06 : Hypnotized

229 91 55
                                    

"Ergh..." Mata yang terasa pedih dibuka perlahan - lahan. Hembusan nafas seseorang yang lembut terasa ditengkuknya, hangat.

"Siapa..." Dengan berhati - hati, dia menyelak helaian rambut yang menutupi wajah si gadis misteri.

Dia terpegun. Tiada satu perkataan yang mampu menjelaskan betapa cantik dan indahnya gadis yang tidur bersamanya malam semalam.

"Cantik," Jungkook mula tersenyum sendirian. Wajah gadis ini bak bidadari. Pipi gebu yang kemerahan, bibir merah yang menggoda. Persoalannya, siapa dia?

"Aku rasa, dia yang tolong aku semalam. Hm pelik, selama aku hidup dalam hutan ni, tak ada seorang manusia pun yang pernah aku jumpa." Dahinya berkerut seribu, pelik.

" Kenapa tiba - tiba je ada perempuan dalam hutan?"

"Takkan lah dia ni...." perasaan curiga ditepisya jauh - jauh! Dia cuba berfikiran positif.

"A-awak?" Gadis itu terjaga dari tidur nyenyaknya, mungkin kerana Jungkook yang mengganggu.

Lidah Jungkook kelu untuk berkata-kata, bagaikan dipukau.

"Mata kau, warna merah." pipi Jungkook mula merona. Matanya terpegun melihat iris mata yang baginya cukup indah.

"I-ya, mata saya warna merah..." Si gadis menunduk malu, pipinya juga mula merona merah - kemerahan.

"C-comel la awak ni, rasa macam nak je ehe." Ucap gadis itu, wajah polos ditayangkan.

"Erm, k-kau pun cantik. tak pernah aku jumpa perempuan yang seindah dan secantik kau. Macam bidadari. "

"Ehehehe, awak pun apa kurangnya? Badan sasa, kacak pula tu..." senyuman di bibir mereka kian melebar. Sehingga lupa kejadian yang hampir meragut nyawa yang berlaku semalam.

Kejadian itu bagaikan angin lalu. Jungkook terlalu gembira bersama gadis itu sehingga lupa.

Lupa yang dia hampir mati semalam.

"Erm, nama aku Jungkook. " Senyuman janggal diukir, bibir digigit dan dikemam. Tangan mula menggosok belakang tengkuk yang tidak gatal.

"Sedap nama, Jungkook. Nama saya pulak..Jieun. Lee Jieun. Selamat berkenalan, Jungkook!"

Much!

Bibir Jungkook di kucup sekilas oleh Jieun! Kemudian dipeluknya seperti sudah lama merindukan dirinya!

"Manis, bibir awak. Saya suka. Lazat!" Senyuman manis penuh kepolosan dibalas oleh Jungkook. Dia seakan tenggelam dalam ayat - ayat serta pelakuan Jieun. Tidak mampu melawan, tidak terasa kepelikan.

Hari ini, hari yang indah.

Indah untuk menyaksikan dia mati dan hancur perlahan - lahan.

━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━

Vomment

Tarzan | Jungkook [15+]Where stories live. Discover now