Kuala lumpur dihujani hari ini. seperti semalam. seperti kelmarin. Aku melangkah keluar dari pintu starbuck dan mencari meja kosong di luar sementara menunggu papa jemput. aku meletakkan cawan bersaiz grande yang berisi venti java chip frappucino dan ditabur almond nut diatas meja . kegemaran aku apabila di starbuck. Aku mencucuh sebatang rokok dunhill light. Aku mengeluarkan handphone di dalam kocek untuk memberitahu papa yang aku sudah selesai shopping. Selepas hembusan terakhir, aku menyembur minyak wangi di badan dan menyedut sedikit air. Jam di tangan aku sudah menujukkan pukul 4 petang. Hujan mulai reda dan kelihatan ramai orang mula masuk ke dalam Midvalley.
" lambat betul papa ni. rumah bukan jauh pun dari sini," keluh aku.
handphone aku tiba-tiba berdering tapi hampa bukan nama papa yang berada di skrin. Aunty lia yang menelefon aku.
" hello sofea, sofea ada dekat. biar aunty jemput"
" sofea ada dekat area starbuck midvalley, aunty. papa mana?"
"nanti aunty cerita. sofea tunggu. aunty on the way jemput.jangan pergi mana- mana"
panggilan ditamatkan. papa memang selalu macam ini. pentingkan kerja dari anaknya. Selang beberapa minit, kereta honda city warna merah berhenti di hadapan starbuck.
" masuk cepat,soph. kita dah lambat." kata aunty lia.
" kejap, fea nak habiskan air" kata aku.
Aku menghabiskan air dan buang ke dalam tong sampah.
keadaan di dalam kereta agak sunyi. Mata aunty lia kelihatan merah seperti baru sudah menangis.
" sofea jangan terkejut dengan apa yang aunty nak cakap ni," kata aunty.
hati aku mula berdebar debar memikir berita yang ingin aunty lia nak sampaikan. adakah ayah jatuh bankrup. sejak kebelakangan ini, perniagaan ayah sedikit merudum. Aunty lia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan perbicaraan.
" parents sofea dah tak ada." kata aunty lia.
Tiba- tiba dunia ini menjadi gelap. hati aku berkecai seperti dihempap batu besar setelah mendengar berita itu.
" aunty jangan buat lawak. elok papa hantar sofea tadi. aunty tipu kan"
air mata aku laju berlinangan. Pantang aku soal mati di buat lawak.
Aunty lia diam seribu bahasa." aunty, bukak tingkap. sofea nak hisap rokok"
Aunty lia membuka tingkap. aku mencucuh sebatang rokok. Walaupun bagi aku ini bukan waktu yang sesuai untuk aku merokok, tapi sekurangnya ia memberi aku sedikit ketengan selepas mendapat satu tamparan yang hebat. Keadaan di dalam kereta sunyi dan hanya ditemankan lagu yang bermain di corong radio. Aku mencampakkan pandangan aku di luar tingkap. aku membuang putung rokok diluar dan tingkap aku biarkan terbuka. lagi 5 minit aku akan sampai di rumah.
......................................................................Rumah agam aku dipenuhi dengan saudara mara dan sahabat ayah dan ibu. Aunty lia tinggalkan aku di depan pagar rumah kerana dia ingin pulang ke rumah nya yang selang beberapa rumah dari rumah aku.
" aunty tinggalkan sofea depan pagar, ok. aunty nak balik ambil barang sekejap." kata aunty lalu meninggalkan aku sendirian.
Adik aku, Jane berlari mendapatkan aku.Aku memeluk adik aku dengan erat.
" kakak pergi mana. kenapa ramai tengok papa dengan mama tidur" soal jane.
" ooh ni kawan papa dan mama. adik jangan takut. adik pergi main dengan yang lain" kata aku.
"okay. adik pergi dulu" balas jane dengan wajah senyum.
Dia kemudian hilang dari pandangan aku.
ya tuhan, aku nak mintak ampun sebab dah berbohong dekat adik aku. dia terlalu rapuh untuk menerima hakikat yang tinggal aku dan dia sahaja di dunia ini.kuatkan kami.
langkah kaki aku terasa berat. Orang yang paling aku sayangi hilang dalam sekelip mata. perbualan terakhir aku dengan mama dan papa masih bermain di kepala.
" mama sayang sofea. kalau mama dan papa dah tak ada, jaga adik elok-elok"
"apa mama ni. potong mood orang nak keluar la. mama tak kan pergi mana mana. i love you mama."
" mama je ke, papa macam mana.merajuk la"
" ala buruk orang tua merajuk. sofea sayang papa jugak. dah la orang da lewat nak tengok wayang"
kami berbalas ketawa. itu kali terakhir aku melihat senyuman mereka.
Bacaan yaasin berkumandang di seluruh rumah. Banyak mata mata memandang aku ketika aku melangkah aku. Aunty rosila,kawan mama dan papa datang ke arah aku dan membawa aku ke arah mama dan papa untuk memberi penghormatan terakhir. Jenazah arwah mama dan papa selamat dikebumikan selepas isyak di tanah perkuburan islam Taman ivora. Selepas selesai majlis tahlil, Inspektor sharif datang ke arah aunty rosila dan aunty lia. Aku membawa jane masuk ke bilik tidur kerana penat seharaian bermain dengan saudara mara. Aku menghampiri ke arah mereka. Inspektor sharif meminta izin berundur dan mengucapkan salam takziah kepada aku.
" apa yang inspektor sharif cakap aunty? " tanya aku.
bilik mama dan papa di tutup dengan pita kuning polis untuk siasatan.
Aunty lia menarik nafas panjang.
" polis mengesyaki mama dan papa bunuh diri hasil dari bukti tali yang bergantiung di kipas dan sepucuk pistol," jelas aunty lia.
dunia berpusing pusing. aku jatuh terduduk mendengar berita itu.
" polis juga mengesyaki papa mengantung diri dahulu sebelum mama tembak di kepala menggunakan pistol" sambung aunty rosila.
Aku menangis sekeras- kerasnya dan kemudian dunia menjadi gelap. aku mendengar jeritan suara aunty rosila dan aunty lia mula sayup.
Aku tersedar di atas katil sambil ditemani aunty lia dan aunty rosila.
"alhamdulillah, dah sedar," kata aunty lia.
aku cuba bangun tapi dihalang oleh aunty lia. badan aku terasa lemah dan sakit seperti dicucuk beribu belah pedang. Aunty lia menghulurkan air dan sedikit bubur. aku menjamahnya sedikit. Aku hilang selera dari malam tadi.
" sofea, aunty dan aunty lia dah bincang untuk kehidupan sofea dan adik " kata aunty rose.
Aku terdiam. aku paling benci orang atur kehidupan aku tetapi memikirkan adikku yang masih kecil, aku ikutkan sahaja.
"apa aunty?"
YOU ARE READING
MATA
Fantasyzack, seorang remaja yang berkebolehan melihat hantu. pertemuan zack dan andy telah banyak merubah hidup zack sekaligus memberi petunjuk atas kehilangan abang zack, ryan. siapakah andy? apa kaitan andy dan ryan? semuanya akan terungkap dalam cerita...