09 : True identity

170 79 25
                                    

"Ssstt argh!" Raungan penuh kesakitan memenuhi seluruh pelusuk gua! Rasa sakit kalini lebih menyakitkan, kulitnya menggelembung dan mengeluarkan banyak darah dan bernanah!

"Tahan jungkook, sikit je lagi ni. Tahan tau? awak kan kuat. " Tangan Jieun mula naik mengusap - usap pipi Jungkook yang memerah. Matanya sembab, hidung berhingus, tetapi tetap kacak dan comel di mata Jieun.

Kejap, di mata Jieun? Ya memang kacak dan comel, tapi luka bernanah yang menggelembung itu lagi comel. Kalau picit kuat - kuat kemudian hisap, wah nikmatnya!

Itu baru comel.

"T-tak, aku tak kuat Jieun, aku dah penat. Kau tak rasa Jieun apa yang aku rasa, dari kecik sampai aku dah besar, aku tak pernah tau dan rasa apa itu 'Kebahagiaan', " Jungkook memejamkan matanya, setitis air mata mula mengalir. Perit.

" Aku hidup sorang - sorang dan aku rasa..tuhan pun tak tau kewujudan aku gamaknya haha. Kau nak tau tak Jieun.." Ayat dibiarkan tergantung. Senyuman tawar menghiasi bibir. Masih menunggu balasan dari Jieun.

"Cita - cita dan impian aku hanya.."

"Mahu merasai sendiri kebahagian . Hidup aku penuh dengan kesengsaraan . Macam kau tengok aku sekarang ni, kesian kan aku? Aku, hidup namun terasa seperti mati. Tragis? Iya, memang tragis " Air mata Jungkook mulai turun dengan lebat, esakan tangisan mulai menjadi - jadi!

"ARGH!!" Jungkook mula menjerit seperti orang hilang akal! Tidak dihiraukan Jieun yang berada disitu, dia seumpama terseksa, seksa yang sangatlah seksa!

Tanpa tidak sedar, Jieun mula terasa aura jiwa kesengsaraan yang merintih kesakitan. Dia mula terasa ada jiwa menyedihkan yang sedang menangis meraung minta dilepaskan! Dan, dia mula terasa ada jiwa yang...menagih sedikit kebahagian.

DDUM!

Dan mula dari saat itu,,

Dia mula terasa berdosa.

Dia mula rasa dirinya hina.

Dia terasa jijik pada diri sendiri.

Dia terasa seperti...makhluk paling hina pernah diciptakan oleh Tuhan.

Si pendosa yang dilaknat Tuhan dan akhirnya menjadi roh dan jiwa yang terbiar di atas muka bumi. Mencari - cari jiwa yang lemah untuk menghancurkan dan memuaskan dirinya yang bernafsu.

Dia, pada asalnya makhluk yang tidak berjasad. Hanya satu perkataan saja yang boleh digunakan untuk mengenali identiti dirinya .

Dia, si SYAITAN .

━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━

Vomment ✓

Tarzan | Jungkook [15+]Where stories live. Discover now