🌻-84 /Why Lisa?/

37 6 4
                                    

*Turn my days into something beautiful so I can smile again*

---------

Hari ini Rose,Jisoo dan Lisa pergi sekolah seperti biasa.Jennie belum dibolehkan ke sekolah kerana dia masih dalam rawatan.

Di sekolah Jisoo dan Rose bingung dengan sikap Lisa yang tidak mahu berbicara dengan mereka.Begitu juga dengan Taehyung Lisa langsung tidak melayannya apalagi memandangnya.

"Lisa awak kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Jisoo yang bingung dengan Lisa.

"Ya Lisa awak kenapa?" Tanya Rose pula.

Lisa hanya diam tidak menatap mereka.Dia hanya fokus membaca bukunya.

"Lisa??" Jisoo mencucuk-cucuk lengan Lisa dengan jari telunjuknya.

"Tak ada apa! Saya nak fokus baca buku ni!" Jawab Lisa.

Jisoo menggaru kepalanya yang tak gatal.Dia pun membiarkan saja Lisa kerena tidak mahu mengganggunya.

Rose pula berjalan menuju ke sudut kelas di mana Jimin berada.Rose memanggilnya.

"Jimin...." Jimin tidak mendengarnya,
dia tengah sibuk borak dengan geng Onew,Minho tuu.

"Jimin!!" Kini Rose memanggil nya dengan nada yang lebih tinggi.

"Jimin isteri awak panggil tu" kata Onew.

"Ha pergi cepat tak siap-siap kau kena omel nanti!" Kata Minho pula.

Jimin hanya tertawa kecil mendengar ucapan rakan sekelasnya itu.Lalu dia pergi ke tempat Rose.

"Iya miss chaeyoung? Ada apa?" Kata Jimin sambil Aegyo.

Rose mencubit pipi Jimin.Nasib comel .

"Ahh" Jimin mengusap pipi ya yang dicubit Rose tadi.

"Hehe balik sekolah nanti kita lawat Jennie ya"

"Okey! Saya pun nak tengok Jennie juga.Kesian dia" kata Jimin dengan suara yang kuat.

Jungkook yang duduk dibelakang menatap tajam ke arah Rose dan Jimin.

"Kesianlah sangat!!" Kata Jungkook lalu dia menapap mejanya dengan kuat lalu dia keluar dari kelas.

"Teruk sangat orang tu!" Kata Rose.

Jimin menahan Rose kerana hampir saja Rose mengejarnya.

"Tch!" Rose lalu berjalan menuju ke mejanya.

---------

Rose mengajak Jisoo dan Jimin pergi ke kantin kerana perutnya sekarang sangat lapar.

Lisa pula Rose tak berani nak ajak sebab muka dia sekarang macam singa tengah lapar.Kalau nak diajak bercakap pun bukan dilayan juga.

Mereka bertiga pun pergi dan seseorang memanggil mereka dari belakang.

"Korang!!"

Complicated love-복잡한 사랑Where stories live. Discover now