three

238 10 0
                                    

4 bulan berlalu sejak aku bertemu Jennie, dan aku sudah semakin sembuh. doktor mengatakan yang aku aku akan sihat sepenuhnya jika aku terus datang ke Hospital dan mendapat rawatan. aku bekerja sebagai salah satu staff untuk syarikat appa. setiap kali waktu makan tengahari, aku menuju ke Hospital dan bukannya ke restauran bersama pekerja yang lain, aku hanya makan tengahari di cafeteria Hospital. makanannya tidak terlalu buruk, aku suka kerana ia sangat sesuai dengan cita rasaku.

"nae appa?" aku menyambungkan panggilan setelah melihat nama appa tertera di screen telefonku

"Chu di Hospital?"

"iyaa, kenapa?"

"tidak ada, aku cuma risau. kau makan dengan baik bukan?"

"iyaa, Chu sudah makan dan sekarang sedang tunggu giliran."

"hati2 ya nak, appa risau jika sesuatu terjadi."

"tak perlu risau, Chu okay je, kalau ada apa2 yang terjadi, Chu akan telefon." setelah itu panggilan terputus. walaupun appa sangat sibuk dalam menguruskan syarikatnya, dia tetap membagi masa untuk aku, aku sangat beruntung mempunyai appa sepertinya.

aku tau, appa bersikap begitu kerana dia ingin menebus kesilapannya yang lalu, sewaktu ketika dahulu dia sangat obses dengan wang sehinggakan dia terlupa dengan keluarganya, dia tidak tahu yang isterinya sedang sakit. sehingga satu masa, omma meninggal dunia dan appa mula berubah, dia tidak lagi terlalu obses dengan wang dan selalu sahaja mengambil berat terhadapku.

aku bersyukur perkara itu mengubah dirinya, dan aku berharap dia tidak akan melakukan kesilapan yang sama.

"Kim Jisoo?" panggil nurse yg bertugas lalu aku mengikutnya masuk ke bilik doktor yang merawatku.

---

setelah selesai membuat rawatan, aku kembali ke tempat kerjaku. duduk dimeja dan termenung jauh. memikirkan apa yg doktor katakan padaku.

"aku risau pasal sakitmu kerana ia kembali dengan perlahan."

ughh siall, ini bermaksud aku terpaksa melalui rawatan lagi? sial. aku tidak mahu tinggal di Hospital lagi. mengapa semuanya tidak berjalan dengan lancar untukku?

aku meletakkan kepalaku di meja lalu menutup mataku, jika sakitku kembali aku pasti ia tidak akan sembuh semula itu bermakna hidupku sudah mau tamat, tapi aku belum lagi merasa bahagia bernikah!

aku juga mahu kahwin dengan org yg aku cintai, aku juga mahu punya anak. aku mau merasa kebahagiaan itu. tapi, apa boleh buat? ini sudah takdirku. mati diusia yg muda tanpa dapat melakukan apa2.

"Jisoo?" panggil seseorang yg aku sangat kenali, appa. aku mengangkat kepalaku dan melihat wajahnya.

tanpa berkata apa2 aku berdiri dan memeluknya, menangis dibahunya. appa, aku sangat menyayangi mu, jika aku pergi, jgn salahkan dirimu lagi, kau sudah buat yg terbaik.

"sakitku kembali." bisikku dan kemudian mengeratkan lagi pelukan. pekerja yg berada disana hanya melihat adegan itu. mereka berfikiran bahawa aku cuma ingin memeluk ayahku.

appa kemudian meleraikan pelukan, dia mencium dahiku. aku tau, dia sudah berusaha banyak untuk menyembuhkanku. jadi dia layak untuk merasa kecewa kerana sakitku kembali.

"berhentilah kerja dan fokus untuk sembuh Chu, biar appa saja yg berkerja keras untuk mencari wang buat rawatanmu."

aku mengangguk pelan, buat pertama kali appa tidak mengalirkan air mata saat membicarakan hal ini, mungkin kerana dia tidak mahu kelihatan lemah didepan pekerjanya.

aku balik ke rumah sebaik saja appa menyuruhku berhenti kerja. aku tau itu adalah pilihan yg terbaik. sejak aku mula bekerja, jadual tidurku tidak teratur, mungkin itu sebabnya sakitku kembali.

kini aku dapat tidur dengan tenang tanpa risau tentang kerja. aku sepatutnya berhenti kerja dari awal. ini sangat menyenangkan.

Hospital [chaesoo]Where stories live. Discover now