" I dah bincang dengan your aunty and kami dah bersetuju yang I yang akan jaga kamu berdua"
kata-kata aunty rosila malam tadi bermain di kepala aku. aku bangun dari katil dan menuju ke luar balkoni bilik. Aku nampak adik aku jane sedang bermain dengan anak patungnya di halaman rumah. jane menoleh ke arah aku dan melambai tangan. aku membalas kembali dengan isyarat tangan mini love. jane tersenyum dan sambung kembali bermain.
aku mencapai rokok dunhill biru diatas meja di tepi aku dan mencucuh sebatang. aku menghembus dan mengeluh panjang.
seronok jadi kau dik, tak payah nak pening pasal hal dunia ni.
pintu bilik aku diketuk. aku membiarkannya diketuk beberapa kali.
" masuk je, bik. letak je air atas meja" kata aku.
aku tak menoleh kebelakang dan mengandaikan bibik yang mengahantar air.
" air apo. asal tak siap lagi" sergah aunty lia.
aku pusing kebelakangan dan tanggapan aku meleset. Rupa- rupanya aunty lia yang masuk, bukannya bibik.
" ehh aunty. ingatkan bibik tadi.hihih"
" tak jawab soalan tadi, asal tak siap lagi.kita dah lambat ni"
" siap siap nak pergi mana. sofea tak de mood nak keluar lah."
" takyah banyak tanya. siap cepat. nanti turun bawah sarapan sekali.aunty rosila pon ada sekali"
aunty lia keluar meninggalkan aku. rokok di tangan aku padam dan buang ke bekas abu rokok.
aku mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air. aku memilih untuk berpakaian simple sahaja.
beg sandang di bucu katil dicapai dan aku turun ke bawah untuk bersama yang lain.
" haa dah turun pun tuan puteri kita. jom sarapan sekali" kata aunty lia.
aku tersenyum sahaja dan duduk di sebelah adik. Adik kelihatan berselera menikmati nasi lemak daun pisang yang dibeli oleh aunty rose. harum aroma bau nasi lemak sampai aku tak sabar untuk memakannya.
" okay, memendangkan sofea dah ada sekali dekat sini, aunty nak cakap sesuatu" kata aunty lia.
satu suapan nasi masuk ke mulut. .
" lusa aunty akan ikut uncle pindah ke New York. Uncle dapat offer last minute untuk menggantikan orang menguruskan cawangan di sana" kata aunty lia.
aku tersedak mendengar pengumuman aunty lia.
" ish, gelojoh betul anak dara sorang ni makan," kata aunty rose.
Aunty rose menghulurkan air kepada aku. mereka ketewa melihat reaksi aku termasuklah jane sekali.
aku masih menghadam dengan apa yang sedang terjadi. dunia ini terlalu kejam dekat aku.
" lekas makan. lepas breakfast ni, kita pergi pavi. teman aunty shopping untuk last time" kata aunty lia.
.....................................................................
KLIA sibuk pagi ini. seperi semalam.seperti kelmarin.
aku meneman aunty lia untuk urusan check in tiket dan beg. selepas selesai urusan, aunty menyuruh uncle membawa jane dan anak anak ke kfc.
aunty menarik tangan aku menemaninya merokok di luar." Aunty rose tak ikut sekali ke?".Aunty lia menyoalku.
Aku menghulurkan sebatang dunhill light kepada aunty lia dan tolong nenghidupkan api.
" lepas hantar kami tadi, dia terus pergi ke pejabat. katanya ada kerja sedikit. nanti dah selesai call dia" kata aku.
aku memandang ke arah kapal terbang yang baru sahaja memulakan penerbangannya.
" ooh okay. sofea, aunty nak pesan. jangan buat perangai. jaga adik elok-elok. jangan buat aunty rose susah" kata aunty lia.
perangai aunty lia tidak ubah seperti mama. kuat membebel. Benar orang kata mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
" Flight aunty pukul berapa?" soal aku.
"pandai tukar topik ye, takut aunty bebel lagi la tu. pukul 1 petang," kata aunty lia.
aku tersengih seperti kerang busuk. aku melihat jam di tangan dan waktu menunjukkan pukul 10 pagi.
" jom aunty, nanti terlewat nak masuk balai pelepasan" kata aku.
Aunty lia mengeluarkan parfum kegemarannya, Miss dior dari beg tangan dan sembur ke seluruh badan.
Bau wangian bunga sakura berjaya menutup bau rokok yang begitu kuat." Ingat pesan aunty tadi.apa apa email je aunty." kata aunty lia.
" hahahah ye aunty. dah jom kita tangkap gambar" kata aku.
aku mengeluarkan camera polaroid di dalam beg aku. satu keping gambar aku serahkan kepada aunty lia dan satu lagi aku simpan untuk kenangan.
Selepas selesai berpelukan, aunty lia masuk ke balai perlepasan dan hilang dari pandangan kami." kakak nangis ke?" soal jane.
Jane membuka beg sandang hello kitty miliknya dan mengeluarakan sekeping tisu. Aku mendukungnya dan dia mengelap pipi aku dengan tisu. Aku tersenyum melihat jane yang pandai mengambil hati aku.
aku mengeluarkan handphone dan sekeping kertas yang tertera nombor. Aku mula mendail nombor itu.
" Hello aunty rose. ini sofea. aunty lia dah masuk balai pelepasan" kata aku.
" hello sofea. aunty mintak maaf sangat. kerja aunty tak selesai lagi. nanti aunty call kawan aunty jemput kamu berdua" kata aunty lia.
"ooh ye ke. tak apa aunty. fea mintak tolong kawan jemputkan.nanti kita jumpa dekat rumah sofea" kata aku.
Aku meletakkan panggilan. aku membuka kenalan dan menekan satu nombor. suara lelaki kedengaran di dalam talian.
" hmm nak apa kau call aku ni" kata laki itu.
" woi baru bangun ea. jemput aku dekat klia" kata aku.
" okay bos. bagi aku masa 5 minit nak siap. dalam 15 minit aku sampai" kata lelaki itu.
"cepat sikit. aku tunggu kat pintu A" kata aku.
panggilan di tamatkan. Aku membawa jane menuju ke arah pintu A.
kehidupan baru akan bermula.
YOU ARE READING
MATA
Fantasyzack, seorang remaja yang berkebolehan melihat hantu. pertemuan zack dan andy telah banyak merubah hidup zack sekaligus memberi petunjuk atas kehilangan abang zack, ryan. siapakah andy? apa kaitan andy dan ryan? semuanya akan terungkap dalam cerita...