Hari kedua kehilangan Jennie.
Susana di dalam kelas sangat sunyi tidak seperti hari-hari yang lalu.Seperti merasa sesuatu yang kurang.Rose berdiri di tepi tingkap sambil menatap ke luar jendela.
"Jennie awak dekat mana? Saya harap awak baik-baik di sana.Semoga awak selamat" Rose menitiskan air matanya.
Irene datang kepada Rose lalu memeluknya.
"Don't worry Chaeyoung.Jennie mesti akan baik-baik,walaupun kita tak tahu sekarang dia dekat mana" Rose lalu membaringkan wajahnya di bahu Irene.
Lisa menyandarkan diri di kerusinya.Taehyung duduk di sebelah Lisa untuk saling menenangkan.
Jungkook diam di tempat duduknya sambil menatap meja Jennie yang ada di depannya.Jhope lalu memandang Jungkook.Dia sangat tahu apa yang Jungkook rasakan sekarang.'SAKIT'? ya itu yang Jungkook rasakan.
Jhope menapap pelan bahu Jungkook.
Jungkook lalu memandang Jhope."Jennie pasti akan selamat"
Jungkook menundukkan kepalanya lalu pergi entah ke mana.
---------
Rooftop
Jisoo menjerit sekuat-kuatnya.
Menghilangkan semua rasa sedihnya."Arhhhhhhhh!" Suara Jisoo sudah hampir hilang kerana menjerit dengan kuat.
Jisoo menjerit dan tanpa dia sedari air matanya sudah mengalir dengan deras.
~Ttit~
Pintu masuk rooftop terbuka.
"Nangislah sepuasnya Jisoo.Awak tak perlu lagi sembunyikan rasa yang awak rasa sekarang"
"J-jin??" Kata Jisoo lalu mengusap air matanya.
"Saya tahu awak berpura-pura tenang di depan yang lain tapi sebenarnya hati awak sekarang sangat hancur bukan? Saya tahu Jisoo.Jadi keluarkan lah semua rasa sakit awak sekarang"
"Saya takut Jin! Saya takut kehilangan Jennie.Jennie? Siapa yang dah culik dia.Kenapa harus Jennie?!!" Jerit Jisoo sambil menangis.
Jin dengan pantas menarik Jisoo ke dalam pelukannya.Membiarkan dia menangis di dadanya.Baju Jin sudah basah kerana air mata Jisoo.
"Jin.Saya rindu dengan Jennie."
"Saya faham Jisoo.Kita semua juga rindu dengan Jennie.Dan sekarang kita serahkan dulu pada polis dan berdoa untuk keselamatan Jennie." Kata Jin lalu mengecup dahi Jisoo.
Jisoo lalu mendongakkan Kepalanya ke atas,menatap Jin dengan wajah yang dipenuhi air mata.
"Saya sebenarnya takut Jennie cedera.Darah yang ada dekat pantai sana.Apa itu darah Jennie,Jin? Apa yang dah orang tu buat dekat Jennie sampai ada darah dekat sana." Tanya Jisoo.
Sekali lagi Jisoo menangis dengan teresak-esak.Jin terdiam,dia tidak tahu apa yang harus dia jawab.Kerana dia juga tidak tahu apa yang sudah terjadi.Jin pun memeluknya dengan erat.
"Jennie semoga awak baik-baik saja.Kami semua di sini sangat risaukan awak" Kata Jin di dalam hati.
-------------
YOU ARE READING
Complicated love-복잡한 사랑
Teen FictionCerita cinta yang sangat rumit kerana terdapat banyak halangan dalam percintaan antara Blackbangtan ini.Dan yang paling banyak dalam cerita ini ialah Jennie dan Jungkook. Pada awalnya dimulai dengan pertengkaran tapi pada akhirnya benih-benih cinta...