❛ Semoga berjumpa lagi di alam yang lain atau kehidupan seterusnya, Jeon Jungkook. ❜
sifat syaitan yang masih bersarang di hati masih merasuki jiwa, membuak-buak rasa ingin meratah dan menghancurkan dan semua itu terjadi hanya di sebabkan dendam ke...
Sinaran syamsu basakara terpancar luas menyinari bumantara indah.
Tidur yang nyenyak mula rasa di terengsa oleh hembusan angin perlahan yang bertiupan di tawangan.
Dirinya kini terdampar bersendirian di tanah lapang.
Kelopak mata cuba di buka perlahan - lahan namun hampa, rasa sakit dan pedih yang mula terasa makin berbisa rasanya.
"Jieun..." Halus kedengaran suaranya keluar dari bibir. Jieun, gadis itu adalah gadis yang sangat di rinduinya tatkala mata mula mengeluarkan titisan air hangat membasahi pipi.
"Jieun..." Sekali lagi nama itu terlucur dari bibir berdarahnya yang kering. Mata mula melilau pada kawasan sekeliling.
Iris coklatnya terhenti saat mata mula terpaku melihat jalan yang lurus menuju ke arah jalan raya jauh di hujung sana.
Berbekalkan tenaga yang tersisa, dia bingkas berdiri menuju ke arah laluan itu. Kakinya terhinjut - hinjut, tangan pula menutup luka yang berbekas di dada. Namun, makin di tekan dan tutup, makin banyak darah yang keluar mengalir.
" T-tahan jungkook." Suara separa berbisik terlolos dari bibir, dia sedaya upaya memberi semangat untuk diri sendiri.
Tak terduga, setelah sekian lama dia mencuba untuk mencari jalan keluar dari hutan ini, akhirnya dia menjumpainya.
Pada awalnya dia berputus asa dengan harapan satu hari nanti, dia bakal keluar dari hutan ini hidup - hidup. Aneh sangat baginya untuk mempercayai apa yang dia lalui sekarang.
15 tahun. Bukan masa yang singkat, hutan ini bagaikan tempat yang tiada awal dan akhirnya. Berputar dan tiada jalan keluar.
Namun, pada hari ini dia telah berjaya menjumpai jalan keluar. Syukur.
"Akhirnya...a-aku jumpa jalan keluar. A-aku akan bahagia, tak lama lagi." Senyuman lemah dibibir terukir penuh duka.
"Jungkook...t-tolong..."
Bisikan halus kedengaran perlahan di corong telinga. Kepala Jungkook mula menoleh pantas ke arah kiri dan kanan.
"Jungkook..."
Kepalanya mula terasa berdenyut kuat dan berdesing, BBUK! Dia jatuh tersembam ke tanah.
Pada saat itu, kelibat adiknya Serra mula muncul di bawah pokok besar jauh di hadapan. Penglihatan jungkook kabur - kabur dan kepalanya yang mula berdarah membuatkan dirinya bagai mahu pengsan sekali lagi.
"Serra! s-sini cepat, kita pulang--" Lidahnya kelu pabila susuk tubuh Jieun yang terbakar hangus wajahnya dan badan yang berwarna merah darah itu muncul di sebelah tubuh Serra.
Tangan berkuku panjang milik Jieun mula menekup kuat mulut Serra. Bibirnya juga menggariskan segaris senyuman.
"Terima kasih kerana menemani ku selama berbelas - belas tahun. Kini tiba masanya giliran adik kau pula untuk merasa penyeksaan dan kenikmatan yang bakal aku beri,,"
"Semoga berjumpa lagi di alam yang lain atau kehidupan seterusnya, Jeon Jungkook."
Jungkook ingin berkata - kata, namun mulutnya bagai dijahit dan suara seakan tersekat di tekak. Hanya mata yang mampu berbicara.
Bunyi berdesing kuat kedengaran di telinga, pandangannya mula kabur dan berbalam - balam.
Tangan kuat menggenggam tanah pasir. Papan usang yang sedikit hancur mula kelihatan terkambus di dalam tanah.
"A-ah.." jarinya menyentuh tulisan yang terukir di papan itu.
Mata mulai terkatup rapat, perkataan terakhir yang didengar sayup mula berbisik sayu.
"Saranghae..."
"Jeon Jungkook."
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
Diruangan itu, hanya bunyi mesin ventilator yang kedengaran, sunyi dan hening saja dalam bilik itu.
Tinggallah dia bersendirian, termenung redup ke arah tingkap kaca hospital berkeseorangan.
Iris coklatnya merenung dalam jumantra biru yang dipenuhi dengan mega yang perlahan bergerak di atas sana.
Tak disangka, aungan mereka berparak begitu sahaja. 3 bulan sudah berlalu, tetapi jungkook masih diulit duka.
" Aku rindukan kau, Jieun..." Jungkook terkidum sendirian, memori dia bersama Jieun masih segar diingatan.
Tapi, semuanya sudah berlalu.
Cengkeraman dan aungan mereka bersama masih terasa manis, namun rasa duka dan pedih di hati masih tidak terawat tatkala fikiran masih mengingati memori indah tempoh hari.
Si syaitan licik sudah mengambil hati suci Sang Tarzan dan musnahkannya dengan kata - kata manis dibibir. Jantung hati bagaikan ditusuk dalam, luka dirawat luar tidak sembuh di dalam. Meninggal kan bekas yang abadi.
" Kau kejam Jieun..." Linangan air mata hangat memenuhi mata, perlahan - lahan, rintihan tangisan kecil terhambur memecah kesepian.
Jungkook mula duduk memeluk lutut di atas katil. Matanya bengkak, hidung memerah. Air mata tidak pernah kering pada hari pertama dia ditempatkan di hospital ini.
Dan paling sakit dan sukar dipercayai oleh dirinya ialah...
Hutan yang selama ini dia duduki sebenarnya tidak wujud.
Dunia hutan yang menjadi tempatnya membesar tidak pernah wujud di alam nyata.
Ianya telah disahkan oleh pihak polis bahawa hutan ' Myeong nam - bok ' yang dikatakan jungkook itu tidak pernah wujud malah nama hutan itu tiada langsung dalam peta Korea dan dunia.
Paling sadis, adiknya Jeon Serra. Disahkan bahawa tiada pengenalan sah diri yang dirinya didaftar pada kerajaan Korea selatan, jadi adiknya dikatakan juga tidak wujud dan hanya ilusi di mata Jungkook.
Semuanya, tidak wujud.
Ini semua hanya ilusi.
Selamat tinggal dunia.
Selamat datang, ke neraka.
- THE END-
. . . .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
- Big - big Thankyou yang baca ff Tarzan ni dari awal sampai la akhir, yang selalu vote and comment, yang sudi baca karya Moon yang kecil ni 😔 terima kasih sangat ❤️ dengan ini, ff Tarzan is officialy end ❤️
- Epiloge ini Moon buat kelainan dengan menggunakan perkataan bahasa melayu klasik. So, kalau ada perkataan yang tak faham boleh komen di sebelah ya?