part 1

421 18 2
                                    

hospital selayang.

"aku dekat mana ni ?" kata andy

Dia kelihatan terpinga-pinga kerana keadaan di sekelilingnya hitam dan sunyi. tiba- tiba sejambak ros merah mula tumbuh dan suasana yang kelam berubah menjadi taman bunga yang indah. kedengaran alunan biola yang merdu memecah suasana yang sunyi itu.

 kedengaran alunan biola yang merdu memecah suasana yang sunyi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"merdu bai lagu ni. rasa macam dekat kayangan."

keaadan pada waktu itu tidak ubah seperti babak shah rukh khan bermain biola di dalam filem mohabbatein. Andy mencari dari mana bunyi itu datang dan terkejut apabila dia mendapati bunyi itu datang dari sebuah pondok kecil berwana putih.

"bila pulak ada pondok kat sini ? tadi tak de," kata andy.

"ehh. macam ada orang la. baik aku tanya dia apa yang sebenarnya berlaku"

Andy terus menuju ke lelaki itu. lelaki itu ralit bermain biolanya tanpa menyedari kehadiran andy

"maafkan saya cik."

Andy menepuk bahu lelaki itu. lelaki itu tidak berhenti bermain biola seperti tidak mengendahkannya. Andy bengang lalu menyentap bahu lelaki itu dengan kasar sehingga dia terjatuh ke belakang . Lelaki itu bengang dengan andy lalu mencampakkan biolanya ke tanah. suasana yang harmoni bertukar menjadi seram. langit bertukar menjadi mendung dan hujan darah mula membasahi taman itu. pondok yang cantik berubah sedikit demi sedikit menjadi buruk. lelaki tadi berubah menjadi satu mahluk yang amat menyeramkan. badan mahluk itu menjadi besar dan panjang, kuku menjadi panjang, tiada mata dan mulut yang lebar.

"serahkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"serahkan.... serahkan mata kau kepada ku... kau tak layak.." jerit raksasa itu berulang kali.

Suara mahluk itu begitu nyaring sampai bingit telinga andy. mahluk itu mengejarnya dengan laju. Dia menggunakan sepenuh tenaga untuk berlari tapi malangnya kakinya tersadung dan dia terjatuh.

"aduh..... sakitnya" Andy mengerang menahan sakit. mahluk itu tersenyum lebar apabila melihat Andy tidak mampu melawan lagi.

" mata...... kau....milik aku !!!! "

Mahluk itu mencekik andy dan mengangkat andy. Andy menutup mata dan air mata jantanya mula mengalir deras.

" apa kau nak dari aku, ha !!"

Andy menggunakan sisa kekuatannya untuk melawan mahluk itu kembali tapi malangnya tidak berhasil. mahluk itu mencekiknya  dengan lebih kuat dan dia merasakan ingin mati waktu itu.

" Aku akan seksa kau sampai roh kau tidak ingin kembali ke tubuhmu kembali " jerkah mahluk itu disambut dengan  hilaian tawa yang membelah kesunyiyan ketika itu.

Sebelah tangan mahluk itu berubah menjadi sebilah pisau dan cuba untuk mengorek biji mata danny keluar.

Tangan mahluk itu rentung apabila cuba mencungkil mata andy keluar. Mahluk itu menjerit lalu melepaskan andy di dalam gengamanya.

Andy bingkas bangun dan pelik bagaimana tangan mahluk itu sudah terbakar. Matanya terasa sangat pedih seperti dibakar dengan api yang sangat panas. Andy mendapat idea bagaimana cara untuk mengalahkan mahluk itu..

" hei.... mahluk hodoh. siap sedia untuk mati"
jerit andy sekuat hati.

Mahluk itu begitu marah dengan andy dan cuba mendekati andy. Andy membuka matanya dengan luas dan cahaya terang keluar dari mata andy. Cahaya itu menembak ke arah mahluk itu dan mahluk itu hilang seperti debu.

" ahhhhhh..... mataaaa.... bulan" mahluk itu menjerit sebelum menghilangkan diri.

keaadan yang seram tadi berubah menjadi normal kembali. Andy merasa agak penat dan dia pengsan di taman bunga itu.

...........................................................................................................................

Andy terjaga dari mimpi ngerinya itu. kepala nya terasa sakit seperti ingin meletup dan matanya sangat sakit. dia merasakan apa yang dia mimpinya itu benar berlaku. Andy sering mendapat mimpi ngeri yang sama selepas pembedahan matanya berjaya. Mimpi tentang mahluk yang ingin merampas matanya, mimpi tentang seorang lelaki, dan mimpi bunga ros. Mimpi ini seperti memberi petunjuk tentang siapa sebenarnya pemilik mata tersebut. Andy begitu serabut memikirkan tentang mimpi tu.

" lebat betul hujan malam ni" kata Andy.

Andy bangun dari katilnya dan menuju ke bilik air. dia ingin membasuh muka untuk menenangkan dirinya. Andy melihat di cermin dan dia pelik tentang mata barunya itu kerana mata itu berwarna merah menyala. Andy tidak menyedari yang dirinya sedang diperhatikan oleh lembaga hitam dari luar bilik nya.

 Andy tidak menyedari yang dirinya sedang diperhatikan oleh lembaga hitam dari luar bilik nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MATAWhere stories live. Discover now