Titisan mutiara jernih air embun menitis - nitis ke atas hidungnya.
Sekali dia terasa rimas, namun makin ditepis, makin hilang sabar dibuatnya.
"Ergh..." matanya terasa berat untuk dibuka, badannya yang terasa sengal dan berbisa - bisa kini makin mencengkam.
"Ark! Kenapa aku tidur dekat sini? Ah- sakit, s-sakit!"
Matanya terbeliak apabila darah pekat membuak-buak keluar daripada tanah! Dia mula mengundurkam diri, dan terus lari meninggalkan tempat yang tak pernah pula dia jejaki.
BBUK!
Kakinya tersadung! Kepalanya pula terhantuk pada batang kayu pokok, bagaikan jatuh ditimpa tangga, badannya terhempap ke atas batu bergerigi, tajam.
"Argh!" Dia meraung penuh kesakitan, sangat kuat! Hampir terkeluar anak tekaknya.
"S-sakit. apa yang jadi ni? Kenapa semua jadi serentak dan tiba-tiba? Tolong lah jangan, aku dah penat..." Matanya mula berasa hangat, air mata terasa bertakung di tubir mata.
Urat-urat hijau di leher sudah makin terlihat menimbul.
"Biarkan aku mati, jangan seksa aku macam ni, dah bertahun aku terseksa. Cukup." Air mata mula menitis dan mengalir dipipi.
Kepalanya mula berdesing, penglihatannya mula samar dan berbalam-balam.
" Aku ah-"
Akhirnya dia pengsan.
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
Keadaan hutan kian gelap.
Tepat pada masa, jungkook mula sedar dari pengsannya.
" A-apa? Aku dekat mana pulak ni?"
"Ni bukan tempat aku! Aku dekat mana ni?! T-tak, jangan kacau aku! Tak guna!"
Dia berlari, terus berlari. Namun hampa, tempat ini seakan tiada penghujung dan penamat.
Tempat yang sama, dia seakan-akan berlari dalam bulatan.
Aneh.
" Tak HAHAHAHA! Ni tak boleh jadi! aku masih bermimpi kan? tak mungkin ni benar, n-ni cuma halusinasi-"
Dia terpana, melihat bulan.
Bulan itu, bulan berdarah.
Tanpa disedari, kabus tebal mula mengelilingi dirinya.Bau yang sangat wangi mula menusuk rongga hidungnya.
Drastik kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan! Hatinya mula resah, kaki ingin bergerak namun, seperti disihir, dia tidak bisa membuat pergerakkan mahupun seinchi.
" Sayang..."
Dia ingin membalas, malangnya mulutnya bagai dijahit dan suaranya seakan tersekat.
" Sayang, saya rindu awak. Hm tak sangka hari ini dunia dan Tuhan menemukan kita,"
" Awak, mesti keseorangan kan? Hm saya pun keseorangan, di dalam hutan gelap, sepi dan sunyi. Kesian saya.."
" Tapi, sejak awak ada, saya tak berkeseorangan lagi."
Sekali lagi, jungkook mahu berkata - kata, dia cuba dan terus mencuba! Tapi apakan daya.
" Kau tak payah nak cuba bercakap. Diam diam, diam!"
Makhluk itu bagaikan dirasuk! Namun dari mata kasar jungkook, dia tidak nampak dengan jelas bentuk makhluk tersebut.
Pinggang jungkook kini terasa sejuk dan dingin, seakan dipeluk dari belakang oleh sesuatu.
" Duduk dengan saya. sekejap aja, tolong. Tolonglah, saya rindukan awak. "
Suaranya kedengaran sayu.
Mata jungkook mula terasa berat, kepalanya kembali berdesing dan berdenyut.
" Akan ku berikan segala yang kau mahu, perjanjiannya hanya satu..."
" Bersama dengan aku, selamanya."
Itu ayat terakhir yang didengar sebelum pandangannya menjadi gelap.
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
Vomment ✓
YOU ARE READING
Tarzan | Jungkook [15+]
Mystery / Thriller❛ Semoga berjumpa lagi di alam yang lain atau kehidupan seterusnya, Jeon Jungkook. ❜ sifat syaitan yang masih bersarang di hati masih merasuki jiwa, membuak-buak rasa ingin meratah dan menghancurkan dan semua itu terjadi hanya di sebabkan dendam ke...