sudah 5 tahun aku tidak menjejak kaki di negara asalku. sekarang penyakitku sudah mula menyembuh. aku sudah merancang apa yg akan ku lakukan sebaik sahaja aku aku datang ke korea. aku ingin bertemu dengan Jennie, cinta pertamaku.
aku menghubungi nombor Jennie 5 tahun lalu, aku tau mungkin mustahil dia masih menggunakan nombor yg sama tapi tidak salahnya mencuba.
"yeoboseyo?" aku mendengarkan suara lelaki setelah panggilan tersambung
"maaf, aku berkira ini nombor telefon milik kawanku Jennie." ujarku, baru saja aku ingin memutuskan panggilan dia bertanya
"Jennie? maksudmu isteri ku?"
"Jennie ialah isterimu?"
"iya, sebentar. aku memanggilnya." aku hanya menurut, aku menunggu tidak terlalu lama dan aku akhirnya mendengar suara yg aku sangat rindui
"ini Jisoo."
"ya ampun Jisoo, aku sudah lama tidak mendengar khabarmu, kita berjumpa mau?"
---
hanya dalam beberapa minit, aku sudah sampai ditempat dimana Jennie ingin menemuku, aku duduk dan memandang tanah sambil menghayunkan kaki ku kedepan dan kebelakang. menunggu kedatangan cinta pertamaku.
tidak lama kemudian, dia datang tapi bukan berseorangan. dia bersama seorang budak lelaki disisinya sambil memegang erat tangannya. memastikan budak itu tidak jatuh ketanah, aku yakin dia baru sahaja belajar cara untuk berjalan.
Jennie mengambil tempat duduk disebelahku, dia menghulurkan aiskrim vanilla, kegemaranku.
"kau kemana Jis?" soalan pertama yg dia lontarkan kepadaku
"itu yg kau katakan setelah 5 tahun tidak bertemu?"
"hahaha, aku merindukanmu. aku hampir hilang kawalan disaat kau pergi dari pandanganku. kau tau betapa aku sangat menyayangi mu."
"aku juga merindukanmu, tapi sekarang kau sudah bernikah dan punya anak, aku yakin aku tidak punya peluang lagi."
"kau masih ada perasaan terhadapku?"
"sedikit. tapi itu bukan tujuan utama aku kesini."
"lalu?"
"aku ke Amerika, untuk merawat penyakitku. setelah 5 tahun, akhirnya aku semakin sembuh dan aku dibenarkan pulang."
"aku sakit Jen, aku sudah mencuba banyak cara untuk merawat sakitku ini. aku bersyukur aku sudah sedikit sembuh dan aku dapat menjalankan hidup tanpa merisaukan kondisiku lagi."
"mungkin aku pergi terlalu lama sehinggakan disaat aku pulang, kau sudah bernikah dengan lelaki pilihanmu. maaf kerana sudah menyukaimu." dia memegang tanganku lalu meletakkan tangan anaknya dia tanganku. aku tidak faham apa yg dia cuba untuk lakukan tapi aku hanya menurut. aku menggenggam tangan anak lelakinya.
"namanya Jisoo, Kim Jisoo." ujar Jennie lalu tersenyum melihatku. aku turut tersenyum.
"aku sejujurnya mahu anak perempuan agar nama Jisoo sesuai dengannya tapi aku malah dapat anak lelaki, tapi itu tidak menghalang aku untuk menamakannya Jisoo."
"kenapa Jen namakan dia sama seperti namaku?"
"aku menamakannya Jisoo sempena nama sahabatku yang pernah mencintaiku, aku yakin, dia juga akan mencintaiku seperti mana kau mencintaiku."
"lupakan aku Jis, bernikahlah dengan lelaki pilihanmu dan berbahagialah bersamanya. kau akan merasa lebih bahagia disaat sudah punya anak. lagipula kau sudah semakin sembuh, pasti ramai lelaki yg akan beratur ingin bernikah denganmu."
aku memandang tepat ke matanya yg sudah berkaca itu, aku tau jika aku bahagia, dia juga aku ikut bahagia. tapi Jen kau tau? aku tertarik sama yang sejenis. maaf aku tidak dapat ikut nasihatmu.
"terima kasih Jen, sudah menjadi sahabat yg baik. pilihanku untuk jatuh cinta padamu tertanya pilihan yang salah, aku tidak patut melakukan hal itu. maafkan aku kerana sudah mencintaimu."
YOU ARE READING
Hospital [chaesoo]
FanficG × G ⚠️ short story Mungkin cinta sesama jenis amat jijik bagi sesetengah orang. namun bagiku, ia adalah perkara yg paling menakjubkan pernah terjadi dalam hidup ku. Jennie Kim, bekas rakan sekelasku dan juga cinta pertama ku. aku meninggalkannya...