*No more beautiful words, because the world has swallowed them*
-------
Jennie,Rose dan Jisoo sedang berada di bilik kesihatan untuk mengubati luka-luka Jennie.
Sedang mereka mengubati luka Jennie,pintu tidendang kuat sehingga membuat mereka bertiga terkejut.
"Jennie kamu ikut saya sekarang!!" Jerit pengetua.
"Pe-pengetua? Kenapa?" Tanya Rose bingung.
"Diam! Jennie ikut saya sekarang!!" Jeritnya lagi.
"Pengetua nak bawa Jennie pergi mana?" Tanya Jisoo.
"Jangan banyak tanya!! Jennie ikut saya cepat!!" Pengetua begitu marah,wajahnya juga berubah dari biasa.
Jennie masih duduk di kerusi,bingung dengan pengetua yang begitu marah padanya.
Pengetua berasa geram pada Jennie,dia lalu mencengkam pergelangan tangan Jennie kuat,sehingga Jennie meringis kesakitan.
"Pe-pengetua" Jennie ditarik keluar dari bilik kesihatan,tangannya begitu sakit dicengkam kuat.
Pengetua tidak kisah dengan luka-luka Jennie dia terus saja menarik Jennie.Rose dan Jisoo mengejar pengetua yang membawa Jennie.
Semua mata tertumpu pada mereka.
"Dia buat masalah lagilah tu!!" Kata salah seorang pelajar."Sampai pengetua pun dia buat marah!" Kata seorang lagi.
"Tak habis-habis buat hal!"
"Tak guna betul!"
Rose dan Jisoo mendengar itu tetapi mereka membiarkan sahaja kerana mereka mahu cepat mengikuti pengetua dan Jennie.
Sesampainya di bilik pengetua, seseorang dengan wajah garang sedang menatap tajam ke arah Jennie.Dan disebelahnya juga ada.......Tzuyu?
Pengetua menghempaskan tangan Jennie kasar.Jennie kemudian memegang kedua tangannya.
Rose dan Jisoo sudah sampai namun pintu dikunci.Mereka berdua berusaha untuk menolak pintu itu.
"Kau JENNIE?" Tanya seorang lelaki dalam lingkungan umur 40+an.
"Ya,sa-saya Jennie" Jawab Jennie sambil wajahnya ditundukkan.
"Kau tak diajar untuk bersopan dengan orang tua ke?" Katanya lagi kali ini dia berdiri mendekati Jennie.
Jennie masih menunduk.Dia sangat takut sekarang.
Terlihat Tzuyu yang
menangis di kerusi itu.Sungguh pandai dia berlakon.Jennie sekarang tidak tahu siapa sosok lelaki di hadapannya.Dan plakk
Wajah Jennie ditampar begitu sahaja. Jennie memegang pipinya yang sudah memanas di tampar oleh lelaki tadi.
"Tu-tuan kena--" Percakapan Jennie terpotong.
"Kau pukul anak aku atas sebab kau takut dia sebarkan kesalahan kau!!" Kata lelaki tadi menunjuk ke arah Tzuyu.
YOU ARE READING
Complicated love-복잡한 사랑
أدب المراهقينCerita cinta yang sangat rumit kerana terdapat banyak halangan dalam percintaan antara Blackbangtan ini.Dan yang paling banyak dalam cerita ini ialah Jennie dan Jungkook. Pada awalnya dimulai dengan pertengkaran tapi pada akhirnya benih-benih cinta...