoo sebenarnya lagi parah dari Chaeyoung. selepas pembedahannya hari itu, dia bukan semakin sembuh malah semakin parah. dan sekarang dia perlu fokus untuk terus menyembuhkan dirinya tapi dia memilih untuk fokus pada Chaeyoung dan bukan dirinya.

"kau yakin Chaengi-ku akan baik2 saja?" tanya Jisoo pada Joohyun yg berada disebelahnya sambil membuat sesuatu pada kertas ditangannya.

"ya, kau tidak perlu risau tentangnya. kau perlu fokus sama dirimu terlebih dahulu. kondisimu semakin memburuk setelah pembedahan."

"Joohyun, kau yakin aku dapat sembuh?" Tanya Jisoo lagi

Joohyun menyimpan kertasnya dan menatap Jisoo dengan keyakinan dimatanya

"aku tidak pernah terdesak ini mahu pesakit yg aku rawat sembuh. aku sangat yakin kau akan sembuh dan kau dapat bahagia bersama kekasihmu."

Jisoo sudah lama menahan air matanya daripada gugur. buat pertama kali, dia menangis selama 5 bulan dia berada disini. terharu dengan kata2 Joohyun.

selama ini Joohyun memberi perhatian penuh terhadap Jisoo. dia selalu berdoa yg Jisoo akan segera sembuh dan keluar dari Hospital. dia tau yg Jisoo sudah lama berada di Hospital dan tidak dapat melihat dunia luar. dia mau Jisoo keluar dari sini, ia ibarat penjara baginya.

pada malam yg Jisoo dan Chaeyoung tidur bersama, Joohyun ada datang. dia tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. setelah itu dia juga memberi perhatian terhadap Chaeyoung. dia mahu Chaeyoung juga sembuh dan hidup bahagia bersama Jisoo di dunia luar.

"Jisoo, esok Chaengi-mu akan melakukan pembedahan."

---

aku membuka mata dan perkara pertama yg aku lakukan adalah mengeluh, mengapa aku masih lagi bernafas? sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan Chaengi-ku dan aku sudah tidak larat untuk meneruskan kehidupan tanpanya disisi.

ya aku tau dia cuma beberapa meter dariku tapi aku tidak dapat bertemu dengannya kerana Joohyun tidak membenarkan aku berjumpa dengannya. kebelakangan ini dia jarang keluar dari wad dan sentiasa disisiku. dia berkata yg aku perlu bagi Chaengi-ku masa untuk sembuh, dia juga berkata yg mungkin kedatanganku kesana akan mengganggu dia.

tiba2 ada seseorang masuk kedalam wadku, sebaik saja aku melihat wajahnya aku tersenyum. org itu mendekati Joohyun lalu memeluknya. aishh sudahlah, aku tak larat nak tengok kemesraan mereka lagi. aku baring dan menutup seluruh tubuhku dengan selimut.

"ehem." dehem Seulgi lalu menarik perlahan selimutku. dia berdiri disebelah kiri katil manakala Joohyun di sebelah kanan.

"ada sesuatu aku ingin sampaikan." saat ini wajah Seulgi sangat serius begitu juga dengan Joohyun. aku mengubah posisi ke duduk menatap serius kearah Seulgi.

"Chaengi-mu."

"dia semakin parah."

tidak

"jantungnya sudah semakin lemah."

"maafkan aku Jisoo, aku dah cuba yg terbaik." setelah itu mereka pergi. meninggalkan aku berseorangan di wadk, aku tau mereka mahu memberi aku ruang untuk memikirkan hal ini.

"boleh aku berjumpa dengannya?" tanyaku sebelum mereka benar2 keluar

"tiada siapa menghalangmu kali ini." jawab Joohyun lalu menutup pintu wad.

aku mengeluh. aku meraup wajahku dengan kedua tanganku. tiada guna aku menahan air mata, aku biarkan ia mengalir sederasnya. cinta pertama ku gagal, cinta terakhirku juga gagal.

sebelum aku masuk ke wad Chaengi-ku aku menghapuskan air mata dan cuba untuk tidak sedih didepannya. setelah itu baru aku melangkah masuk ke dalam wadnya. aku melihat dia sedang terbaring dikatilnya dengan mata yg tertutup.

"Chaeyoung-ah, mengapa kau sangat cantik walaupun sedang tidur?" aku mengusap perlahan belakang tapak tangannya

"kau tidur, kan? kau akan bangun bukan?"

Hospital [chaesoo]Where stories live. Discover now