sebulan sudah berlalu sejak aku berhenti kerja. kondisiku semakin memburuk. aku tidak tahu mengapa mungkin memang tuhan, tidak mahu aku sihat seperti org lain.
bulan depan aku akan dimasuk ke Hospital jika kondisiku semakin memburuk lagi. aku tidak tahu sampai bila tapi yg aku tau, ianya sangat lama
"kau sudah besar Chu, mengapa tidak mahu berkahwin?" tanya appa saat kami sedang makan malam bersama. hari ini appa balik awal kerana ingin makan malam bersamaku.
"tiada lelaki yg tertarik sama org sakit. mereka akan menganggap Chu sebagai beban mereka." jawabku
"tapi, jika dia menyayangimu sepenuh jiwa dan raga-"
"zaman sekarang, lelaki tidak suka pada cinta, mereka cuma suka memuaskan nafsu mereka kepada wanita."
"lagi satu, appa tau bukan? yg aku menyukai wanita, aku tidak tertarik sama lelaki."
"appa tak kesah kalau Chu tak tertarik sama lelaki tapi, kalau Chu sudah jumpa wanita yg benar2 mencintaimu, appa benarkan."
"wanita yg Chu cintai sudah bernikah dengan lelaki pilihannya. jadi Chu mohon, berikan satu lagi peluang untuk Chu mencari wanita yg Chu cintai."
appa mengeluh, dia sejujurnya tidak suka aku menyukai wanita tapi apa boleh buat, aku memang tidak sama sekali tertarik sama lelaki. jika appa benar2 ingin aku bernikah dengan lelaki, aku tidak dapat ikut permintaannya. aku sukanya sama wanita.
---
aku melihat awan yg sudah gelap, tidak lama lagi pasti hujan akan turun. aku berharap ianya hujan lebat kerana aku ingin menangis dibawahnya. walaupun aku sudah menangis semalaman tetap tidak cukup bagiku. aku seperti ingin menangis sepanjang masa.
"appa tak boleh ke Chu tak tinggal di Hospital?"
"ini untuk kebaikan mu sendiri Chu, kau sendiri yang mau sihat seperti org lain, jadi ini adalah caranya, bertahanlah. appa yakin kali ini tidak akan mengambil masa yg lama." appa lalu ikut membantuku untuk mengemas barangku, aku akan tinggal di Hospital mulai hari ini.
setelah selesai mengemas, appa menghantarku ke Hospital. dia memberi aku tinggal di wad yg mewah agar aku merasa selesa saat disini. tapi dia tidak tahu, aku menyampah tinggal disini. ughh andai saja masa dapat diputar, aku akan memilih untuk tidak merawat sakitku. aku pasti aku sedang bahagia bersama Jennie sekarang.
em, pasal Jennie, dia sudah tidak tertarik untuk mengetahui apa yg aku lalui setiap hari, dia terlalu sibuk dengan keluarganya sehinggakan dia tidak lagi pernah menghubungiku. aku sedikit kecewa tapi tidak apa2, aku sudah sedikit melupakannya.
aku sudah sampai diHospital yg akan aku menerima rawatan, nampaknya Hospital inilah yg akan aku tinggal selama.....selama bertahun lamanya. aku masuk dan menuju ke kaunter, mendaftar nama seperti check in hotel 5 bintang. hah terdengar lucu.
naik ke tinggat 5 dimana wad ku berada. wad 521. aku melangkah masuk ke dalam wad, besar! boleh la aku main kejar2 bersama rakan imaginasi ku ahahaha. aku dengan segera membaringkan diri dikatil dan menutup mataku, barangku pula dibawa oleh appa. dia yg akan mengemas baranganku.
tidak lama kemudian aku terlelap. disaat aku membuka mata, appa sudah tiada dan hari juga sudah bertukar malam. aku menukar posisi ke duduk. apa yg harus aku lakukan? baru saja aku ingin keluar dari wad ada nurse masuk kedalam. aku melihat nametagnya, Bae Joohyun. cantik orgnya.
"mau kemana?" tanya nurse itu dengan wajah yg terkejut.
"perutku meminta untuk diisi." bohongku
"ahh, setelah kau menukar bajumu, aku akan memberimu makanan." ujarnya lalu menghulurkan aku pakaian Hospital. aku tanpa berlengah mengambil baju itu dan segera menuju ke tandas untuk menyalin pakaian.
---
"aku tidak pernah dirawat oleh nurse yg cantik, apa kau sudah punya kekasih?" tanyaku kepada nurse yg sedang memerhati aku makan dari tadi. dia tersenyum setelah mendengar soalan bodo aku tadi.
"aku sudah ada kekasih. dia cantik orgnya."
"cantik?"
"benda ini sangat memalukan, aku suka sama yg sejenis." aku mengangguk faham lalu menyambung makan.
setelah selesai makan, dia mengambil tray makananku dan keluar dari sini, aku yakin dia tidak akan kembali kerana semua hal sudah selesai. aku cuma perlu tidur dengan nyenyak malam ini dan bangun dengan semangat esok pagi.
aku tidak tahu berapa lama aku akan tinggal disini, mungkin lebih baik jika aku berhenti saja hidup di dunia ini.
YOU ARE READING
Hospital [chaesoo]
FanfictionG × G ⚠️ short story Mungkin cinta sesama jenis amat jijik bagi sesetengah orang. namun bagiku, ia adalah perkara yg paling menakjubkan pernah terjadi dalam hidup ku. Jennie Kim, bekas rakan sekelasku dan juga cinta pertama ku. aku meninggalkannya...