🌻-48 -Jennie-

45 7 0
                                    

Suasana yang gelap di dalam sebuah gudang lama dan dengan mulut yang tertutup Jennie hanya mampu menangis dan ketakutan.

"Aku dekat mana? Sana mana? Arh kepala aku...sakit" kata Jennie dan dia juga merasa di kepalanya ada darah yang sedang mengalir.

Di dalam gudang hanya diterangi sedikit cahaya dari lubang-lubang yang rosak.Jennie ingin saja menjerit tapi mulutnya ditutup dan diikat dengan kain.Tanganya pula diikat,dia sekarang hanya mampu duduk dan mencari cara untuk melepaskan dirinya.

Tengah Jennie menangis pintu gudang dibuka kemudian ditutup semula.Dan ada 4 sosok yang datang mendekati Jennie.Kemudian lampu dipasang. Jennie pun terkejut dengan apa yang dia lihat.

Tzuyu,Nayaeon,Mina serta seorang namja yang berbadan tegap sedang berada di depannya.

"Erggg!" Kata Jennie yang berusaha mengeluarkan perkataan yang ingin dia katakan.Jennie juga menggerak-gerakkan tangganya untuk minta dilepaskan.

Hujung Bibir Tzuyu terangkat sedikit lalu tersenyum sinis.

"We meet again Jennie!" Kata Tzuyu menekankan nama Jennie.

"Eh dia menangis Ketu? Bukankah dia ni si pemberani" Kata Nayeon sambil mentertawakan Jennie dengan lagaknya.

"Haha kesian lah kau ni Jennie.Mesti sekarang kau tengah takutkan?" Kata Mina.

Mata Jennie sudah mulai memerah mahu saja dia menarik rambut ketiga yeoja itu namun keadaan dia sekarang mungkin sulit untuk berfikir seperti itu.

"Well kau mesti tahu apa sebab aku bawa kau dekat sini kan?" Kata Tzuyu dengan memegang kayu besbol.

Jennie tidak menjawab pertanyaan Tzuyu.Dia hanya memandang Tzuyu dengan wajah geram.

"Kenapa kau tak jawab Hah? Dah pekak ke!!" Jerit Tzuyu.

"Tzuyu kau tak buka kain dekat mulut Jennie" bisik Nayeon pada Tzuyu.

Tzuyu pun dengan spontan membuka ikatan kain di mulut Jennie.

"Korang nak apa lagi dekat aku Hah! Tak puas-puas lagi ke!" Jerit Jennie pada mereka.

"Ops garangnya.Oke chill lah.Bagi aku habis cakap dulu baru kau jawab ok" kata Tzuyu yang diikuti dengan gelak Mina dan Nayeon.

Tzuyu mendekati Jennie lalu menyentuh kulit wajah Jennie.

"Wajah ni...Adakah ini wajah yang diinginkan dan disukai Jungkook.Ah tak mungkin wajah ku lagi cantik daripada wajah kau Jennie kim!!" Tzuyu menekan kedua pipi Jennie lalu menolak kepalanya.Jennie lalu memalingkan wajahnya.

"Tzuyu apa kata kau conteng je muka dia tu.Kau boleh lah buat apa sahaja dengan dia sekarang."Saran Mina pada Tzuyu.

"Boleh juga tu! Hahah Jaehyun tolong ambilkan alat-alat yang Mina cakap tadi"

Jaehyun mengangguk lalu pergi dari gudang Lama itu.

"Kau nak buat apa dekat aku?! Hah!" Kata Jennie.

"Kau tunggu jelah.Tak payah banyak tanya.Tak sabar lahtu" kata Tzuyu.

"Kau jangan nak berani sentuh aku! Tolong! Ada sesiapa di luar tolong saya!!" Jerit Jennie sekuatnya.

Tzuyu,Nayeon dan Mina ketawa terbahak-bahak mendengar jeritan Jennie.

"Buang masa je kau menjerit macam tu Jennie.Tak akan ada orang yang akan tolong kau! Haha jerit lah sepuasnya!"

Jennie pun menjerit sekuatnya dia tidak percaya apa yang Tzuyu katakan,mesti ada orang yang akan menyelamatkannya nanti.

Tiba-tiba pintu gudang dibuka,Jennie pun memejamkan matanya berharap orang itu adalah penyelamatnya. Namun semuanya tidak seperti yang jennie harapkan kerana orang itu adalah Jaehyun orang suruhan Tzuyu.

"Ini dia" kata Jaehyun lalu memberi pada Tzuyu.

"Oke terima kasih.Awak boleh tunggu dekat pintu gudang sana."

Jaehyun menunduk lalu pergi.

"Are you ready Jennie?"

"Kau nak buat apa Tzuyu! Jauhkan tangan kau dari muka aku!" Kata Jennie yang mencuba mengelak dari tangan Tzuyu.

"Oke saya akan mula dari sini"

Tzuyu mengambil cat itu lalu menconteng wajah Jennie.Tak lupa juga pakaian Jennie dia warnakan.Dia menumpahkan semua cat ke badan Jennie sehingga membuat tubuh Jennie dipenuhi dengan cat.

"Korang nak try juga tak?" Kata Tzuyu.

"Of course,ni balasan kau Jennie.Kau pernah pukul aku kan!!" Kata Nayeon lalu menumpahkan cat ke badannya dengan kasar.

"Bagitahu kawan kau yang bodoh tu untuk jauh dari Taehyung!!" Kata Mina lalu membaling tin cat ke wajah Jennie,sehingga membuat pipi Jennie sedikit tergores.

"Tolonglah lepaskan aku! Aku mohon! Hiks...hiks...Jangan seksa aku macam ni" kata Jennie,air matanya mengalir dengan deras.Dia sudah tidak tahan dengan semua ini.

"Lah maaf ya Jennie.Kitorang tak sengaja" kata Tzuyu mengusap pipi Jennie.Kemudian dia terus menarik rambut Jennie dengan Kuat." Kau fikir aku nak lepaskan kau  macam tu jeke! Ni baru permulaan dari dendam aku dekat kau!!" Tzuyu pun melepaskan tangannya dari rambut Jennie lalu keluar dari gudang tak lupa juga dia menyuruh Jaehyun mematikan lampu.

"Apa salah aku...tuhan tolong lah lepaskan aku dari sini.Tunjukkan aku jalan untuk keluar dari sini.Aku tidak dapat menahan ini semua" Jennie menangis sepuasnya.

"Jungkook,Rose,jisoo,Lisa tolong Jennie.Jennie takut.Hiks..hiks..
Tolong selamatkan Jennie dari sini" Kata Jennie,luka di pipinya pun sudah tiada rasa kerana apa yang Jennie rasakan sekarang adalah ketakutan dalam keadaan yang gelap dan sendirian dengan tangan dan kaki yang terikat.

Kerana sudah lama menangis Jennie pun tertidur di kerusi itu.Dan beberapa Minit kemudian Tzuyu and The gang kembali Masuk ke dalam.

-Bash-

Air sejuk yang dipenuhi ais mendarat di tubuh badan Jennie.Jennie pun refleks terbangun dan menyuruh Tzuyu,Nayeon dan Mina berhenti menyiramnya.

"Arh berhenti jangan Siram aku lagi!"

"Berhenti? What? Kau bukan main syok pula tidur eh!! Ini lah hadiah kau! Ambik ni" Tzuyu lagi-lagi menyiramnya dengan air berisi ais itu.

Jennie sudah tidak dapat menahan diri kerana kesejukan.Dia berbicara dengan terputus-putus kerana terlalu sejuk.

"To-tolong berhe-henti a-aku dah ta-tak taha-han" Mohon Jennie pada mereka.

Namun mereka mengendahkan Jennie lalu meminta Jaehyun memasang kipas dan menaruh tepat di hadapan Jennie.

"Ja-jangan"

Sudah badannya disiram dengan air sejuk,disuruh pula untuk pasang kipas.

"Macam mana selesa tak?" Tanya Nayeon.

Jennie tidak menjawab,badannya sudah bergegar.Jennie juga sudah tidak dapat berbicara sepatah kata pun.

"Pekak kot yeoja gatal ni!!" Kata Tzuyu lalu menekan Tiga pada kipas itu.

Tubuh badan Jennie pun sudah bertambah bergegar dan Tiba-tiba Jennie pengsan.

Tzuyu,Mina dan Nayeon bukanya membantu Jennie malah mereka mentertawakan Jennie.Kerana mereka sudah berjaya menyiksa gadis yang tidak bersalah ini.

"Jaehyun angkat dia dan baringkan dia dekat katil sana.Buat macam yang kita dah rancangkan!" Kata Tzuyu.

"Baik!" Jaehyun pun mengangkat Jennie lalu meletakkannya di katil seperti yang diarahkan Tzuyu.

"Kau tunggu aku yakin lepasni kau akan menyesal Jennie Kim"


Continued

Complicated love-복잡한 사랑Where stories live. Discover now