🌻-94-pesta?-

44 9 5
                                    

*Is it possible that this heart will be hard, as much as possible I will never dig will be lost*

-------

Harini adalah pesta sekolah,dimana semua pelajar diwajibkan untuk datang.Jennie,Rose dan Jisoo sudah memakai dress mereka.

Ketiga gadis itu menunggu di luar,kerana ada yang mengambil mereka.

Ttot ttot

Suara hon kereta berbunyi,kereta dihentikan tepat di hadapan mereka.

"Masuklah!" Katanya.

"Okey Jin" kata Jisoo.

Mereka bertiga masuk dan di dalam juga ada Jimin dan Taehyung.Suga,
Jhope dan Rm sudah terlebih dahulu ke sekolah.

"Jennie kenapa dah tiga hari awak tak masuk sekolah?" Tanya Taehyung.

Jennie menggeleng kecil" tak ada apa"

"Kalau tak ada apa,kenapa tak masuk sekolah?" Bukan Taehyung tapi Jimin.Jimin yang melontarkan soalan.

Dicubit pelan lengan Jimin." Tak yah banyak tanya Jimin!,Pemandu jalan cepat" kata Rose pada Jin.

"Senang-senang mak bapak kau je cakap aku pemandu!" Jin menjeling rose dari cermin hadapan.

Jisoo tertawa kecil sementara Rose menjelirkan lidah pada Jin.Jimin pula mengada meminta Taehyung mengusap lengannya yang dicubit Rose tadi.

Rose yang melihat itu menarik telinga Jimin."Jangan nak menggatal ya Jimin! Ingat awak tu lelaki!" Kata Rose.

Jennie tertawa melihat Jimin yang dipukul Rose.Jin lalu memecut kereta ke sekolah.

----------

Lisa bersama dengan Redvelvet berdiri di luar dewan sambil menunggu majlis dimulakan.

"Awak rasa Jennie datang tak? Dah tiga hari dia tak masuk sekolah" kata Irene.

"Tak tahu,tapi saya harap Jennie datang" kata Joy.

Lisa hanya mendengarkan mereka berbicara.

"Saya takut kalau Jennie tak datang sebab video tu dan pasal Tzuyu" kata Wendy.

"Kenapa?"

"Awak belum tengok! Dah tersebar dekat mana-mana"

"Hah?" Irene mengerutkan dahinya.

Wendy menegeluarkan telefonnya lalu memperlihatkan mereka video itu dan berita kalau Jennie memukul Tzuyu.

"Apa bende pula ni? Siapa yang sebarkan benda mengarut macam ni?" Tanya Irene.

"Saya tak pasti tapi mungkin Tuan Chou" kata Wendy.

"Tuan Chou siapa?" Tanya Lisa.Kini dia membuka mulut.

"Tuan Chou,awak tak kenal.Dia Appa Tzuyu" kata Wendy.

Lisa berfikir sejenak dan dia teringat tentang lelaki yang bersama Tzuyu dan pengetua hari itu.

"Jadi dia Appa Tzuyu" katanya di dalam hati.

Complicated love-복잡한 사랑Where stories live. Discover now