🌻-74

47 6 0
                                    

*When I remember all our memories together, my heart feels very shattered*

---------------

Jungkook berjalan membawa masuk barang-barang ke dalam rumah.

"Selamat petang tuan Jungkook" kata salah satu maid di sana.

"Petang" jawab Jungkook singkat.

Setelah menyimpan barang-barang dapur,Jungkook lalu memasukkan barang-barang itu ke dalam bilik Jesy,kerana 90% barang itu milik Jesy.

Tak lama kemudian Puan Jeon,Jesy dan Jennie masuk ke dalam rumah.

"Selamat petang Puan,Cik Jesy" Kata maid di sana.

"Petang juga.Tuan Jeon dah balik ke?" Tanya Puan Jeon.

"Belum lagi puan" Jawabnya.

"Ah baiklah"

"Hye Suzy unnie,ni Jennie unni kekasih dari oppa" Kata Jesy sambil berbisik pada Suzy.

"Oh maaf cik,saya tak tahu" katanya lalu menunduk pada Jennie.

"Ehh,tak....tak apa..janganlah macam ni" kata Jennie.

Walaupun Jennie juga orang yang berada dia sangat segan diperlakukan seperti ini,Kerana bagi Jennie mereka semua sama sahaja manusia cuma berbeza dari segi kewangan.

"Maaf sekali lagi cik" katanya lalu menunduk pada Jennie beberapa kali.

"Sudah,tak apa" kata Jennie menyuruh nya berhenti tunduk kepadanya.

"Tak apalah Suzy unnie" Jesy tertawa melihat wajah Suzy yang ketakutan.

Jennie senyum kepada Suzy lalu Suzy pun membalasnya.

"Biar saya tolong Cik berdua" kata Suzy.

"Eh tak apa.Saya boleh bawa sendiri" Kata Jennie.

"Ini memang tugas saya cik" Suzy mengambil beg kertas yang dipegang Jennie.

"Kalau macam tu,terima kasih"

"Sama-sama cik" Suzy lalu berjalan di hadapan menuju ke bilik Jesy dengan diiringi Jesy dan Jennie.

"Kalau boleh tau umur Cik Suzy berapa" Tanya Jennie.

"Umur saya 25,kamu boleh panggil Unnie,Nama dan umur cik pula?" kata Suzy.

"Saya Jennie kim.Umur 17,dan unnie tak payahlah panggil saya Cik lagi,panggil Jennie saja.Lagipun tak sopan kalau saya dipanggil cik sedangkan Unni lebih tua dari saya" kata Jennie.

Jesy tersenyum " baiklah Jennie kim" Katanya.

"Beruntung Jungkook dapat kamu,tak macam yeoja yang suka sangat menggatal dengan Jungkook" kata Suzy.

"Eh,siapa? Adakah unni?" Jennie hairan.

"Ada,tak silap nama dia emm Tu--"

"Nama dia Tzuyu! Jesy malas sangat dengan orang tu unni!!" Kata Jesy memotong kata Suzy.

"Hah betul nama dia Tzuyu.Suka sangat kacau Jungkook" Suzy menggenggam tangannya.

Complicated love-복잡한 사랑Where stories live. Discover now