Jam yang telah di set kini berbunyi dengan kuat sehingga membuat Jennie dan Rose terjaga dari tidur yang lena.Jennie dan Rose pun bangun dengan kusut-masai dan rambut yang serabai.Air liur yang melekat disebalik bibir menjadi keras.Dan dengan keadaan yang masih mengantuk mereka berdua pun mencergaskan diri untuk bangun.
Jennie pun mengambil tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik mandi.
"Chae,Jen mandi dulu tau"Jerit Jennie di dalam bilik mandi.
"Dah dalam bilik mandi baru nak bagitahu ke Jennie!" Balas Rose sambil merapikan rambutnya yang serabai macam sabut kelapa.
"Don't know what to do.....Don't know what to do without you...Ohhh" Jennie menyanyi sambil terjerit-jerit kat dalam.
"Palau biasalah!"
Rose pun ambil kesempatan untuk kejutkan Lisa dengan Jisoo.Dibukanya pintu bilik mereka berdua dan Rose melangkah masuk ke dalam dan mendekati dua bidadari yang sedang terliur-liur lena di katil.
"Lena eh tidur,kejap ya" Rose gelakkan mereka berdua,tak tahu apa yang dia nak buat dekat Lisa dan Jisoo.
Beberapa saat kemudian,tiba-tiba....
"Arhhh Jisoo,Lisa bangun perogol bersiri datang! Arhhhh!! Tolong!" Rose jerit dekat telinga mereka berdua.
"Omakauu!! Mana!"
"Tidakk! Where!?"
Lisa dan Jisoo pun pandang Rose dengan wajah ingin tahu dan Rose menunjuk di hadapan pintu bilik.Katanya perogol bersiri tu dah lari dekat sana.Dengan risaunya Jisoo dan Lisa pun bergegas ambil penyapu dan penyangkut sampah dekat tepi pintu bilik itu dan pusing satu rumah untuk cari Perogol yang dimaksudkan Rose.
Tapi,setelah 10 kali dorang pusing rumah,pergi sana-sini dorang tak nampak pun batang hidung perogol yang dimaksudkan Rose.Rose pun berdiri dekat tangga sambil merakam Jisoo dan Lisa sambil terbahak-bahak tengok dorang.Lisa dan Jisoo pun sedar kalau Rose tipu dorang.
"Chaeyoung-ahhhh!!" Jerit Lisa sambil membawa penyapu yang dipegangnya sambil menunjuk ke arah Rose.
"Berhenti dekat sana Chae! Tak habis-habis aku penat pusing satu rumah sebab nak cari Perogol tu! Tak guna punya Chae!"
Rose pun berlari masuk di dalam bilik dia dengan Jennie sambil terputus-putus dia ketawa.Jennie yang baru keluar dari bilik mandi pun bingung dengan Rose.
"Aik,Chae awak dah kenapa? Sampai terputus-putus awak gelak tau!" Kata Jennie sambil pergi ke mejanya dan mengambil hairdryer yang sudah terampai di atas meja.
"Ta-tadi Lisa de-dengan Jisoo ahahahah" Tak tahulah apa yang rose cakap,dari tadi tak habis-habis gelak.
Jennie pun mengeringkan rambutnya.
Tiba-tiba...
"Chaeyoung buka pintu ni!! Ihh geramnya aku! Jisoo mengetuk-ngetuk pintu bilik dengan keras.
"Rambut aku dah lah serabai dia buat aku malu pula terjerit-jerit awal pagi! Nasib baik jiran semua masih tidur! Heii Chae!" Giliran Lisa pula yang menendang pintu bilik Chaennie.
"Rose? Asal dorang marah sangat dengan awak? Tak lama lagi pecah pintu bilik ni"
"Ahaha nantilah Chae cerita,Chae mandi dulu tau,bye.Ehh? Oh ya tolong tenangkan dorang berdua boleh tak? Hehe! Bye" Rose pun ambil tuala mandi dia dan Pergi mandi.
"Yelah,gilah mandi dulu" balas Jennie.
"Woi Chae dengar tak!"
"Aku pecahkan pintu ni baru tahu"
Pintu bilik tu macam nak pecah dah Lisa dengan Jisoo tendanglah ketuk-ketuklah.Bagus kalau pelan ni keras sangat.
"Adeh dorang berdua ni! Japlah pecah pintu ni nanti!" Jennie pun membuka pintu bilik itu.
"Chae mana?" Soal Lisa.
"Ada je dekat bilik mandi! Kenapa? Awal pagi dah marah-marah.Pintu pun tak salah-salah kena pukul! Nasib baik tak pecah tau!" Jawab Jennie sambil melipatkan kedua tangannya di dadanya.
"Kalau jennie yang kena tipu dengan Chaeyoung mesti jennie pun marah!" Jawab Jisoo pula.
"Kenapa? Apa yang Chae buat?"
"Tadi dia cakap ada perogol bersiri,dia siap menjerit minta tolong lagi! Kitorang berdua pun terbangun lah dengar dia jerit-jerit ntah macam apa.Lepastu kitorang tanyalah mana perogol tu,Chae tunjuk lah dia dah lari.Jadi,Hu..Hu... Jisoo! sambung penat pula Lisa."
"Jadi kitorang pun pergi lah ambil penyapu dengan penyangkut sampah tu kononnya nak pukul perogol tu.Tapi bila kitorang pusing rumah ni sampai 10 kali,cari sana-sini.Terjerit-jerit macam pontianak,tapi tu Lisalah yang jerit.Rambut dah lah serabai.Lepastu satu batang hidung perogol lansung kita tak nampak dekat rumah ni,Lisa sambung!"
"Aha! Kitorang pun masuklah dalam rumah,bukan main senang lagi Chaeyoung rakam kitorang sambil ketawa-ketawa.Geram tidak! Haish"
Jennie pun hanya tersenyum lihat gelagat dua kawan dia yang bercerita sambil tiru gaya yang diorang buat tadi.
"Aha sabar jela.Chaeyoung buat macam tu sebab korang tak nak bangun kot,heeh"
"Ish Jennie ni! Kalau ye pun jangan lah nak tipu kan!"
Krikkk...pintu bilik mandi dibuka.
"Wah segarnya mandi awal-awal macam ni" kata Rose sambil tersenyum pada Lisa dan Jisoo macam tak ada benda yang berlaku je dengan dorang.
"Apa senyum-senyum nak penumbuk ke!" Kata Lisa.
"Ish dahlah penipu! Penat tau kitorang!" kata Jisoo pula.
"Lah sorrylah! Chae nak bergurau je dengan korang."
"Hmm taknak kawan dengan Chae lagi!"
"Lisa,sabarlah.Maafkan jela Rose"
"Jisoo pun tak nak kawan dengan Chaeyoung!"
"Ahaha korang ni.Jennie pun tak tahu lah nak kata apa,pandai-pandai yelah Rose tenangkan dorang,Jennie nak gi masak dulu" Jennie yang dah siap pun pergi keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
"Please sorry tau,Chae janji tak buat lagi" rose buat Aegyo dekat Lisa dan Jisoo.
"Ok Jisoo maafkan! Lain kali jangan ulang lagi"
"Hmm Lisa pun,tiada maaf untuk hari lain"
"Gomawo gais" Rose pun memeluk erat Kedua tubuh Jisoo dan Lisa.
"Uhh sesak! Chae lepas"
"Yelah Lisa Oii,korang berdua pergilah mandi dulu.Busuk!"
"Ish sendiri busuk nah ambil ni!" Lisa lapkan baju dia yang ada air liur kering dekat Rose.
"Iuh busuklah Lisa"
"Baru tahu!"
"Dah pergilah mandi"
"Jisoo mandi sekat sini tau Chae"
"Ok Jisoo! Mandi je"
"Bye Lisa gi mandi dulu"
"Jisoo ambil tuala dulu"
"Oke"
"Mana pula pengering rambut Jennie ni.Tadi ada je dia pegang." Kata Rose.
Rose pun mencari-cari di mana berada ya Hairdryer itu dan dia pun jumpa.
"Dekat sini rupanya" Rose pun ambil dan guna.
"Lepas ni gi tolong Jennie lah,Eheheh" Bisik hati Rose.
Tok..tok..tok..
"Ha masuklah"
"Jisoo mandi dulu tau,Chae"
"Mm mandilah princess" jawab Rose.
Jisoo pun masuk dan mandi.Yeayy..
Siap je keringkan rambut dan kemaskan diri Rose pun turun ke bawah.
Siap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Continued
YOU ARE READING
Complicated love-복잡한 사랑
Teen FictionCerita cinta yang sangat rumit kerana terdapat banyak halangan dalam percintaan antara Blackbangtan ini.Dan yang paling banyak dalam cerita ini ialah Jennie dan Jungkook. Pada awalnya dimulai dengan pertengkaran tapi pada akhirnya benih-benih cinta...