🌻-80

32 8 2
                                    

*Even though the distance is very far, I will chase him so that he is reunited with me*

--------

Rose memeluk tubuh Jennie yang terlihat lemah.Rose merasa risau dengan keadaan Jennie sekarang.
Matanya sembab dan tangannya penuh darah.

"Jennie apa yang sebenarnya dah jadi?" Tanya Rose.

"Tzuyu..." Kata Jennie.

"Tzuyu? Dia buat semua ni dekat awak?!!" Marah Rose.

Jennie mengangguk.Air matanya mengalir membasahi pipinya.Rose dengan hati yang berat mengusap air matanya.

"Terima kasih sebab datang Rose" Jennie memeluk Rose dengan erat serasa tidak mahu melepaskannya.
Kerana sekarang apa yang Jennie rasakan ialah ketakutan yang sangat dalam.Dia gagal menyelamatkan Jesy.

"Jesy mana?" Tanya Rose.

Jennie terdiam sesaat lalu dia menunjuk ke bawah jurang yang tinggi.

"Jesy jatuh.Sa-saya tak dapat bantu dia Rose! Saya lemah!" Jerit Jennie.

"Jennie tenang dulu! Jangan emosi macam ni! Apa sebenarnya yang dah jadi"

"Tzuyu suruh Nayeon dan Mina tolak Jesy ke bawah.Dan waktu Jesy dah nak jatuh saya sempat gapai tangan dia.Tapi.." Jennie menahan air matanya.

"Tapi apa Jen?" Rose memegang bahu Jennie.

"Tapi Tzuyu dia buat ni dekat saya" Jennie menunjukkan tangannya yang luka.

"Dia pijak tangan awak! Tak guna,Tzuyu memang dah melampau! Awak dah call polis ke?" Tanya Rose.

"Dah"

Beberapa minit kemudian Polis dan ambulans datang.Pihak polis pun memulakan sesi pencarian Jesy.

Jennie pula dirawat dengan ditemani Rose.Luka di tangannya diubati dan dibalut dengan kain kapas.

Tak lama kemudian Jesy telah ditemui namun dengan keadaan yang parah.Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan darah.Bajunya juga sudah bercatkan darah merah.

Jennie berlari ke arah Jesy dibaringkan.Dia terkejut melihat kondisi Jesy.

"J-jesy! Bangun Jesy...Jesy" Jennie mengoncang-goncangkan tubuh Jesy.

Rose menarik Jennie daripada mendekati Jesy.Kerana Jesy akan dibawah ke Hospital dengan segera,kerana Jesy mengalami pendarahan yang serius.

"Jennie tenang dulu"

Jennie menatap sendu pemergian petugas hospital mengangkat Jesy masuk ke dalam kereta ambulans.

"Siapa yang ada di sini waktu kejadian ini berlaku?" Tanya salah seorang pegawai polis.

"Sa...saya" jawab Jennie.

"Baiklah! Selepas ini sila ikut kami untuk menerangkan apa yang telah terjadi" katanya.

Jennie mengangguk kemudian Rose membawa Jennie ke dalam keretanya.

Complicated love-복잡한 사랑Where stories live. Discover now