Tangan Jieun mula naik mengusap lembut pipi Jungkook. Perlahan, tangannya menguak rambut Jungkook ke belakang, menampakkan dahinya.
" Kacak. Saling tak tumpah seperti wajah Appa kau, Jeon Jaehyuk. Pemusnah hidup aku dan orang yang bunuh aku dan anak aku hidup - hidup. " Senyuman manis di bibir lesap sebaik sahaja nama kekasih lamanya terlucur daripada mulut.
Kini, tatapan yang cukup bengis diberikan kepada Jungkook yang masih tidak sedarkan diri.
"Kau, Jungkook. Kalau bukan disebabkan kau dan Eomma kau, aku dan anak aku pasti dah hidup bahagia. Anak aku pasti tak akan mati pada malam tu!"
TSUK!
Kuku tebal dan tajam miliknya menikam tepat pada perut Jungkook! Darah mula membuak - buak keluar mengalir.
"ARGH!" Jungkook meraung kuat! Kuku Jieun yang masih berada di dalam perutnya mula terasa panas dan membahang.
Mata yang masih kabur cuba memandang figura di depan mata. Tidak sangka, yang menikam perutnya itu adalah Lee Jieun. Dia tergamam.
"J-jieun, kenapa kau buat aku macam ni! Kau kenapa ha?! " Tengkingan kuat dari jungkook seakan akan bahan tawa, hilaian nyaring dan kekehan tawa kuat meletus dari bibir Jieun!
Jungkook terdiam tidak berkutik. Ketawa mengilai Jieun mula mengundang rasa getar di hati.
" Kenapa terdiam? Takut? Kau takut ya? Kau tau tak...ini semua salah kau! Salah Appa kau! Kalau kau tak wujud dan Appa kau tak bunuh aku, benda ni semua takkan terjadi! " Api kemarahan mula membahang. Dengusan nafas kasar kedengaran.
"A-apa kau cakap ni Jieun? A-aku tak paham....Appa aku? Bunuh kau? Apa ni?! Aku tak tau apa - apa!" Jungkook sedaya upaya mencerna dan menghadam kata - kata Jieun. Ini tak masuk akal!
Apa semua ni?
Bunyi rintihan seseorang memberhentikan niat Jungkook untuk menyambung ayatnya.
Susuk tubuh manusia yang tergantung pada kayu berhadapanya ditenung, tapi hampa. Suasana hutan yang sangat gelap menghalang nya
dari melihat ke arah manusia itu."Lepaskan aku Jieun! Lepaskan aku dari sini, sudah! Kenapa dengan kau ni? Aku tak bersalah! Kalau Appa aku b-bunuh kau sekalipun, semua tu dah basi. Dia dah lama mati! "
DDUM!
Kilat berdentum kuat! Cahaya dari kilat tersebut membuatkan Serra yang berada di hadapannya kelihatan jelas.
"S-serra? " Bagaikan dipalu kuat dari dalam, hati Jungkook berdegup kencang! memori lama mula bermain di fikiran.
" Ouh-, masih ingat lagi tentang adik kau? Woah, hebat Jeon Jungkook! Tak sangka kau boleh cam mukanya yang dah tak ada rupa manusia dah--"
BBUNG!
Bunyi hentakan besi pada kepala Jieun kedengaran kuat bergema, suara garau dan kasar mula menjerkah kuat!
" Lee Jieun, kau memang patut merasakan penyeksaan! Jungkook tak bersalah! Engkau yang bersalah dalam hal ni, engkau patut DILESAPKAN!"
Tangan Taehyung mula melayangkan bebola besi panas tepat ke kepala Jieun! BBUNG! SPLASH!
Darah memercik ke wajah Jungkook, Matanya terbeliak luas, lidahnya kelu. Perlahan, air mata mula mengalir dari tubir mata. " Jieun..."
Serra yang menyaksikan saat ini hanya mampu melihat adegan kejam itu, Tidak mampu berbuat apa. Perasaan sebal mula menyelubungi diri.
Sadisnya pengakhiran Jieun.
Kejam, dunia ini kejam sekali.
"Tak J-jangan...berhenti!!" Laung Jungkook kuat! perbuatan Taehyung automatik terhenti. Bebola besi yang panas di selaputi darah di letakkan pada tanah.
"Hiks, jangan buat macam tu pada Jieun! Tolong, aku merayu..." Esakan kecil terlolos dari bibir berdarah jungkook, hatinya tidak kuat melihat keadaan sadis Jieun sekarang.
"Berhenti? Kau nak mati ke? Tengok! Tengok keadaan kau dan adik kau. Kau masih nak suruh aku berhenti?! "
Hembusan angin embun dingin terasa dikulitnya. Linangan air mata mula mencurah lalu mengalir di pipi.
"Lepaskan aku. Tolong, lepaskan aku dan S-serra. Walau siapapun kau, tolong lepaskan ikatan ni,, " Suaranya yang mendatar memecah kesepian.
Sekelip mata, tali ikatan tali di tubuh mereka terlerai.
Dan bagaikan ghaib, tubuh Jungkook kini berdiri tegak menghadap Lee Jieun. Jantung mula berdegup kencang, cairan panas sekali lagi mengalir, tapi kali ni ini lebih deras.
"Jieun...." Dia terduduk lemah di atas tanah. Kepala Jieun yang hampir hancur di rehatkan di atas pehanya. Perlahan, dia mengusap wajah Jieun yang disepenuhi darah.
Perbuatan Jungkook hanya diperhati kosong oleh Taehyung. Dia hanya diam memeluk tubuh.
"Jieun, J-jangan tinggalkan aku! A-aku minta maaf atas perbuatan bodoh Appa aku terhadap kau dulu. Aku minta maaf Jieun! T-tolong...aku sanggup buat apa saja asalkan kau tak tinggalkan aku! A-aku cintakan kau...Lee Jieun."
Air matanya mula menitis nitis di atas wajah terbakar Jieun.
"ARGHG!!" Jeritan penuh seksa melaung kuat tatkala mata Jieun mula terkatup rapat, dia mula memeluk erat tubuh milik Jieun.
Sadisnya.
TSUK!
" Di sebabkan dendam...aku benci kau Jeon."
TSUK! TSUK! TSUK!
Tusukan demi tusukan pada dada bidangnya. Darah membuak - buak mengalir dibiarkan, Jieun makin galak menusukkan kuku tebalnya yang tajam ke dalam dada Jungkook.
"Tapi, h-hati ini cintakan kau...."
Iris Jungkook merenung dalam mata berkaca milik Jieun, tatkala perkataan cinta terlolos dari bibir berdarahnya.
Semakin lama, kepala Jieun mula perlahan mendekati wajah Jungkook. Mata mereka mula terkatup sendiri dan akhirnya, bibir mereka bertemu.
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
.
.
.Haih, makin hambar ff ni Plus di sebabkan lama tak menulis, penulisan aku pun dah kekok huwargh-
- Next Chapter is a final chap, epiloge ❤️
Vomment ✓
YOU ARE READING
Tarzan | Jungkook [15+]
Mystery / Thriller❛ Semoga berjumpa lagi di alam yang lain atau kehidupan seterusnya, Jeon Jungkook. ❜ sifat syaitan yang masih bersarang di hati masih merasuki jiwa, membuak-buak rasa ingin meratah dan menghancurkan dan semua itu terjadi hanya di sebabkan dendam ke...