*if you can't stand it anymore, then let go of all this feeling*-------
"Si Jungkook tu ada masalah apa sebenarnya?! Buat orang naik angin je!!" Kata Lisa sambil menggenggam snacknya.
"Tak tahulah.Chae pun dah bingung dengan dorang.Jennie,dia macam nak lari dari Jungkook.Jungkook pula dia macam dah marah sangat dekat Jennie." Kata Rose sambil menggigit kukunya.
"Aduh.Jungkook mulut je manis cakap rindu Jennie lah apalah,last-last apa? Dia sakitkan hati Jennie pula!" Kini dia menggenggam tangannya.
Rose mengangguk tanda setuju.Tak lama kemudian Jennie dan Jisoo turun,dan mengambil tempat di sebelah Rose dan Lisa.
"Sembang pasal apa?" Tanya Jennie.
"Pasal si Jung--" Rose menutup mulut Lisa.
Jennie dan Jisoo mengerutkan dahi.Bingung dengan dia orang ni.
"Tak ada apa! Hehe sembang pasal sekolah tadi" kata Rose.
"Ohh" Jawab Jennie.Dia pun pergi ke dapur lalu mengambil beberapa snack untuk dia dan Jisoo.
Setelah Jennie sampai di dapur Rose pun melepaskan tangannya dari mulut Lisa.
"Asal Awak main tutup-tutup mulut pula ni Chae!"
"Janganlah cakap kalau ada Jennie.Nanti tak pasal-pasal dia marah pula." Jelas Rose.
"Nee!" Lisa pun sambung makan snacknya lalu memilih untuk fokus dengan drama yang dia tonton.Begitu juga dengan Rose.Jisoo pula tidak menghiraukan mereka berdua,dia memutuskan untuk menunggu Jennie.
Tak lama kemudian Jennie datang membawa snack di tangannya.
"Jisoo ni untuk Awak" Jennie menghulurkan snack kesukaan Jisoo.
"Ahh gomawo" Jisoo senyum pada Jennie dan Jennie membalasnya.Dia pun duduk di sebelah Jisoo.
Mereka berdua juga ikut menonton drama bersama Rose dan Lisa.Semua pun fokus pada TV,Rose pula fokus menatap Jennie dengan lama.Mereka semua tertawa melihat drama yang ditonton.
"Jennie saya tak tahu apa semua yang dah awak alami sejak seminggu lalu,
tapi tolong jangan memberikan senyuman palsu itu.Jujur itu membuatkan saya sakit Jennie.Saya nak tengok senyuman yang betul-betul dari hati awak Jen.Bukan macam ni" Rose mengesat air matanya yang terjatuh tanpa dia sedari."Chae awak nangis,haha" Lisa mentertawakan Rose.
"Eoh? Emm se-sedih drama ni sedih"
Rose mengesat semula air matanya."Chaeyoung-chaeyoung.Yang tak sedih pun Awak nangis,pelik" Kini giliran Jisoo yang mentertawakannya.
Rose menggaru kepalanya lalu tersengih.Jennie pun tertawa dengan tingkah Rose.
----------
Tak tahu kenapa,Lisa harini bangun lebih awal dari hari-hari sebelum ni.Dia berdiri lalu meregangkan tubuh badannya.
"Badan yang sihat itu aku" katanya.
Lisa pun mangambil tuala mandinya lalu dia masuk ke bilik mandi untuk mandi.Setelah selesai dia memakai pakaian sekolah,lalu turun ke bawah untuk menyediakan sarapan.Apron di ambil lalu di sarungkan di leher.Lalu diikat tali apron di belakang.
Kemudian dia memulakan sesi masak-memasaknya.
YOU ARE READING
Complicated love-복잡한 사랑
Teen FictionCerita cinta yang sangat rumit kerana terdapat banyak halangan dalam percintaan antara Blackbangtan ini.Dan yang paling banyak dalam cerita ini ialah Jennie dan Jungkook. Pada awalnya dimulai dengan pertengkaran tapi pada akhirnya benih-benih cinta...