Empat tanduk berasap hitam dan berwarna merah itu makin membesar! Bibir Jieun mula bertukar menjadi warna merah berdarah! Menyeramkan.
" Jieun, aku tak nak bergaduh! Tapi kalini kau dah melebih! Jangan mengkucar kacirkan hutan ni! Jangan ganggu alam manusia bernyawa! Kita dua alam yang berbeza dengan dia, mereka! Kau boleh kacau tapi tak boleh sentuh! "
Suara Taehyung sudah mula berubah menjadi suara yang amat ngeri! Garau! Kasar dan menakutkan sesiapa yang mendengar suaranya, namun Jieun langsung tidak gentar.
"HAHAHHA kau fikir aku kesah? Kalau tuhan nak melaknat aku sekalipun, biarkan! Biar aku mampos sekali bersama dendam aku! kau pun dah menyampah kan? Kau benci dengan aku kan Taehyung? Cakap la sial!" Jari Jieun mula memanjang dan berubah seperti terbakar - bakar! Kuku nya yang tajam mula menjalar.
"Tak, aku tak pernah menyampah. Aku nak kau pergi dengan tenang. Urusan kau di dunia dah tamat, dah habis! " Nada Taehyung dari tadi asyik menaik dan menurun, dia masih mempunyai hati dan perasaan.
Masih waras.
Masih boleh mengawal jiwa yang meraung - raung minta dibebaskan dalam dirinya. Jiwa itu kelaparan, namun ditahan sekuat yang mungkin!
"Dah cukup, kau boleh berambus dari sini. Mulai sekarang kau dengan aku bukan lah sesiapa. Kau dah boleh buat hal kau dan aku boleh buat hal aku, muka yang seperti bidadari tak semesti suci hatinya Taehyung, jangan mudah terpedaya. Sebab.."
" Syaitan memiliki wajah yang indah rupawan, namun memiliki jiwa dan roh yang menjijikan. Lagi kotor, tragis hidupnya. Maka, biarlah aku jadi syaitan yang sentiasa ingin merasa hangatnya nikmat penyeksaan. "
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
" Jieun! Kau pergi mana tadi? Hari dah nak hujan ni..kita mesti cari tempat berteduh." Wajah jungkook mula merona merah, marah akan sikap Jieun yang terkadang hilang dan tiba - tiba aja muncul.
Pelik. Dia hilang dan muncul macam ghaib. Itu yang selalu bermain di fikiran Jungkook. Ianya bagai sesuatu yang masih misteri.
" Saya pergi mencari cinta saya yang hilang la tadi! Eh awak yang hilangkan diri tadi, cakap nak cari ubat - ubatan herba untuk rawat luka yang belum sembuh tu, " Jieun mula mengubah topik, mahu lari dari ditangkap punca kehilangan nya.
Licik, sungguh licik permainannya.
" Ha'ah tadi aku pergi cari herba ubat - ubatan tapi satu pun aku tak jumpa. Tapi tak apa lah, aku boleh guna daun biasa untuk tutup luka yang terbuka ni, air pula kita guna air dari embun yang aku tadah haritu, Jieun–" Ayatnya terbantut, hujan mula yang menitis, namun—
Air hujan itu, terasa amat panas.
"ARGH! PEDIH! " Jungkook mula mengerang kesakitan! Rasa pedih bukan main kepalang! Air hujan tadi kini makin lebat turunnya!
"Jungkook! Awak okay tak ni?! Kenapa? " Jieun mula berteriak kuat, seperti mengacah - acah yang dia ambil berat, namun sebenarnya...
Dia mahu Jungkook mati.
Mati perlahan - lahan.
Seksa, dan kemudian diganti nikmat, dan kemudian seksa lagi. Cukup hebat dan licik. Sangat menyeronokkan.
Tanpa banyak bicara, Jungkook terus berlari meninggalkan Jieun yang terpinga - pinga. Tangan pantas menutupi luka - luka dan kesan robekkan yang terbuka dikulitnya.
Tik!
Tik!
Tik!
Makin dia berlari, makin lebat hujannya! Badan jungkook sudah memerah serta berasap! Kulitnya seakan menggelegak! Wajahnya sudah berkerut - kerut, menahan kesakitan serta kepedihan ini, air hujan hari ini bagaikan titisan air mata dari neraka .
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
Ada yang nak ditambah ? Ehe maybe next chapter kita gantung Jungkook kat pokok pulak pastu biar dia mati mereput kena gigit dengan anai - anai . 🥰
Cover Tarzan cantik la huwaaa 😭 tapi ingat, Jungkook is Tarzan so yeah rambut dia panjang, paras bahu 🌚🤍
Kalau ada typo sila bagitau saya, murung baca nanti 😃
Vomment ✓
YOU ARE READING
Tarzan | Jungkook [15+]
Детектив / Триллер❛ Semoga berjumpa lagi di alam yang lain atau kehidupan seterusnya, Jeon Jungkook. ❜ sifat syaitan yang masih bersarang di hati masih merasuki jiwa, membuak-buak rasa ingin meratah dan menghancurkan dan semua itu terjadi hanya di sebabkan dendam ke...