"awak kenapa saya asyik teringatkan awak, walaupun kata-kata awak haritu menyakitkan hati saya, saya tetap tak dapat move on, mesti awak tengah gembira kan sekarang ni ?"ketawa kecil Aqilah membuatkan aku ingin mengalirkan air mata kerana aku tahu kesengsaraan yang dihadapi oleh Aqilah.
Aku meletakkan tanganku di atas bahunya dah terus membawa dia ke dalam pelukan ku.
"Wawa ka..u bu..at apa kat si..ni " kata aqilah yang sedang menahan tangisan
"Aku tahu kau nak menangis, menangis jelah aku ada untuk kau, kalau kau nak bercerita pun aku sudi dengar" pelahan nada ku memujuk Aqilah untuk tidak pendam perasaannya.
Lama mereka berada di kedudukan itu dan sekian lamanya Aqilah membuka mulut.
"Wa apa salah aku weh dengan semua orang ? Aku penat setiap hari dengar dorang cerita buruk pasal aku, aku letih weh, Ye aku sedar aku gemuk, aku sedar aku tak cantik, aku sedar wehhh, setiap hari aku kena hadap benda ni dari aku kecik sampai sekarang..ayat dorang selalu berlegar di fikiran aku.. betullah dorang kata kalau aku takde kat dunia ni lebih baik "
tangisan yang reda menjadi deras apabila mengenangkan nasib yang ditimpa olehnya Aku mengusap air matanya sambil berkata
"Ya Allah Aqilah kau sedar tak apa yang kau cakap ni ? Abaikan je apa yang dorang cakap dekat kau sebab semua tu tak betul, ye memang aku tak rasa apa yang kau rasa tapi aku faham rasa sakit yang kau pendam. Kau tahu mulut orang kita tak boleh tutup. Kita tak akan dapat puaskan hati dorang semata-mata nak nampak yang kita sempurna, cukuplah kita sempurna di mata Allah. Biar kita kalah dengan rupa dan harta tapi jangan sesekali kalah dengan tingkah laku. Satu je aku nak cakap aku akan ada dengan kau sampai bila-bila sebab kita satu keluarga faham. "
Aqilah senyum melihat aku dan memeluk ku dengan erat dan berkata terima kasih berulang kali.
'Jangan risau Aqilah aku yakin kau boleh tahan dengan semua ni, Aku yakin juga suatu hari nanti dorang akan menyesal apa yang dorang kata pada kau sebab aku akan support kau dari belakang tak kira apa pon keadaan ' kata hatiku.
(POV END)
KAMU SEDANG MEMBACA
Bahagialah Tanpaku
Romansa» ℬℴℴ𝓀 1 ℴ𝒻 𝓂𝒾𝓃ℯ ♡︎« tersakiti, dilukai, diejek, dihina, ✵Itulah aku seorang wanita yang bernama Tengku Aqilah.Yang tiada rupa paras seperti para wanita diluar sana.Yang selalu dipergunakan dan dipermainkan. ✵Disebabkan seorang lelaki aku tidak...