🌻-103

49 10 1
                                    

*This is the day*

--------

"Eomma Jennie keluar dulu ya" kata Jennie pada puan kim.

"Kamu nak pergi mana awal pagi macam ni?"

"Ingat tak rumah yang eomma belikan untuk jennie dulu?"

"Haah,ingat kenapa dengan rumah tu?" Tanya puan kim.

"Rumah tu menyimpan banyak kenangan pada Jennie Eomma,jadi Jennie nak lawat rumah tu" kata Jennie sembari tersenyum manis.

"Iyalah hati-hati tau" kata puan kim.

"Nee eomma"

Jennie pun keluar dari rumah dan di halaman rumah Taeyeon memanggilnya.

"Jennie ah!!"

"Ah unni! Wae?"

"Pergi mana?"

"Nini nak pergi rumah yang nini tinggal dulu" kata Jennie.

Taeyeon mengangguk.Tiba-tiba sunghoon datang sambil memujuk Jennie agar dia dibawa bersama.

"Amma Sounghoon nak ikut!"

"Sunghoon dekat rumah je ya dengan eomma, sunghoon tak boleh ikut" kata Jennie.Dia tunduk meratakan tingginya dengan Sunghoon.

"Tapi Sunghoon nak ikut!!" Dia menangis mahu ikut Jennie.

"Sunghoon dengar cakap amma,kamu dekat rumah saja dengan eomma ya" kata Taeyeon.

"Nak ikut!!" Dia semakin menguatkan tangisannya.

Jennie dan Taeyeon saling berpandangan lalu Jennie menghela nafas pelan.

"Yela kamu boleh ikut amma"

"Yeay" Sunghoon pun diangkat Jennie menuju ke kereta.

Taeyeon menggelengkan kepalanya kerana anaknya sudah terlebih manja pada sepupunya Jennie.

---------

Sesampainya di tempat tujuan,Jennie pun memegang erat tangan Sunghoon memasuki halaman rumah itu.

Sudah di halaman rumah,Jennie cukup terkejut kerana ada beberapa orang sedang berada di luar rumah,tapi entah siapa mereka semua.Jennie tidak tahu kerana mereka semua membelakanginya.

Perlahan kakinya melangkah menghampiri mereka.

"Amma mereka semua siapa?" Tanya sunghoon.

Refleks beberapa orang itu memandang ke arah mereka.Mata Jennie membulat dan cukup terkejut melihat siapa yang ada di hadapannya.

"Ko-korang...." Mata Jennie berkaca-kaca.

Lantas tubuhnya ditarik ke dalam pelukan mereka.

"Jennie ah,awak dah balik! Rindunya saya dengan awak" katanya sambil air mata jatuh ke pipi.

"We miss you so much Jennie!"

Complicated love-복잡한 사랑Where stories live. Discover now