Bangunan sekolah
Penglihatan zack terasa kabur. Dia mendengar bisikan suara yang dekat ditelinganya. Zack tidak dapat menangkap apa yang suara itukan kerana terlalu laju seperti eminem. Zack cuma merasakan suara itu dari seorang lelaki dewasa dan budak yang dikejar oleh zack. Zack juga merasakan yang dia sedang terbaring di atas awan kerana kepalanya dilapik dengan sesuatu yang halus dan wangi.
"Erghh..." Ngerang zack.
Andy berhenti berleter apabila menyedari zack telah tersedar.
" Bangun pon mamat ni.lenguh bai kaki aku. Dah la aku lapar, pastu jumpa lagi mamat ni " bebel andy.
" Huh?" Tanya zack.
Andy menggosok pahanya yang lenguh. Zack perasan yang sebenarnya dia terbaring di atas paha andy. Zack baru ingin membuka mulut untuk bercakap tapi dipotong oleh andy.
" Aku tau kau nak tanya kita kat mana. Aku pon tak tahu. Tadi aku elok nak makan maggi kat rumah tetiba aku pengsan. Sedar sedar dah kat sini dah .geram siak !" terang andy panjang lebar.
Zack melihat maggi yang bersepah di tepi andy. Dia merasa muka dia sedikit basah.
" Aku lap muka kau tadi sebab kena sikit kuah maggi tadi. Jangan risau aku tak lap pakai air liur. Aku pakai air tu" kata andy.
Andy menunjukkan sebuah lubang yang dipenuhi air. Zack buat muka loya dan andy tergelak melihat raut wajah zack. Zack tak mampu berkata apa apa. Zack melihat andy menggigil kesejukan kerana di badannya tiada seurat benang. Angin di kawasan itu sangat sejuk.
"Nah..." Kata zack.
Zack membuka sweater nya dan hulurkan kepada andy. Andy tanpa segan silu menyarung sweater andy.
"Terima kasih" kata andy.
" Jom masuk dalam. Luar ni sejuk sangat " ajak zack.
Mereka berjalan memasuki bangunan tersebut.
Zack masih memikirkan di mana budak kecil itu menghilang dan kenapa dia bawa zack ke sini.
Mereka berjalan melalui lorong kelas yang suram. Kerusi dan meja yang bertaburan dan berhabuk di dalam kelas menandakan kawasan ini sudah lama terbiar. Zack yang berjalan di hadapan andy sekali sekala menoleh belakang melihat keaadan permuda itu. Andy sekali sekali menggosok perutnya yang lapar dek kerana tidak menjamah apa apa dari pagi tadi.
" Kau lapar ke ? " Tanya zack.
" Hmm.." balas andy pendek.Zack merasa serba salah kepada andy tentang pergaduhan mereka di kampus tadi. Zack melihat ada sebuah bangku panjang di hujung lorong kelas.
" Wei, jom duduk kat bangku tu " kata zack.
Zack mengajak andy untuk berehat sebentar di bangku. Meraka merasa penat kerana sejak masuk di bangunan itu mereka tidak menjumpa apa apa petunjuk tentang tempat itu. Andy hanya menganguk tanpa berkata apa apa.
" Wei. Aku nak mintak maaf pasal tadi dekat kampus " kata zack.
" Takpe. Aku pun nak mintak maaf jugak. " Balas andy.
" Tapi patut aku tumbuk je kau tadi. Hahahahahah." Sambung andy.
Riak wajah zack berubah menjadi kelat apabila mendengar niat andy yang ingin menumbuknya. Andy ketawa besar melihat riak wajah zack dan zack menyatakan yang dia bergurau sahaja. Mereka bersalaman dan mengenalkan diri mereka masing masing.
" Aku nak tanya la. Masa kau terjaga kau ada nampak budak kecik tak? " tanya zack.
"Budak ? Tak ada pon. Masa aku bangun aku nampak kau je. Kenapa? " Kata andy.
Andy menggaru kepala dengan persoalan zack. Zack hanya menggeleng kepala sahaja kerana tidak ingin menakutkan andy.
" Lagi satu apa maksud kau tadi pasal pokok dan perempuan " kata zack.
Zack teringat amaran yang diberikan oleh andy.
" Aku pun tak tahu. Dia datang sekilas macam tu. Aku pon tak berapa pasti" balas andy.
Zack hanya mengganguk perlahan dan melihat andy menggosok perutnya lagi.
" Lapar ... " Kata andy.
Andy merenung ke arah zack dan membuat muka comel seperti budak kelaparan.
" Hahahaha. Lapar ye. Nak cendol ? " Usik zack.
"Nak..nak" andy mengajuk cara awek cendol bercakap.
Mereka berdua ketawa bersama sama.
" Okay. Macam ni kau duduk dekat sini. Aku sambung jalan kawasan ni.mana tau ada jumpa benda yang boleh dimakan. Tunggu sini dan jangan kemana mana" arah zack.
" Baik bos" jawab andy. Dia membuat gaya tabik hormat. Zack menyambung perjalananya dan meninggalkan andy keseorangan di situ.
Andy terasa ingin membuang air kecil dan dia beredar dari bangku itu dan pergi mencari tandas. Andy melihat ada sebuah tandas tidak jauh dari tempat dia dan zack duduk tadi. Tanpa berpikir panjang dia terus menuju ke arah tandas. Keaadan tandas yang gelap gelita tidak dihiraukan oleh andy kerana sudah tidak tahan untuk melepaskan hajatnya. Andy masuk ke kubikel tandas tengah kerana tandas itu sahaja kelihatan agak selesa. Andy terdengar banyak suara di luar tandas dan sekali sekala terdengar gelak ketawa. Andy merasa seram sejuk kerana seingat dia tandas itu tiada orang. Andy buntu kerana tidak tahu ingat buat apa.
Apakah yang andy akan lakukan?
Dari mana suara itu datang?
Dan apa terjadi kepada zack?
YOU ARE READING
MATA
Fantasyzack, seorang remaja yang berkebolehan melihat hantu. pertemuan zack dan andy telah banyak merubah hidup zack sekaligus memberi petunjuk atas kehilangan abang zack, ryan. siapakah andy? apa kaitan andy dan ryan? semuanya akan terungkap dalam cerita...